CHAPTER 20

1 1 0
                                    

Satu persatu jenis senjata tradisional yang terdapat dalam bilik tu aku perhatikan. Banyak juga jenis senjata tradisional yang aku tak tahu. Sebenarnya hampir semua aku tak tahu. Yang aku tahu dan kenal hanyalah keris dan busur memanah sahaja.

Mata aku berhenti pada susunan keris yang disusun mengikut kepanjangannya. Dari pendek hinggalah panjang. Hati aku kuat membisik supaya aku ambil salah satu keris di situ. Tapi otak aku kuat melarang.

Lama aku berfikir sebelum teringat kata-kata daripada salah satu video yang aku tengok dekat tik tok. Dia kata, 'dengarlah bisikkan hati mu'. Dan disebabkan kata-kata tu, laju je kaki aku melangkah. Dan tangan aku juga cepat buat kerja. Aku hulurkan tangan untuk mengambil keris yang sedang-sedang sahaja panjangnya. Hampir sahaja tangan aku nak ambil keris tu sebelum...

"RAISSA!" Panggil seseorang, dan hampir sahaja tangan aku nak terhulur ke arah mata keris. Aku kenal sangat siapa yang panggil aku. Hanya dia sorang je yang selalu panggil aku dengan nama penuh, Raissa, bukannya Rai.

Aku pusing pandang dia yang ada dekat belakang aku. Cepat betul dia sampai, tadi aku rasa suara dia jauh. Tapi, bukan ke dia keluar tadi? Sejak bila dia masuk dalam bilik ni semula? Tangan kanannya kemas memegang busur memanah.

Dan, ya. Panggilan dia sekali lagi menarik minat semua orang yang ada dalam bilik itu untuk pandang ke arah kami. Keadaan senyap seketika.

"Jangan. Sentuh. Setiap. Keris. Yang. Ada. Dalam. Bilik. Ni,"ujar Eijaz satu persatu dengan tegas. Aku pandang dia hairan. Dah kenapa pula tak boleh?

"Kenapa pula?" soal aku. Eijaz tarik nafas sedalam dalamnya.

"Kau tak tahu lagi cara nak handle keris. Keris dalam bilik ni semuanya tajam. Bahaya." balasnya tanpa melihat ke arah aku. Intonasinya masih lagi keras. Dia kemudian berjalan dan menyimpan busur di tempatnya semula.

"Kau ingat aku budak-budak? Tak boleh pegang benda tajam?" ujar aku geram. Dah lah tiba-tiba je jerit nama orang. Terkejut tahu tak, nasib baik tak luka tangan aku.

"Kalau aku kata jangan, maksudnya jangan. Tak payah degil sangat boleh tak? Jangan nak keras kepala sangat!" marah Eijaz sebelum sekali lagi dia menarik nafasnya dalam.

"Tak payah lah nak marah-marah. Cakap elok-elok boleh je kan," Aku jelingnya tajam, apa ingat dia sorang je boleh marah-marah. Malas nak cari gaduh dengan dia, aku terus berjalan ke arah Cahaya dan duduk di sebelahya. Dah lah mood nak bersembang dengan si Eijaz masih tak datang lagi.

Aku perasan semua orang pandang aku dengan Eijaz silih berganti. Tapi aku malas nak layan, rasa marah aku lebih menguasai diri aku sekarang ni. Apa yang aku marah sangat pun, aku tak tahu lah.

Lama keadaan diam sebelum Eijaz kembali bersuara.

"Korang ada soalan ke?" soalnya.

"Tak ada lagi buat masa sekarang ni," Balas Kak Chempaka.

"Kalau macam tu, kita stop dulu. Zohor dah nak masuk, korang pergi siap-siap untuk solat zohor kat masjid. Lepas makan nanti korang rehat lah dulu. Lepas asar baru kita berkumpul semula dekat sini sebelum kita gerak pergi Padang Indra," ujar Eijaz dan terus sahaja keluar dari bilik tanpa sikit pun pandang ke arah aku.

Dia tak tahu ke aku ni tengah merajuk dengan dia. Tak kan tak nak minta maaf kot, dia marah aku kut tadi. Tiba-tiba rasa macam nak menangis. Bencinya rasa ni!

*******

Lepas makan tengah hari, tanpa banyak cakap. Aku terus berjalan balik Hadwan tanpa tunggu yang lain. Rasa marah, rasa menyampah nak hadap muka Eijaz tu lama-lama. Lantak lah nak kata aku mengada ke apa. Aku tak kesah, yang pasti aku memang terasa hati dengan dia.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now