Part 52. My Flower Boy

48.9K 1.8K 63
                                    

Riana hidangkan minuman kepada Zariel.

"Terima kasih," ucap Zariel perlahan.

Riana mengangguk dalam kekok dan gugup. Riana baru nak naik atas untuk panggil Luna, tapi kebetulan Luna dah turun.

Luna biarkan rambut ikal mayangnya bebas. Rambut Luna yang selalu dicemburui wanita di luar sana satu ketika dulu sewaktu mahkota itu masih belum disimpan. Namun sejak tiga tahun dan sekarang ianya dijaga rapi.

Hujung rambutnya yang beralun itu sedikit bergulung. Cantik. Rambut Luna sudah tidak mencecah paras pinggang. Sedikit pendek. Itu apa yang Zariel perasan.

Riana sedikit terkejut. Kenapa Luna tak pakai tudung dan hanya pakai  t-shirt lengan pendek?

Eh lupa pula!

Baru Riana tersedar. Riana baru teringat yang Zariel ni suami Luna. Mudah betul dia lupa. Tapi Riana jadi tak biasa bila Luna yang jaga auratnya membuka aurat di depan lelaki. Mungkin sebab situasi ni dia tak pernah lihat. Susah kut nak hadam yang Luna ialah isteri Zariel.

'Her hair is shorter than the past three years,' komen Zariel. Selama tiga tahun ni dia hanya lihat Luna yang bertudung. Dalam TV mahupun realiti jadi Zariel jadi... err... kekok?

Tapi rambut Luna ialah sesuatu yang Zariel puja dalam diam sebab tu dia suruh Luna bertudung di awal perkenalan mereka. Awal perkahwinan mereka. Satu sebab aurat dan satu lagi sebab rambut Luna terlalu cantik. Kalau ikutkan hati, dia suruh je Luna berpurdah. Semua pasal Luna, baginya cantik.

Isya yang beriringan dengan Luna terkedek-kedek menuruni tangga satu-satu. Zariel cuba tahan senyum kecil yang hampir terukir.

Pemandangan yang indah. Anak dia yang comel sedang beriringan menuruni tangga bersama isterinya yang cantik.

Zariel cuba buat biasa. Bagaikan dia tak terjejas dengan pemandangan ini.

Luna serahkan Isya pada Riana.

"Isya lapar. Dia nak Aunty Riana masakkan," pinta Luna lembut.

Riana mengangguk. Isya mahu dibawa ke dapur. Riana faham yang Luna nakkan sedikit ruang dengan Zariel. Tapi Isya berkeras tak nak ikut. Isya meronta kecil dalam dukungan Riana.

Riana dan Luna pun tak tahu kenapa Isya jadi degil  hari ni. Isya turun dari dukungan Riana dan berlari terkedek-kedek dengan kaki pendeknya ke arah Zariel. Sofa yang diduduki Zariel dipanjat untuk naik.

Ceria wajah Isya melihat Zariel. Isya duduk di sebelah Zariel dengan selamba. Luna agak kalut. Riana hanya terdiam. Zariel agak tergamam tetapi Zariel rasa sangat gembira bila anaknya datang kepada dia.

Zariel terpandang reaksi Luna. Zariel tersentak sedikit. Luna nampak takut? Luna takut kalau Zariel tak suka Isya.

Zariel agak terluka bila perasan yang Luna nampak takut.

Zariel mula mempersoalkan semua ni... Luna fikir dia kejam sangat ke?

Apa je yang dia boleh buat pada anak dia sendiri?

Ingat dia akan marah budak kecil yang comel duduk di sebelahnya?

Anak dia kut. Apa yang Luna fikir?

Teruk memang teruk tapi seteruk ni ke dia bagi Luna?

Zariel kecewa. Dia ada hati. Ada perasaan. Zariel pun manusia. Jadi mana mungkin dia kejam sangat macam tu.

Haiwan pun sayangkan anaknya.

Apatah lagi manusia normal macam dia.

Lainlah kalau iblis bertopengkan manusia. Tu kisah lain.

"Uncle... uncle Zariel ann? Ngat Isya tak?," soal Isya sambil tersenyum.
(Uncle Zariel kan? Ingat Isya tak?)

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now