CHAPTER 8

4 3 0
                                    

Aku genggam erat penumbuk aku dengan kuat. Tunggu masa sahaja penumbuk aku ni akan melayang ke tempat yang aku dah sasarkan. Naik turun dada aku menahan marah.

Segala perkara yang terjadi sekarang buatkan perasaan marah aku semakin menggelegak. Silap hari bulan boleh meletup. Tapi aku tetap pujuk hati aku supaya bersabar. Perkara ni tak akan ke mana kakau aku lepaskan amarah aku sekarang.

Namun tidak lama selepas itu, air mata aku perlahan-lahan mengalir. Pernyataan yang keluar dari mulutnya telah berjaya menghancurkan empangan air mata yang selama ni aku tahan.

"Why do I have to be so ugly?" Soalnya. Aku mengesat air mata yang mengalir.

"You are not ugly, Auggie," balas wanita yang duduk dihadapannya itu.

"You just have to say that because you're my mom," kini air mata aku mengalir lagi apabila melihat air matanya mengalir.

"Oh, because I'm your mom, it's doesn't count?" Soal Mrs. Pullman.

"Yeay," Auggie membalas dengan suara seraknya, menahan diri daripada terus menangis.

"Because I'm your mom, it counts the most. Because I know you the most. You are not ugly, and anyone who cares to know you. Will see that," Mrs. Pullman cuba untuk memujuk anaknya. Kata-katanya sekali lagi telah menyebabkan air mata aku mengalir laju.

"They won't even talk to me. It matters that I look different. I try to pretend that it doesn't. But it does." Kalini aku tak dapat menahan air mata aku dari terus keluar.

Auggie memang tidak layak dilayan begitu, dia berhak bahagia. Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan tisu pada aku, tanpa banyak soal aku ambil dan lap air mata aku.

"Cerita macam ni pun kau menangis?" Soal orang dibelakang aku sedikit berbisik, risau menganggu orang lain. Aku menjelingnya.

"Diamlah," dia hanya menggeleng. Malas nak layan, aku kembali fokus pada penontonan aku.

Kini aku betul-betul mengelap air mata aku apabila ruangan yang gelap itu kembali terang. Semua orang beransur-ansur keluar meninggalkan pawagam itu. Aku menarik nafas lega apabila aku berjaya keluar.

"Sumpah sedih dohh cerita ni, aku tak berhenti menangis weh," ujar Farriz. Aku mengangguk, benar bagai dikata.

"Ye weh, aku tak boleh part yang dia menangis lepastu dia tanya mak dia kenapa dia buruk," sahut Ammar pula, part yang sama juga aku menangis tadi.

"Tapi kesian juga lah kat kakak dia, even memang betul diorang kene beri perhatian dekat Auggie. Tapi tu tak bermakna diorang boleh abaikan anak diorang lagi satu," kalini Fahim pula bersuara.

Hanya mereka bertiga sahaja yang rancak berborak. Yang lain hanya diam. Harini kami merancang untuk tidak berlatih, malah kami menghabiskan masa keluar bersama. Bolehlah saling kenal dengan lebih rapat lagi.

"Kau okay tak? Tadi bukan main teruk lagi kau nangis?" Soal Eijaz, macam mana dia boleh perasan aku menangis. Dia duduk belakang kut. Ni siap bagi aku tisu lagi.

"Asal, kau nak perli aku ke?" Aku tahu, mesti dia akan mengejek aku nanti. Memang itu hobi dia, cari kesalahan aku. Dan kalau boleh setiap masa dia nak perli.

"Kau ni cuba lah bersangka baik sikit. Aku ni prihatin tau tanya keadaan kau," balasnya. Aku berhenti jalan dan menghadap dia.

"Yeke prihatin, aku tak nampak pun gaya kau ni prihatin. Lebih kepada nak perli aku je,"

"Kau tengok muka aku ni betul-betul. Teliti elok-elok. Betul aku cakap, kalini aku prihatin," Eijaz tunduk sedikit agar memudahkan aku untuk melihat muka dia.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Onde as histórias ganham vida. Descobre agora