Part 63. Rumah Kayu

38.8K 1.4K 1
                                    

"Apa yang buat Encik Zariel datang ke sini dengan anak isteri?," soal Mak Piah musykil.

"Saya nak melawat--,"

Zariel tak sambung ayat dia. Mak Piah menunduk faham. Luna yang tak faham apa-apa nak tanya Zariel semuanya. Tapi nanti nampak tak sopan pula. Jadi Luna terpaksa menahan diri.

"Kejap ya. Mak Piah nak buatkan air. Maaf lah tak ada apa-apa kat rumah ni," kata Mak Piah dengan rendah hati.

"Eh tak apa lah," kata Luna laju. Serba salah nak menyusahkan wanita tua ini.

"Tak susah langsung. Kejap ya," kata Mak Piah sebelum berdiri.

Mak Piah mahu menuju ke dapur.

"Mak Piah, saya tolong ya. Saya tak nak menyusahkan Mak Piah," kata Luna ikhlas.

Mak Piah tersenyum dan mengangguk. Mereka berdua ke dapur.

"Papa, enek adi sape?," soal Isya.
(Papa, nenek tadi siapa?)

"Nenek tu yang selamatkan atuk Luthfia waktu dia kemalangan," jawab Zariel lembut.

Isya yang entah faham ke tak tu hanya mengangguk sambil mulutnya memuncung 'Ooo'.

Zariel cubit perlahan pipi tembam Isya. Isya tergelak. Isya suka papa dia cubit pipi dia. Dia suka sebab ayah dia nampak sangat sayangkan dia.

Di dapur yang sepenuhnya berdinding kayu itu...

Kecil saja ruangan itu. Muat untuk kabinet kayu yang hampir reput, singki kecil, dan dapur kayu. Luna tak tahu macam mana wanita tua ini hidup dalam keadaan macam ni.

"Mak Piah, Luna nak tanya soalan boleh?," soal Luna lembut.

"Tanya saja apa-apa. Kalau Mak Piah tahu, Mak Piah jawab," balas Mak Piah.

Dari tadi lagi Luna nak tanya soalan ni.

"Macam mana Mak Piah kenal Zariel?," tanya Luna.

Kedah dengan Kuala Lumpur boleh tahan jauh. Macam mana Zariel boleh jumpa Mak Piah. Apa kaitan Mak Piah dengan Zariel?

"Sebenarnya Mak Piah pernah tolong seorang lelaki ni. Nama dia Qair. Puan Luna kenal kan? Dia ayah Encik Zariel, bukan? Mak Piah tak tahu macam mana Encik Zariel tahu ayahnya kemalangan. Yang Mak Piah tahu... Encik Zariel muncul depan rumah Mak Piah. Mak Piah jumpa Qair waktu Mak Piah ke pekan,"

"Kemalangan?," soal Luna risau.

"Macam mana keadaan papa?," soal Luna laju.

"Papa Luna sebenarnya," tambah Luna lagi.

"Lah,"

Baru Mak Piah tahu. Dia bukan tahu banyak sangat pun.

"Kemalangan kecil aja. Kena langgar moto. Luka sikit," jawab Mak Piah.

"Alhamdulillah,"

Lega Luna.

"Mana papa Luna sekarang?," soal Luna.

Mak Piah terdiam.

"Mak Piah cerita dari awal ya," kata Mak Piah lembut. Berat hati dia nak bercerita sebenarnya. Sedih bila teringat.

Mak Piah berjalan kaki ke pekan yang terletak tak jauh dari rumahnya.

Dia menyusuri tepi jalan kampung itu.

Sampai di satu kawasan...

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now