CHAPTER 28

2 0 0
                                    

Duduk tak tenang, berdiri tak tenang. Kaki dibawa pula ke kanan, kemudian ke kiri. Mata berapa kali dihalakan ke arah jam.

"Haihh..." perlahan aku mengeluh seraya melabuhkan punggung di atas tepi katil.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, namun papa dan yang lain masing belum pulang sejak semalam. Malam tadi, sampai pukul 2 pagi aku tunggu. Nasib baik mama kasi tahu mereka pulang pagi ni. Tapi masih tak nampak batang hidung.

Selepas mendengar penjelasan yang agak samar dari Firdaus semalam, aku buat keputusan untuk berjumpa dengan dia hari ni. Tapi mama kata aku kena tunggu papa pulang dulu. Itu pun kalau papa kasi kebenaran dekat aku. Haihh...

"Rai? Kenapa tak turun sarapan? Mama tunggu dekat bawah tadi, tapi Rai tak turun-turun," laju sahaja aku pusing pandang mama yang ada dekat pintu balik. Lupa sebenarnya nak turun sarapan. Lepas mandi tadi, aku sibuk fikirkan bila papa nak balik.

"Sorry mama, Rai lupa pula nak turun sarapan. Ralik tunggu papa balik," balas aku sambil sengih macam kera. Kesian mama tunggu aku.

"Kejap lagi papa balik lah tu. Dah, mari kita turun sarapan," mama hulur tangannya ke arah aku. Tanpa fikir panjang, aku terus sambut tangan mama. Tersenyum mama pandang aku sebelum dia pusing dan kami berjalan turun ke dapur.

"Ouh ya, mama ada nombor Firdaus tak?" soal aku setelah kami sampai di dapur. Aku tolong mama cedukkan bihun goreng ke dalam pinggan.

"Ada ja, Rai nak buat apa?"

"Rai nak call dia sebab nak jumpa dengan dia. Tapi tak tahu lagi nak jumpa dekat mana, mungkin jumpa dekat kedai dia kut," balas aku. Harap lah mama tak fikir yang bukan-bukan. Bila ingatkan senyuman dan soalan mama semalam, aku rasa lain macam pula bila nak sebut nama Firdaus depan mama. Apatah lagi kalau nak minta nombor.

"Boleh, nanti mama bagi dekat Rai. Tapi Rai kena tanya papa dulu ya," pesan mama lagi.

"Okay, nanti papa balik. Rai minta izi dekat dia," balas aku dan kemudian kami berdua menikmati sarapan yang di masak oleh mama sendiri.

*******

Termenung aku pandang kolam renang di depan aku sekarang. Kaki aku celupkan separuh ke dalam kolam. Tadi aku baru je telefon Firdaus, tapi hampa bila Firdaus kata dia tak ada dekat sini sekarang. Katakan ada kerja yang menyebabkan dia terpaksa ke Sabah.

kalau Firdaus tak ada, dekat siapa aku nak tanya? Sekarang ni harapan aku hanya Eijaz dan Aslam sahaja. Tak pun Ain. Itupun kalau mereka nak bukak mulut. Bukannya tak nak tanya Firdaus melalui telefon, cumanya dia nampak macam sibuk je tadi. Tak mahu lah ganggu dia kerja.

Tapi masalahnya sekarang ni, Papa pula masih tak balik lagi. Dah nak masuk pukul 5 petang dah pun. Susah lah kalau macam ni. Macam mana aku nak minta izin balik Ghani.

"Assalamualaikum," terus sahaja aku bangun dari duduk bila dengar suara angah kasi salam. Aku hanya lap ala kadar sahaja kaki aku yang basah sebelum aku terus berlari ke pintu.

Tapi aku kembali patah balik semula bila aku nampak Uncle Hilman ada sekali. Nasib baiklah ada tudung sarung dan cardigan yang terletak elok di satu sudut di dapur. Memang mama sengaja letak di situ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada tetamu yang datang. Tak payah susah-susah naik ke tingkat atas. 

Aku kembali melangkah setelah menyarung kan tudung dan cardigan di badan. Jelas aku nampak muka mereka kepenatan.

"Mana papa?" soal aku bila aku langsung tak nampak papa dekat situ. Hanya ada along, angah dan Uncle Hilman sahaja. Ketiga-tiganya memandang ke arah aku.

"Papa tak balik lagi, angah pun balik sekejap je ni nak ambil barang. Lepastu angah pergi semula dengan Uncle Hilman," terang angah. Hampir sahaja aku nak mengeluh tapi terbantut bila dengar suara mama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now