Part 53. Sweet Happy Family

50.4K 1.8K 89
                                    


Azan Maghrib berkumandang...

Zariel terjaga daripada lenanya.

Terus Zariel tersenyum melihat Isya yang mengosok-gosok mata di ribanya. Mamai.

"Papa ada kat sini. Sambung tidur," pujuk Zariel.

Zariel ambil bantal kecil di sofa dan jadikan alas kepala Isya. Lenguh dah kaki dia. Kemudian Zariel bangun. Zariel hampiri Luna di sofa sebelah. Bahu Luna digoyang perlahan.

"Luna, bangun,"

Luna tak terjaga juga.

"Sayang!," panggil Zariel sedikit kuat.

Terpisat-pisat Luna buka mata. Siapa yang ganggu dia sedap membuta?

"Sya?," soal Luna mamai.

Mamai Luna lagi teruk. Comel betul.

Zariel menggeleng kepala dengan bibir yang terukir senyuman.

"Bangun. Dah Maghrib. Boleh solat tak?," tanya Zariel.

Baru Luna sedar. Sedap sangat tidur sampai tak sedar dah Maghrib. Seronok dan harmoni agaknya situasi tadi sebab tu syok betul lena. Luna bangun bila sedar yang dia belum tunaikan kewajipannya itu.

"Mujur awak bangunkan saya. Kalau tak terbabas solat," kata Luna.

Zariel hanya mengeleng kecil.

"Aku tumpang solat sekali eh," pinta Zariel sopan.

Luna mengangguk.

"Tumpang tandas sekali. Nak bersihkan diri," kata Zariel lagi.

Luna dengan senang mengiakan.

"Tunggu aku. Kita solat berjemaah. Aku nak ambil songkok dan baju dalam kereta," ujar Zariel.

Luna tersenyum. Zariel keluar dari rumah menuju ke keretanya di luar. Baju t-shirt dan songkok yang disediakan untuk kecemasan diambil.

Kemudian dia masuk semula ke dalam rumah. Zariel lihat Luna sedang duduk bersimpuh di tepi sofa sambil mengusap lembut rambut halus Isya yang sedang tidur.

"Bilik air mana?," tanya Zariel.

Luna berdiri dam bawa Zariel ke tingkat atas. Sebuah bilik tetamu diberikan untuk Zariel bersihkan diri dan menukar pakaian. Kemudian Luna tinggalkan Zariel bersendirian.

Luna menuju semula ke tingkat bawah. Isya diangkat berhati-hati dan dibawa naik ke bilik Isya. Isya dibaringkan perlahan di atas katilnya.

"Macam mana Isya tidur macam tu? Kat sofa Zariel? Siap berbantal bagai? Zariel ke yang buat?," soal Luna sendiri.

Luna tersenyum suka. Selepas mengucup dahi Isya, Luna ke biliknya untuk mengambil wuduk dan memakai telekung.

Selepas tu Luna ke bilik tetamu. Pintu diketuk. Zariel buka dari dalam. Zariel memakai songkok, t-shirt lengan pendek berwarna biru muda dan kain pelikat bercorak kotak-kotak. Luna masuk ke dalam.

Jujur Luna terpesona. 'Hensemnya suami aku ni,' fikir Luna sedikit terpaku. Pakaian Zariel buat Zariel nampak bercahaya dan bersinar. Kalau perempuan lain lihat, mesti cair teruks. Jarang Luna lihat Zariel macam ni. Nampak tenang dan... Kacak yang amat.

Memang Luna makin jatuh hati. Parah dah. Sebaik sahaja Luna masuk, dia nampak sejadah yang dah sedia terbentang. Memang dia cair macam aiskrim di tengah gurun lah jawabnya.

'Gentleman pula dah. Jangan buat saya makin jatuh cinta lagi boleh tak, Luth Zariel?,' komen Luna dalam hati.






Setelah selesai menunaikan solat, Zariel bacakan doa.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now