CHAPTER 6

9 3 0
                                    

Hari ni merupakan hari pertama kami semua berlajar silat. Semua sudah berada di training room, hanya menunggu arahan sahaja. Sempat juga beberapa dari kami merenggangkan badan sebelum mula berlatih nanti. Training room ini dibahagikan kepada beberapa jenis bilik dan juga berdindingkan kaca. Terdapat juga kawasan untuk berehat selepas penat berlatih.

"Okay, semua dah ready kan? Kalau macam tu uncle serahkan perkara ni dekat diorang saja lah ya, biar diorang ambil alih. Lagipun uncle dengan yang lain ada hal nak kene settlekan," ujar papa, serentak itu dia, Doktor Hilman, Komander Thaqif dan Tengku Sabri bergerak keluar dari kawasan itu atau lebih tepat lagi, mereka bergerak ke meeting room. Aduh, malasnya. Baru ingat nak santai-santai dalam bilik.

"Emmm, kita pecahkan kepada empat kumpulan ya, senang sikit. Tapi aku tak berapa kenal korang lagi, jadi aku biarkan korang pilih pasangan masing-masing. Cuma..." Luthfan memberhentikan ayatnya dan mengalihkan pandangan pada Eijaz yang hanya termenung memandang lantai sedari tadi.

Eijaz yang perasan dirinya diperhatikan terus mengangkat muka memandang yang lain. Keningnya terjongket apabila yang lain hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa. Luthfan menarik nafasnya semula sebelum sambung memberi arahan.

"Macam ni lah, setiap daripada kitorang akan terima 2 orang dari korang kan? Cuma ada sorang akan terima 3," semua mengangguk.

"Tapi kitorang dah bincang yang 2 dari tiga orang tu akan masuk ke kumpulan lain, dan tinggal sorang je yang akan belajar bawah Eijaz, faham?" semua tidak mengangguk seperti tadi. Apa yang mamat ni merepek ni? Semua tengah hadam apa yang si Luthfan ni cakap. And aku dengar si Eijaz tu mengeluh sebelum dia bersuara. Perangai dia nampak macam takde mood sikit harini.

"Haih... aku hanya akan ajar Rai sorang sahaja, yang lain cari kumpulan dan jurulatih sendiri. Aku bagi masa seminit je cari kumpulan then bagi tahu kitorang," arah Eijaz, tercengang semuanya. Termasuk aku. Amboi dia ingat dia sapa boleh arahkan kitorang? Dan...

"Asal aku nak kene bawah kau pula? aku pun ada hak nak pilih siapa jurulatih aku, dan kau takde hak nak arah kitorang," soal aku bengang. Dah lah aku masih marahkan dia, asal dia nak ajar aku pulak.

Aku baru terfikir nak duduk bawah Luthfan. Kalau duduk bawah dia nak kene hadap muka beku dia tu 24 jam, kalau Luthfan okay sikit. Luthfan banyak senyum, sejuk je mata memandang. Kalau dia tu, pandang dia macam pandang gunung berapi.

"Bapak kau dah serahkan semuanya dekat aku. Jadi aku nak tanya kau, mana hak yang aku tak dapat?" sinis sahaja soalan Eijaz membuatkan aku terdiam. Ishh, dia main bapak pulak.

"Dah cukup seminit, mana kumpulan?" terkial-kial diorang semua mendengar soalan yang tiba dilontarkan Eijaz selepas berperang mulut dengan aku. Mana sempat diorang pilih kumpulan kalau tadi diorang tengah protes. Eijaz menggeleng.

"Aku bagi ikut umur jela senang, nak tunggu korang lembab," setepek Eijaz bagi. Yang lain hanya mampu menahan marah. Dengan aku-aku sekali rasa nak mengamuk.

"Darwish, Dhiya', ngan Rania satu group bawah Luth. Fawwaz, Chempaka, Rais satu group bawah Fahim. And last Cahaya ngan Farriz, korang bawah Ammar. Gerak !" tercengang Luth, Fahim, dan Ammar. Macam mana mamat ni boleh kenal diorang dalam masa satu malam je? Aku pun terkejut. Eijaz menjeling tajam ke arah kawan-kawannya.

"Korang ni dah kenapa, sama lembab ke? Dah tak reti nak terima arahan?" marah Eijaz.

"Bah, marah betul. Rilek sudah lahh," balas Ammar. Dia meniru mimik muka Eijaz namun terus berhenti setelah mendapat pandangan maut dari Eijaz. Tahu takut. Aku nak tergelak, tapi aku tahan. Tiba-tiba rasa rindu, rindu apa pun aku tak tahu. Setelah itu setiap kumpulan bergerak mengambil tempat masing-masing.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now