Part 24. Dugaan 1.0

47.3K 1.9K 73
                                    

Luna berjalan-jalan di sekitar pejabat tanpa tujuan.

Kerja Luna memang agak santai. Ini sebab utama Luna nak kerja ni. Lagipun Zariel yang bagi, mesti senang.

Semua di sini berdisiplin.

'Patut lah SLR maju,' komen Luna kagum. Setiap orang bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing. Ada yang membuat perbincangan kecil, mereka produk, dan lain-lain.

Kesimpulannya, semua berdisiplin dan teratur!

Luna tak ada buat apa-apa kerja pun. Sepanjang beberapa jam dia di sini... dia rasa seronok dengan suasana meriah dan penuh kerjasama. Yang Luna tak suka cuma pandangan sesetengah pekerja perempuan yang memandangnya tidak puas hati.

Nak kata dia orang cemburu sebab dari tadi Luna hanya bersiar-siar memerhatikan para pekerja mungkin tak sebab dia orang yang tak ada kerja nak beri Luna buat masa ni. Tapi Luna cuba buat biasa macam yang dia pakar.

Dua jam kemudian...

Masa rehat tiba. Ini ialah masa rehat pertama. Rehat pertama untuk tingkat 1-25. Rehat kedua pula untuk tingkat 26 dan ke atas. Takut cafe penuh kalau serentak.

Siti, seorang gadis yang agak ayu dan sopan mempelawa Luna lunch bersamanya. Luna dengan senang hati menerima. Maybe Siti kesian dengan Luna yang keseorangan sebab pekerja baru.

Luna teruja betul bila ada pekerja lain yang menegurnya. Seronok bila ada orang nak ajak dia makan. Tak lah dia bosan makan seorang diri.

Siti dan Luna melintasi pintu utama tingkat itu untuk ke lif. Tiba-tiba wajah Joey muncul di dalam lif VVIP di sebelah lif pekerja. Joey hanya berwajah cool . Joey hampiri Luna. Siti agak gementar bila berhadapan dengan orang kuat CEO SLR ni. Luna pula mengeluh kecil.

"Lunch?," sapa Joey.

'Lain betul Joey kalau dengan aku sahaja dan depan orang lain. Depan orang dia jadi serius sikit. Like boss like assistant,' fikir Luna tak puas hati. Joey juga tak memanggilnya puan untuk menjaga rahsia perkahwinan bosnya.

"Joey, haah. Kita orang nak pergi lunch lah ni. Kenapa?," tanya Luna.

"Jom ikut saya," arah Joey.

Luna tayang muka kecewa pada Siti. Baru Luna ingat dia nak lunch berdua bagi eratkan silaturahim dengan rakan sekerja. 'Aduh... kena panggil pula,' rungut Luna dalam hati. Luna tahu mesti Zariel panggil. Siti buat isyarat 'tak apa' dengan senyuman kekok.

"Jom," panggil Joey.

Luna masuk ke dalam lif. Dia tiada pilihan. Dia mengikuti Joey dan meninggalkan Siti dengan berat hati. Ini lif VVIP. Hanya beberapa orang yang boleh guna. Lagipun Siti hendak ke tingkat bawah, Luna dan Joey ke atas.

Dalam lif....

Tiada orang lain baru Joey jadi diri dia yang sebenar bila dengan Luna.

"Sorry, puan," ujar Joey sambil tersengih.

"Kena jaga reputasi orang kanan bos. Cara paling mudah adalah dengan nampak serius dan berdedikasi. Lagi satu saya kena berlakon supaya orang tak tahu yang puan isteri bos," terang Joey. Takut pula Luna salah sangka apa-apa.

"Tak apa. Saya fahamlah," balas Luna sambil tersenyum.

Joey sedikit lega. Mereka tiba di tingkat 35. Tingkat yang menempatkan pejabat Zariel. Joey hanya iring Luna kemudian dia terus hilang. Lesap terus mamat Joey tu. Luna ketuk pintu bilik Zariel. Zack yang perasan kehadiran Luna terus memaklumkan kepada Zariel. Zack tahu siapa Luna dan kaitan perempuan cantik itu dengan bos dia yang serius tu.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now