CHAPTER 17

7 1 0
                                    

Pada mulanya aku ingatkan Iskar Utama hanya ada satu pintu untuk sambung ke kawasan lain. Rupanya, di bahagian kiri Iskar Utama terdapat satu lagi pintu yang menempat beberapa buah bilik yang mempunyai keistimewaannya sendiri.

Tapi sebelum kami menyelam dengan lebih dalam lagi pada bahagian itu, kami dijemput untuk makan tengah hari bersama-sama. Tempat untuk makan beramai-ramai adalah di Iskar Utama sebab Walid Khaizuran jemput hampir seluruh penduduk Ghani untuk makan bersama sebagai jamuan untuk meraikan ketibaan kami.

"Kalau setiap kali makan, korang memang makan dekat sini ke?" soal Cahaya. Kami ditempat di meja makan besar bersama. Tapi mak ayah kami berada di meja yang lain.

"Tak lahh, gila ke apa tiap-tiap hari nak kene berjalan jauh semata-mata nak makan," jawab Fahim sambil menggelengkan kepalanya.

"Tempat santapan penghulu dan keluarga dia ada dekat belakang Hadwan Penghulu sendiri. Kitorang panggil tempat tu dapur utama" ujar Ammar sambil mencedok ayam masak merah masuk ke dalam pinggannya.

"So kalau malam-malam Eijaz, kau nak minum air. Kau kene jalan gi belakang Haiwan bapak kau ke?" soal Farriz sebelum masukkan nasi ke dalam mulut.

"Haiwan kepala kau, Hadwan lah gile," Fahim menunjal kepada Farriz sebelum ketawa melihat Farriz terbatuk.

"Woi, kepala jangan main eh. Bapak kau tak ajar ke?" marah Farriz. Merah muka dia, mungkin tersedak lepas kene tunjal kepala.

Terus mati senyuman Fahim, dia terus tundukkan kepalanya dah menguis nasi yang ada dalam pinggan. Semua di meja itu pandang Fahim pelik termasuk aku. Dah kenapa dengan dia ni?

"Bapak dia dah mati sebelum dia lahir lagi. Jadi dia hidup tak ada bapak," ujar Ammar selamba sebelum menggigit bendi yang masih mentah sebagai ulam. Tersedak aku kejap.

"Fa..Fahim. Sorry doh, aku tak tahu," Serba salah Farriz dibuatnya.

"Tak apa aku tak kesah pun, aku tahu kau bergurau je," Fahim senyum segaris sebelum dia merembat ayam yang ada dalam pinggan Farriz dan menggigitnya.

"Woi aku tahu lah kau anak yatim. Tapi jangan lah curi ayam aku. Mak ka-" terhenti kata-kata Farriz seketika sebelum pusing pandang Ammar yang sudah sedia pandang dia.

"Mak dia ada lagi kan?" soal Farriz, kali ni bertindak lebih berhati-hati. Ammar hanya membalas dengan anggukkan sebab dia tengah mengunyah makanan sekarang. Farriz juga mengangguk sebelum...

"Haa, mak kau tak ajar kau adab ke?" Farriz sambung sembur Fahim. Sekali lagi Fahim tertunduk dan menguis nasinya buat kali kedua.

"Haihh... Farriz, dengar ni. Mak dia sakit, dari umur dia 5 tahun lagi mak dia dah terlantar. Walid dengan Ummi yang banyak tolong dia," Ammar senyum segaris dan mengangguk sendiri. Mengenangkan nasib sahabatnya yang sorang itu.

"Ouhh, kes kurang kasih sayang lah ni?" soal Farriz, laju sahaja Ammar mengangguk.

"Alolo, siann dia ya. Meh sini makan meh, aku suap. Nganga mulut, aaaaa," ujar Farriz. Fahim apa lagi, terus je nganga mulut dan menerima suapan daripada Farriz. Selesai suap, sempat lagi Farriz menggosok kepala Fahim tapi menggunakan tangan belah kanannya.

"Woi, kepala aku," marah Fahim. Farriz hanya senyum sinis sebelum bangun untuk basuh tangan. Sempat dia kerling ke arah Fahim sekejap.

"Lain kali jangan main kepala orang, gelaran anak yatim tu bukan tiket untuk kau senang-senang je nak hempuk kepala orang, Faham? Heh, padan muka," ujar Farriz. Laju sahaja Fahim bangun dan mengejar Farriz. Aku hanya gelengkan kepala tengok dua ekor ni. Depan makanan pun nak bergaduh ke?

Tak lama selepas itu, Farriz dan Fahim kembali semula dengan gelak ketawa. Aik, dah berbaik ke? Tadi bukan main lagi bergaduh. Tak faham aku dengan diorang ni.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now