CHAPTER 10

7 3 0
                                    

Aku hanya termenung pandang ke arah syiling bilikku. Pusing kanan tak jadi, pusing kiri tak jadi. Aku buka telefon dan kembali mengeluh.

"Haishhh, kenapa tak boleh tidur ni? Dah pukul 2 pagi dah ni.... Arghhhhh....." Aku tekup bantal pada muka ku.

Dari tadi baring, sampai sekarang mata ni tak nak katup. Akhirnya aku mengalah dan bangun keluar dari bilik.

Hmm... Mungkin aku lapar..

Kaki dibawa terus ke dapur, peti ais dituju. Tangan bergerak membuka pintu peti ais. Mata pula dihalakan ke segenap ruangan dalam peti ais itu.

Tiada apa yang dapat menarik perhatian aku tika ini. Pintu peti ais ditutup semula dengan perasaan sayu.

"KAU PENYEBAB SEMUANYA!"

Laju aku pusing ke belakang bila dengar seperti seseorang menjerit di belakang aku walaupun kedengaran samar-samar. Meremang bulu roma aku bila tiada sesiapa pun dengan aku sekarang ni.

Inilah padahnya bila dah pagi buta tak tidur-tidur lagi, kan dah kene kacau. Aku telan air, nafas ditarik dalam-dalam. Dah menggeletar satu badan ni haa.

"AUZUBILLAH MINASHAITAN NIRAJEEM! BISMILLAHIRAHMANIRAHIM !!!" Jerit aku sebelum membuka langkah seribu lari naik ke tingkat atas.

Aduhlah papa oii, kalau ya pun kaya. Tak payah lahh buat rumah besar-besar sangat. Entah kenapa malam ni aku rasa tingkat atas tu jauh sangat.

Sampai sahaja aku pada tangga yang terakhir, aku berhenti berlari. Tercungap-cungap aku mencari nafas, kepala sekali sekali teleng ke tingkat bawah. Kot-kot ada ternampak lembaga yang kacau aku tadi.

Nafas lega aku lepaskan bila tiada satu bayang lembaga pun melintas pada pandangan aku. Lemah lutut aku berjalan ke arah bilik.

Perlahan sahaja aku henyakkan punggung di tepi katil. Otak masih mencerna apa yang berlaku sebentar tadi.

"Kenapa aku macam kenal je suara perempuan tu ya?" Soal aku pada diri aku sendiri. Memang betul, suara yang aku dengar tadi memang familiar. Tapi suara siapa.

"Kau penyebab semuanya?" Aku ulang ayat tadi.

"Dia maksudkan aku ke? Aku penyebab apa?" Kini aku melangkah pula ke meja kerja ku. Kerusi di tarik dan aku labuhkan punggung di atasnya.

Disebabkan aku terlebih segar bila kene sergah dengan suara misteri tadi, menyebabkan aku langsung tiada rasa mahu tidur.

Tangan dibawa membuka setiap laci yang terdapat di meja itu. Buka dan tutup..

Perbuatan aku terhenti apabila membuka laci kedua di sebelah kiri meja aku, mata aku tertarik untuk melihat satu buku berwarna hitam yang menjadi satu-satunya penghuni dalam laci kedua itu.

Helaian demi helain aku selak buku tersebut, namun kosong. Tiada satu pun dakwat pen yang terlekat dia atas kertas itu.

"Mungkin aku tak sempat nak tulis kot," fkkir aku dan kembali menyimpan buku tersebut.

*******

"Nah," ujar Luthfan. Tangan nya menghulurkan satu gulung kertas A4 kepada aku.

"Apa ni? Surat wasiat ke?" Soal aku, tangan tetap menyambut pembarian Luthfan.

"Mana lah aku tahu, Eijaz yang suruh aku bagi dekat kau,"

"Asal dia tak kasi dekat aku sendiri?"

"Dia tak datang hari ni, so kalau kau nak berlatih, boleh join aku. Tapi kalau tak nak berlatih, kau boleh balik. Aku gerak dulu, pape hal aku kat master training," terus sahaja Luthfan melangkah keluar daripada Training 1 tanpa sempat aku tanya kenapa si Eijaz tu tak datang.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now