CHAPTER 15

1 1 0
                                    

"Darwish minta maaf sebab tak dapat kesan bom tu dari awal, kalau Fawwaz tak bagi tahu mungkin kami dah-"

"Sudah Darwish, perkara dah jadi. Syukur kamu semua masih selamat," Pujuk Aunty Liyana lembut.

Kini semua berada di rumah papa. Atas arahan papa sebenarnya suruh semua berkumpul di sini. Aku hanya dia berdiri di sebelah along. Tak faham dengan situasi sekarang.

"Lain kali, lebih fokus," ujar papa. Muka dia nampak serabut sangat sekarang, mungkin mememikirkan kerugian yang dia perlu tanggung akibat daripada kemusnahan Base Vidac.

"Razin, aku rasa semua barang kita dah musnah. Dokumen penting, bukti, dan termasuk dengan senjata kita," Keterangan yang dibuat oleh Uncle Thaqif mendapat keluhan berat dari papa.

"And aku rasa, rumah kita pun dah tak selamat sekarang. Maksud aku, dia boleh letak bom dekat base, tetap tu ketat weh. Apatah lagi rumah kita," ujar Uncle Sabri. Siapa dia?

"Base kita security ketat kot. Macam mana dia bo-"

"Orang dalam," kata-kata Farriz dipotong oleh Rais.

"Siapa?" Soal Kak Chempaka. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Rais.

Semua diam, tidak tahu angkara siapa. Siapa yang menghianati diorang?

"Mana Mak Esah?" soal mama.

Serentak itu mereka semua seperti tercari-cari sesuatu. Ya, aku pun sama. Sumpah aku langsung tak perasan yang Mak Esah tak ada dengan kami.

"Tapi waktu Darwish dengan Farriz jalankan prosedur, Mak Esah memang dah tak ada dalam base. Darwish ingatkan Mak Esah dah keluar," Terang Darwish. Laju sahaja papa capai telefon dan membuat panggilan. Mungkin call Mak Esah untuk tahu keberadaannya.

Lebih tiga kali juga papa membuat panggilan, tapi masih tidak berjawab. Dadanya turun naik menahan marah.

"Razin, aku rasa Es-"

"Arghh!"

Papa campak telefon dan telefon tu tepat-tepat jatuh depan kaki aku. Menggeletar hebat badan aku sekarang, sudahlah terkejut yang tadi belum hilang. Tambah pula dengan amukan papa, rasa macam nak menangis je sekarang ni. Along mungkin perasan yang aku takut, perlahan-lahan dia peluk aku dari sisi.

"Kita kene cari kawasan yang lebih selamat sekarang. Dekat sini dah tak selamat," ujar Uncle Hilman.

"Kami tahu kawasan yang selamat," celah Eijaz yang sedari tadi hanya diam memerhatikan kami.

"Oh ye, aku lupa pasal korang. Entah-entah korang yang pasang bom dekat base kan? Korang yang rancang semua ni kan?" tuduh Fawwaz. Semua di situ memandang mereka berempat dengan pandangan yang inginkan penjelasan. Dan aku nampak pandangan papa seakan-akan hilang kepercayaannya.

"Huh, aku dah agak. Kami tak sepatutnya per-" Terhenti percekapan Fawwaz bila Eijaz kembali mencelah.

"Aku dah cakap dari awal yang aku tak paksa korang semua percayakan kami. Tapi korang sendiri yang serahkan kepercayaan tu. Lepas berbulan-bulan kami turunkan ilmu dekat korang. Dan disebabkan satu kejadian yang masih lagi samar-samar, korang dah tarik semula kepercayaan tu?" soal Eijaz.

"Ya, aku tahu. Susah kita nak serahkan kepercayaan pada seseorang, lagi-lagi orang yang baru kita kenal. Tapi satu je aku nak cakap, jangan pernah tuduh kalau tak ada bukti. Aku pantang orang buat kerja tak cekap," tajam panahan mata Eijaz pada Fawwaz.

"Niat kami ikhlas, kami nak tolong." Luthfan menarik sedikit lengan Eijaz menyebakan pandangan Eijaz teralih pada Luthfan.

Luthfan mengangkat sebelah keningnya menyebabkan Eijaz mengeluh dan terus berundur.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now