PROLOG

43 4 0
                                    

Sumpah sakit, tu je yang aku boleh cakap sekarang ni. Terasa seperti badan aku disiat-siat dan disangat tanpa ada sikit pun belas kasihan daripada pelaku. Hendak  bangun apatah lagi, tulang belulang aku bagaikan dah hancur remuk semuanya. Terketar ketar tangan aku bila aku cuba nak bangun.

Aku hanya mampu pejamkan mata saat aku dengar suara beberapa orang lelaki sedang gelakkan aku. Umpama memperlekehkan aku yang sedang lemah sekarang. Sakit hati aku dengar suara mereka gelakkan aku, orang yang selama ni aku percaya.

Aku cuba kumpul tenaga yang masih bersisa dalam badan aku untuk bangun. Tapi belum sempat badan aku terangkat, sekali lagi perut aku disepak menyebabkan aku terjatuh. Buat sekian kalinya darah keluar dari mulut aku.

“Kau nak kemana? Hahahaha….. ni ke Eshal Raissa yang orang semua kata kuat tu? Aku nampak lemah je,” ujar salah seorang dari mereka.

“Hahahahahhahaha…… kesian kau, tu lah orang kata jangan percaya sangat dekat orang. Tengok sekarang ni, orang yang kau percaya pijak kepala kau.” Serentak itu kepala aku terasa dipijak. Aku hanya mampu mengepalkan penumbuk.

Ya, aku salah. Sebab terlalu percaya kan mereka, semua kelemahan aku ceritakan pada mereka. Harapan agar mereka menjadi kekuatan aku, tapi hampa. Mereka menghianati aku. Sakit pada badan aku ni tak sesakit hati aku sekarang.

Telinga aku dapat mengangkap derapan kaki yang makin dekat dengan aku, dalam keadaan samar-samar aku nampak kaki sesorang berada tepat depan mata aku.

“Alihkan kaki kau,” arah orang itu. Lepas sahaja lelaki itu mengalihkan kakinya, laju sahaja orang itu tarik rambut aku membuatkan aku terdongak. Layu sahaja aku pandang mata orang yang telahpun khianat aku itu. Pandangan aku dia balas dengan renungan tajam dan sarat dengan dendam.

“Ke…Kenapa?” soal aku hiba.

“Sebab kau orang luar, dan kau berhak terima semua ni atas apa yang kau dah buat, Eshal Raissa.” Habis sahaja kata-kata orang tu, aku rasa ada benda tajan yang menusuk ke dalam perutku. Terbeliak mata aku menahan sakit

Perlahan-lahan aku pandang ke arah perut aku, jelas aku nampak sebilah keris sudah selamat terbenam dalam perut aku, dalam.

“Kau tengok sekarang, keris makan tuan,” ujar orang itu, serentak itu dia tarik keluar keris itu dengan laju. Pantas aku pegang tempat tikaman tadi, sakit dia bagaikan tiada hari esok. Menggigil badan aku menahan sakit.

“Pastikan dia tak bernyawa lagi,” arah orang itu kepada lelaki-lelaki yang memukul aku sedari tadi. Dengar sahaja arahan dari ketua mereka, terus sahaja mereka sambung menyepak badan aku. Sikit pun tidak terkesan dengan jeritan aku.

Padangan aku makin kabur, ditambah dengan air mata yang tidak berhenti. Air mata kekecewaan. Kalau ajal aku sampai sekarang, aku terima dengan hati terbuka, memang itu yang aku mahukan. Lenyap dari muka bumi ini lepas dikhianati oleh orang yang aku percaya.

Tapi kalau nyawa aku masih panjang, aku cuma mahu lupakan semua ni. Aku tak sanggup nak teruskan hidup dengan memori yang sangat perit untuk aku terima. Aku tak kuat, aku sakit. Aku nak lupakan semuanya.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now