Part 26. Dugaan 3.0

43.5K 1.7K 140
                                    


Gulp. Luna telan liur. Dia terus jadi gugup.

'Luna... kau memang lemah betul bila berdepan dengan Zariel. Cuba tenang sikit,' Luna mula kutuk dirinya. Depan Zariel memang skil berpura-pura dia terus ke laut.

"Oh... dengar riuh rendah office," Luna cuba coverline.

Zariel menerima alasan Luna dengan mudah. Zariel tak bodoh untuk percaya bulat-bulat alasan tak munasabah Luna cuma Zariel tak nak desak Luna kalau Luna sendiri tak nak beritahu dia. Zariel tahu Luna beri perubahan yang besar dalam hidup dia. Sekarang ni, Luna boleh jejaskan dia dengan mudah. Zariel tak boleh keras hati dah sekarang kalau dengan Luna. Dia jadi lebih berlembut dan mengalah.

Hati Zariel dah tak beku macam dulu. Dia rasa lemah. Luna umpama kryptonite dia. Zariel benci dirinya sekarang. Kenapa dia jadi macam ni?

"Bagus lah kalau tak ada apa-apa. But make sure things are under control. Jangan sampai keadaan pejabat teruk sangat. Kalau macam tu jangan lupa adu pada pihak atasan. I mean... me," pesan Zariel.

Luna tersenyum sambil mengangguk.




Permulaan kedua bagi segala-galanya...

Luna mengeleng kecewa.

'Apa semua ni?.'

Luna rasa nak menjerit tapi Luna tahan. Dia tertekan dengan benda mengarut yang telinga dia baru saja dengar.

"Seriously?," soal Luna tak sangka.

"Please... Tolong faham situasi sekarang. Haters dia dah berkumpul untuk serang dia. Nayla tak ada keluarga di sini atau kenalan lain selain aku. Jadi ibu suruh aku tengok-tengokkan dia. Keselamatan dia perlu diutamakan sekarang. Villa ni tempat yang selamat buat dia untuk sementara waktu sebelum aku cari tempat lain. Hotel terlalu bahaya. Berisiko," terang Zariel panjang lebar.

Luna tetap tak dapat faham. Dia tak nak faham.

'Tak guna Nayla. Guna ibu Zariel! Padan muka ramai haters! Tapi perlu ke susahkan Zariel? Mesti saja je nak ambil kesempatan. Duduk jelah tempat lain!,' bebel Luna dalam hati.

"Kau okay je kan? Guest room banyak dalam rumah ni," kata Zariel.

Luna tayang wajah menyampah. Dia berpeluk tubuh. Zariel dipandang tajam. "Jangan tanya kalau tak bagi pilihan!,"

"Kau ni cubalah faham keadaan sikit. Orang dalam susah," ujar Zariel tak puas hati.

Luna tersentak dengan nada agak tinggi Zariel. Zariel lebih pentingkan Nayla berbanding perasaan dia? Luna rasa kecewa.

"Rumah awak kan? Suka hati awak lah. Apa kaitan dengan saya? Saya suka atau tak, dia tetap akan tinggal kat sini juga," balas Luna sinis.

Wajah Luna tak berperasaan. Luna terus keluar dari bilik itu tanpa mempedulikan Zariel yang cuba menyentuh tangannya. Tindakan Zariel untuk memujuk tak ada guna lagi!

Zariel mendongak memandang syiling. Dia mengerut pelipis dengan rasa buntu. Dia tahu Luna marahkan dia. Zariel rasa bersalah tapi dia tertekan dengan desakan Nayla yang menyerabutkan dan sokongan Puan Sri Arisah.

Zariel tak ada pilihan... nak tak nak dia kena dengar cakap Puan Sri Arisah kalau tak nak Puan Sri Arisah lebih masuk campur dalam urusan dia. Nanti dia juga yang akan jadi makin rimas. Ibu dia itu siap mengugut untuk datang ke Malaysia dan 'uruskan' dengan Luna sendiri.

Zariel keluar dari bilik tidur dia dan Luna untuk mendapatkan isterinya itu. Dia kena pujuk Luna malam ini juga. Zariel tak nak masalah ini buat Luna menjauh dari dia. Kalau Luna nak tidur di bilik lain itu tanda Luna terlalu marah. Zariel tak boleh berjauh walaupun satu malam. Dia rasa tak senang duduk. Dia takut.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now