CHAPTER 23

0 0 0
                                    

Jam satu pagi aku berjalan ke bilik along. Malam ni aku rasa macam nak tidur dengan along memandang Cahaya tak jadi tidur dalam bilik aku. Katanya penat sangat sampaikan tak boleh dah nak berjalan.

Lagipun, aku rasa tak boleh tidur sangat malam ni, sebab nya aku sendiri pun tak tahu. Mungkin aku rindu papa dengan mama. Ouh ya, sekarang hanya tinggal kami sahaja di sini memandangkan semua Official Vidac ada kerja dan tanggungjawab masing-masing.

Pada mulanya kami semua berkeras mahu ikut bali, tapi papa tetap arahkan kami untuk kekal tinggal di sini atas sebab keselamatan kami sendiri. Lagipun, banyak lagi perkara yang kami perlu pelajari di sini.

Hampir sebulan aku tak jumpa papa ngan mama. Ada lah dua hari lepas aku call mama, tu pun dapat bersembang sekejap ja sebab aku ada latihan. Bila malam aku dah penat dan terus tidur.

TUK! TUK! TUK!

Lama aku berdiri di depan pintu. Masih tiada balasan, mungkin along dah tidur. Sekali lagi aku angkat tangan untuk ketuk pintu bilik along. Tapi belum sempat aku nak ketuk, pintu dah terbuka.

"Eh, Rai. Kenapa ni?" soal along, tak nampak macam baru bangun tidur.

"Rai nak tidur dengan along malam ni boleh tak?" along seakan terkejut sekejap sebelum dia cepat-cepat senyum.

"Takkan tak boleh pula. Masuk lah, Rai tak boleh tidur ke?" aku angguk bila denar soalan along. Bilik along masih lagi terang menandakakan yang along masik belum tidur.

"Along tak tidur lagi ke?" soal aku, punggung aku rebahkan di atas katil along.

"Pada awalnya nak tidur, tapi ralik pula baca novel yang along pinjam dari Fawwaz kemarin," along angkat novel yang dia tengah baca sekarang.

"Fawwaz bawa novel ke datang sini?" soal aku, rajin membaca betul Si Fawwaz ni. Tapi tengok pada personaliti dia boleh agak yang dia ni suka membaca.

"Haah, banyak juga novel dia bawa. Semalam along pergi bilik angah sebab nak bagi seluar yang dia suruh along jahit. Lalu lah depan bilik Fawwaz, siapa suruh dia tak tutup pintu bilik, banyak juga buku dia along tengok. Tu yang minta pinjam satu, nasib baik Fawwaz tu tak kedekut," Cerita along.

"Haritu pun Rai nampak dia dengan angah beli buku dekat salah satu gerai jual buku. Nampak semua macam novel-novel lama,"

"Yang masa kita keluar ramai-ramai tu ya?" aku angguk.

Dan kami Kembali diam, along pula fokus baca novel semula. Aku nak tidur tapi tak mengantuk. Nak buat apa ya? Takkan nak ganggu along baca novel pula. Along nampak kusyuk sangat tu.

Baru sahaja Raissa nak bangun dari duduknya, along Kembali bersuara.

"Haaa, dia dah sampai dah. Sampai dah part nak pecahkan empangan air mata. Tak bersedia lagi nak hadap," along menggeleng dan tutup novel.

"Dah habis baca ke?" aku menyoal, rasanya tadi Nampak masih dekat tengah lagi.

"Belum lagi, tapi baisa lah Rai. Novelkan, ada part sedih dia. Along tak nak lah nangis malam-maalam ni, tak bersedia lagi," balas along. Lah macam dia pula yang hadap apa yang karakter dalam novel tu hadap.

"Lagipun, along nak bersembang dengan Rai. Bila lagi boleh luangkan masa dengan Rai, sembang-sembang kosong," sambung along lagi. Lagipun esok kitorang cuti, tak ada Latihan. Jadi tak kesah sangat kalau malam ni nak tidur lambat sikit.

"Along, Rai nak tanya sikit boleh?"

"Nak tanya apa?" Along kini pusing menghadap aku. Tak cukup dengan itu, dia heret kerusi supaya lagi dekat dengan aku.

"Betul ke angah kata dulu Rai suka bahasakan diri Rai Korra kalau dengan dia?" soal aku. Lepas dah tengok cerita Korra tu, baru aku kenal siapa Korra.

"Mana ada, kalau Rai nak tahu. Dia tu yang suka sangat cerita tu. Mula-mula dia suka tengok Avatar si Aang tu, lepastu dia sambung pula dengan Korra. Tak adanya Rai bahasakan diri Rai, Korra kalau dengan dia. Angah tu memang sengal sikit Rai. Tapi jangan tertipu dengan dia," ujar along.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now