CHARTER 3

18 4 0
                                    

Harini along ajak aku pergi shopping, katanya dah lama tak keluar dengan aku. Yela, dah dua tahun aku tak sedar kan. Aku pakai simple je harini, kalau tengok dalam almari aku memang banyak baju, tapi aku cuma pilih untuk pakai hoddie hitam dengan seluar kargo hitam sahaja.

Memandangkan seluar aku kebanyakkan seluar kargo, jadi aku dah takde pilihan lain. Kepala pula aku kenakan dengan shawl jersey sahaja. Malas nak bersiap lebih-lebih. Sementara tunggu along yang baru je nak mandi, aku hanya termenung dekat tingkap bilik.

Tingkap bilik aku ni berdepan dengan taman bunga matahari, cantik. Tenang je bila pandang. Dalam masa yang sama aku terfikir, betul ke aku ni salah seorang dari ahli keluarga ni, semalam aku sempat juga berbual dengan mama sekejap. Banyak kisah aku yang dulu mama ceritakan.

Tapi satu pun aku tak ingat, bagi aku tu semua seperti sebuah kisah dongeng yang direka sendiri. Bila diperhatikan, muka aku memang jauh beza dengan muka family aku. Along, Eryna Rania. Muka along manis sangat, ayu sahaja. Along banyak ikut muka mama. Kalau bercakap tu sopan sangat dengan suara yang merdu. Memang calon menantu pilihan makcik-makcik luar sana.

Angah pula, Emran Rais. Muka angah banyak ikut papa, bengis, garang. Takut untuk tenung mata diorang lama-lama. Tapi bila angah senyum, dirinya seperti orang lain. Lesung pipit dekat pipi dia mampu mencairkan hati perempuan dekat luar sana. Walaupun angah ni garang juga, tapi kalau dengan orang yang dia sayang, dia akan manja. Manja yang terlebih.

Sedangkan aku, muka aku langsung tak lembut macam along ngan mama. Warna mata aku pun lain kalau nak dibandingkan dengan diorang, warna mata aku hijau kot. Family aku semuanya warna hazel, bila aku tanya mama. Mama kata aku ikut mata datuk aku, tapi bila aku minta nak tengok muka datuk aku. Mama akan kata yang dia takde gambar atuk, apakah?

Aku jalan ke arah cermin, sekali lagi aku tenung diri aku. Angah kata aku kene pukul teruk, sampaikan aku nyawa-nyawa ikan. Angah dengan papa jumpa aku dalan hutan dalam keadaan aku tak sedarkan diri. Kalau papa dan angah lambat, kemungkinan besar aku tak dapat di selamatkan.

Makin lama aku tenung, makin jelas perbezaan muka aku dengan family aku. Akhirnya aku hanya mengeluh, penat nak fikir. Tiba-tiba aku teringat dekat lelaki yang jumpa aku dekat hospital semalam. Hampir aku lupa pasal dia, siapa dia? Dia kenal aku ke? Tapi macam mana dia boleh buat aku sampai tak boleh jalan.

Kalau betul dia roh jahat macam mana? Entah-entah dia ikut aku balik rumah. Serentak tu aku pandang sekeliling bilik aku, tiba-tiba rasa seram sejuk pula. Bila teringatkan pandangan tajam dia, dan aura dia sekali. Tapi jujurlah aku cakap, bila aku pandang muka dia. Sumpah aku rasa sakit hati sangat, aku rasa benci sangat dekat dia. Ataupun dia sebenarnya orang yang pernah cuba untuk bunuh aku dulu. Walaupun aku tak kenal dia, tapi mana tahu disebabkan hati aku sakit sangat bila nampak dia. Itu salah satu petunjuk yang mengatakan dia ada niat tak baik dekat aku.

Sebelum apa-apa jadi, lebih baik aku kasi tahu mama dengan papa. Ouh ye, mama ada kasi tahu yang kes aku ni tergantung. Pihak polis akhirnya berhenti menyiasat kes aku, sebab satu bukti pun mereka tak jumpa. Orang yang pukul aku langsung tak tinggal satu pun kesan. Mungkin diorang dah lama rancang perkara ni.

Aku tak tahu nak marah ke tak, sebab Cahaya kasi tahu yang dulu perangai aku jahat jadi tak mustahil kalau aku banyak musuh. Itu lah, sekarang baru aku betul-betul faham maksud peribahasa dekat dinding sekolah aku dulu, 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna'. Macam mana aku boleh ingat? Hehe sebenarnya aku tak ingat pun. aku hentam je, nak sedapkan ayat.

TOK! TOK! TOK!

Aku alih pandangan ke pintu, jelas nampak along sedang tersenyum manis dekat aku. "Along dah siap, jom lah kita gerak sekarang. Nanti lambat pula," ujar along. Tanpa banyak cakap aku hanya angguk dan kami sama-sama bergerak turun ke bawah. Hari ni along kata dia nak drive jadi kami tak payah pakai driver.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now