Part 23. Kerja Baru

49.7K 1.8K 164
                                    

Dua jam kemudian...

Mereka berdua akhirnya selesai mandi. Luna mengambil duduk di sisi katil sambil mengeringkan rambut dengan tuala putih. Zariel pula mencari baju untuk dipakai di dalam almari.

"Biasanya waktu lapang kau buat apa?," tanya Zariel dengan bersahaja.

"Ha? Tak buat apa-apa. Keluar jalan-jalan. Tapi kan... bosan lah bila tak ada benda nak buat," adu Luna dengan keluhan halus.

Zariel diam tak komen. Dia sedang berfikir. 'Kalau Luna keluar jalan-jalan mesti jumpa ramai orang. Baik dia kerja. At least ada benda yang dia boleh buat. Aku pun dapat tengok dia selalu,' Zariel sibuk memikirkan ketenangan dia. Risau bila Luna berjumpa mana-mana lelaki di luar sana.

"Kau nak kerja?," tanya Zariel. Penuh muslihat lelaki seorang ini.

"Nak!," jawab Luna laju. Mesti lah dia nak! Tak dengar ke dia mengadu bosan tadi?

"Kat SLR, kau minta je kerja apa yang kau nak. Aku bagi. Kalau kau berminat nak jadi PA aku pun boleh. Boleh berkepit dengan aku 24 jam," cadang Zariel dengan wajah selamba.

"Pastu satu kerja pun tak jadi," sambung Luna sambil menaikkan mata ke atas.

"Siapa kata? Ada lah kerja yang jadi," komen Zariel dengan nada tersenyum. Namun wajahnya kekal bersahaja.

Luna buat tak layan dengan lawak nakal Zariel.

'Bagus apa kalau aku ada kerja,' Luna memang berminat.

"Kau nak position apa?,"

"Pembantu pejabat ada kosong?," balas Luna.

"Hurm. Pilihan yang pelik. Banyak lagi jawatan yang sesuai untuk kau. Kau pernah handle syarikat AA kan. Sekarang kau nak jadi pembantu pejabat je? Aku boleh je bagi jawatan yang tinggi untuk kau. Bukannya kau tak ada kebolehan," komen Zariel.

Luna tergelak kecil. Faham dengan reaksi Zariel.

"Saja. Jawatan tinggi-tinggi ni memenatkan. Busy pula tu. Saya tak nak lah macam tu. Saja nak try jawatan yang mudah. Tak menyusahkan. Sekarang ni mood nak santai je tau," balas Luna.

"Okay. Nanti aku fikirkan pejabat floor berapa yang sesuai untuk kau," putus Zariel ringkas.

Topik itu kemudiannya habis di situ sahaja. Zariel menyarungkan kemeja lengan panjang berwarna ungu ke badannya. Luna menghampiri Zariel yang berada di hadapan cermin panjang. Kaki dijengketkan sedikit. Zariel lebih tinggi daripada dia. Luna membutangkan baju Zariel. Kemudian setelah selesai, Luna tepuk perlahan dada Zariel sambil tersenyum.

"Handsome. Sexy pula tu. Siapalah ni?," soal Luna dalam mood bergurau.

Zariel capai tangan Luna lalu dikucup lembut.

"Suami orang depan ni," balas Zariel.


Di pejabat CEO SLR Holdings...

Zack ketuk pintu bilik pejabat Zariel. Bila arahan masuk diberikan barulah dia masuk.

"Ada apa?," soal Zariel serius tanpa memandang Zack.

Fokus Zariel masih pada fail kerjanya di atas meja.

"Er... Pejabat makmal 05 ada tempat kosong untuk jawatan yang bos nak," maklum Zack.

Zariel angkat pandangan. Memberikan sedikit fokus pada apa yang diperkatakan Zack.

"Okay. Anything else?,"

"Ada orang nak jumpa bos..,"

Tak habis lagi ayat Zack, pintu dibuka dari luar tanpa amaran. Wajah Nayla yang tersenyum menggoda muncul. Dengan bersahaja dia melangkah ke dalam. Zariel hanya mampu mengeleng perlahan.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now