Part 9. Fasa Baru

61.8K 2.6K 222
                                    

Pada hujung minggu itu juga...

Mereka bernikah di pejabat agama. Ringkas dan mudah.

Selepas selesai semua urusan, Zariel membawa Luna pulang ke villa Zariel. Pembantu villa yang digelar Mak Nab membawa Luna ke bilik yang telah disediakan. Bersebelahan dengan bilik Zariel.

"Selamat berehat, puan," ucap Mak Nab sopan.

"Panggil saya Luna je, Mak Nab," pinta Luna lembut.

Mak Nab tersenyum senang dan menggangguk. Senang hati dengan perwatakan dan kemesraan Luna, isteri Zariel. Luna masuk ke dalam biliknya.

Terlopong dibuatnya. Luas bilik ni boleh menyamai sebuah ruang tamu rumah sederhana besar.

Wallpaper melitupi sebahagian dinding ruang ini bercorak bunga tulip putih dan bahagian lain di cat dengan warna putih susu. Elegen walaupun ringkas. Nampak ruang ni luas daripada saiz sebenar.

Sebuah almari kayu moden yang sangat lebar tersegam cantik di hujung bilik. Langsir yang tergantung di tingkap berwarna putih.

Cantik.

Luna rasa macam di kayangan. Terbuai dengan hiasan dalaman bilik ini. Sah-sah pereka hiasan dalaman rumah profesional yang hias bilik ni dengan bimbingan Zariel. Nampaklah yang citarasa Zariel agak luar biasa.

Katil saiz queen yang terletak di tengah-tengah bilik dilitupi dengan tilam yang sangat empuk, cadar berwarna putih bersih, dan selimut gebu turut berwarna putih. Betapa heaven-nya dapat tidur dalam bilik ni.

"Ya Allah! Cantiknya! Kalah bilik aku dulu," komen Luna teruja.

'Zariel lagi kaya dari papa. Hebat. Siapa dia sebenarnya?,' fikir Luna.

Baru sahaja Luna duduk di katil, untuk merasai sendiri keempukan katil itu; pintu dibuka dari luar. Zariel melangkah masuk dengan selamba.

"Zariel!,"

"Kenapa?," soal Zariel pura-pura hairan dengan reaksi Luna.

Luna diam tidak menjawab. Zariel buat bodoh pula. Huh. Sakit hati!

"Dalam perjanjian kita... tak ada pun kau kata sampai bila, spesifik pun tak ada. So aku anggap kau tak bagi aku tidur sebilik dengan kau waktu kita belum kahwin je lah. Benda tu logik kan?," ujar Zariel selamba.

Arluna tayang muka tak puas hati. Zariel sangat pandai manipulasi ayat Luna untuk kegunaan sendiri. Lelaki yang dah biasa dengan dunia bisnes memang licik.

Zariel menghampiri Luna.

Ada orang rasa tercabar bila Luna tayang wajah geram di sini.

"Aku. Tak. Suka. Orang tunjuk muka tak puas hati depan aku. So... baik kau jangan buat perkara yang aku tak suka. Buruk kesannya," Zariel memberi amaran.

Zariel rasa tercabar. Tak pernah orang lawan cakap dia. Jadi Zariel rasa tercabar walaupun dengan Luna.

"I. Don't. Care," balas Luna. Melawan.

Siapa tak kenal Luna? Sukar ditundukkan. Zariel tersenyum sinis. Tubuh Arluna ditolak hingga Luna terbaring di atas katil. Dengan mudah, Zariel berada di atas Luna.

"Awak... awak nak buat apa ni?," Luna menyoal dalam keadaan tergagap.

"Hukuman untuk kau sebab kau melawan," jawab Zariel ringkas sambil tersenyum senget. Dan kali ni... Luna ditundukkan dengan mudah.


Pagi keesokannya...

Luna bangun dari tidur. Dan disebelah dia ialah lelaki yang sudah bergelar suaminya. Zariel yang masih lena nampak tenang memeluknya.

'Hish!,' Arluna membebel panjang dalam hati.

Bila teringat kejadian malam semalam, Luna tak puas hati. Geram betul Luna. Mujur dah jadi suami dia. Kalau ikutkan hati Luna nak belasah Zariel pagi ni. Tapi entah kenapa bila lihat wajah tenang lelaki kacak yang tidur di sebelahnya itu terus hilang amarahnya.

"Zariel... Riel! Bangunlah,"

Arluna cuba merungkai pelukan Zariel namun gagal. Zariel bangun dari tidurnya. Zariel mengeratkan lagi pelukan. Dahi Luna dikucup lembut. Sejuk hati Luna dengan perilaku ringkas Zariel. Ringkas tetapi bagi kesan pada hati Luna.

Mungkin sebab lelaki ni dah jadi suami dia.

"Pukul berapa dah?," soal Zariel dalam keadaan matanya terpejam.

"Sembilan setengah pagi," jawab Luna mendatar.

Zariel terus buka mata. Pelukan dilepaskan. Tuala dicapai dan dililit ke pinggang sebelum bangun dari katil.

"Kenapa?," tanya Luna lucu.

Terhibur bila Zariel nampak sedikit kalut.

"Aku dah lewat. Ada meeting pagi ni," jawab Zariel.

"Pukul berapa?," soal Luna lembut.

"Sembilan," jawab Zariel.

'Tak guna punya Joey. Tak call aku ke?,' fikir Zariel bengang.

Luna tersenyum lucu. Lengan Zariel yang berdiri di sisi katil dicapai.

"Sorry. Just kidding. Baru lapan pagi," maklum Luna jujur.

Zariel menggeleng perlahan. Hampir terlucut senyuman dari bibirnya. Luna menarik Zariel duduk semula.

"Marah ke?," tanya Luna.

Zariel menghadap Luna.

"Last night was rough?," tanya Zariel perlahan.

Arluna hanya mengangguk.

"Aku sakitkan kau ke?," tanya Zariel.

Luna hanya menggeleng sambil tersenyum. "Tak," balas Luna jujur.

"Betul?," ucap Zariel.

"It's okay even yup. A little rough," balas Luna.

Zariel membungkus Luna menggunakan selimut yang membalutinya dan memikul Luna di bahu. Luna hanya ringan bagi Zariel. Terjerit kecil Luna. Zariel membawa Luna ke bilik air.

"Kalau jalan takut kau rasa sakit sikit jadi biar aku tebus pasal semalam," kata Zariel.

Zariel meletakkan Arluna ke dalam tab mandi. Sekali dengan selimut. Luna tergelak kecil. Zariel tersenyum tanpa dapat ditahan melihat wajah ceria Luna.

"Thank you, Mr. Zariel," ucap Luna lucu.

"Nak aku mandikan sekali, Mrs. Zariel? Double thanks?," pelawa Zariel.

"Thanks but no thanks," balas Luna laju.

Zariel tergelak.

Pagi-pagi dah hura-hara. Kalau dulu pagi Zariel hanya diiringi kesunyian. Luna seorang yang ceria. Dan Zariel suka perangai macam Luna. Kalau ikutkan hati Zariel, dia malas nak pergi meeting. Baik layan Luna. Luna tak menggoda pun dah mampu buat Zariel tergoda. Bahaya betul.

Baru Zariel nak melangkah, Luna menghalang.

"Tolong ambil baju," pinta Luna lembut.

"Okay... Uhm... kalau boleh aku nak kau pakai tudung," ujar Zariel dengan perlahan.

Luna terdiam. Zariel dah boleh agak respon Luna. Zariel tak kisah kalau Luna tak nak sebab nanti dia akan nasihat lagi. Zariel tak nak paksa.

"Aku tak paksa pun," kata Zariel dengan nada tenang.

Zariel melangkah keluar.

Langkah Zariel terhenti bila Luna bersuara.

"Okay," balas Luna dengan senyuman ikhlas.

Zariel tersenyum sambil melangkah keluar.

'Aku tak suka lelaki lain tengok perempuan aku. Milik aku,' fikir Zariel.












The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now