CHAPTER 12

4 2 0
                                    

Lemah sahaja langkah aku berjalan ke Master Training. Kalau ikutkan hati memang malas aku nak ke berlatih harini. Memandangkan Eijaz pun still tak sihat lagi, so kalau aku datang training pun, aku hanya duduk je.

Tapi pagi tadi along kata yang papa tetap suruh aku pergi training even Eijaz masih tak sihat. Katanya aku boleh sahaja berlatih dengan Luthfan, Ammar, ataupun Fahim.

Kenapa lah papa tak cakap sendiri dengan aku. Lama dah aku tak jumpa papa. Yela, pagi aku keluar pergi training. Petang balik, belum tentu papa dah ada kat rumah. Papa selalu balik lewat malam.

Masa sarapan pun jarang jumpa sebab papa jarang sarapan sekali.

"Eh kau ni, lemah betul harini. Asal, takde mood ke? Almaklumlah jurulatih kesayangan kau demam," seloroh Cahaya dan dia berjaya mendapat satu cubitan daripada aku.

"Banyak lah kau," aku jeling Cahaya.

"Aduh, sakit lahh. Harini, kau berlatih dengan group aku tau. Sebab Luth kata dia nak fokus pada tiga orang tu," aku pusing pandang Luth selepas mendengar kenyataan daripada Cahaya.

Dan aku perasan yang Luth macam lari dari bertembung dengan anak mata aku. Takkan pasal semalam dia jadi macam ni?

"Hoi, kau dengar tak? Tak cukup Eijaz, Luth pun kau nak sauk ehh,"

PAP!

Kini tangan aku pula hinggap di bahu Cahaya.

"Aduh sakitlah, kau ni tak berperikemanusiaan langsung," ujar Cahaya sambil menggosok bahunya.

"Ada jela kau ni kan," aku jeling Cahaya. Hari-hari hadap perangai dia ni. Boleh gila juga aku.

"Tak ada lah, kau pandang Luth tu macam nak tembus tahu tak. Sama je setiap kali kau pandang Eijaz. Kau ni memang tak cukup satu ehh," aku angkat tangan sekali lagi, tapi Cahaya lebih pantas menghalang.

"Opp, okay, okay. Aku gurau, jangan la pukul. Sakit weii, tangan kau ni berbisa lahh," malas aku nak layan si Cahaya ni, terus sahaja aku melangkah pergi.

"Haah, dah biasa dah. Dah biasa kene bluetick nii. Haah," aku berhenti melangkah bila dengar bicara Cahaya.

"Haihh kau ni. Dengar ya, aku dengan Eijaz tak ada apa-apa. Kitorang sekadar jurulatih dengan pelatih. Tak lebih daripada tu, sama juga aku dengan Luth. Okay?" Terang aku. Cahaya mengangguk.

"Aku gurau je. Yela mana tahu kau ada hati dekat Eijaz tu. Aku boleh tolong ejaskan, aku pandai ka-"

"Eijaz dah ada isteri, okay," aku teruskan langkah aku yang tergendala tadi. Hati diusik rasa hiba, sakit bila aku sendiri kata yang Eijaz sudapun berpunya.

Atau aku dah jatuh cinta dengan Eijaz?

"Arghh, nonsense lah Raissa. Ingat siapa Eijaz sebelum dia jadi jurulatih kau. Ingat betapa bencinya kau bila tengok muka dia buat kali pertama," keluh aku.

"Rai, kau okay tak?" Aku pusing bila dengar suara Ammar menyapa. Aku senyum segaris dan angguk.

"Okay je, kenapa?"

"Tak ada lah, tiba je cakap sorang-sorang. Risau juga aku," balas Ammar.

"Tak, aku okay je. Nak start berlatih dah ke?"

"Haah, jom,"

*******

Ammar angguk kepada Cahaya sebagai isyarat yang dia sudah selesai. Cahaya balas anggukkan dan terus bergerak ke arah aku dan Farriz.

"Rai, turn kau pulak!" Jerit Ammar separa kuat. Segara aku bangun dan bergerak ke arah Ammar.

Ammar mencabut arm target di lengan dan bergerak ke arah punch bag. Walaupun hairan, aku tetap ikutnya dari belakang.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now