CHAPTER 13

2 1 0
                                    

Pagi tu bila aku sedar je dari tidur, mama dah tak ada dekat sebelah. Selesai sahaja aku bersihkan diri, aku terus turun ke dapur untuk sarapan. Sampai sahaja dekat dapur, aku nampak semua tengah sarapan. Dan untuk pertama kalinya aku nampak, papa.

"Rai, dah bangun. Mari sarapan sekali. mama nak kejut Rai tadi, tapi nampak Rai sedap sangat tidur. Mama tak mahulah kacau," ujar mama.

Aku berjalan ke arah meja makan dan duduk di sebelah along.

"Rai tidur dengan mama ke malam tadi?" soal along, muka dia nampak terkejut sedikit. Aku hanya balas dengan anggukkan.

"Princess dah okay ke?" kini angah pula soal.

"Okay dah, cuma bila bangun pagi tadi rasa pening sikit je," balas aku. Rasa kekok pula bila ada papa sekali pagi ni.

"Kalau rasa penat, tak payah pergi training harini. Rehat je dekat rumah," papa bersuara tanpa pandang muka aku. Terkejut juga bila dengar suara papa.

"Tak apa, Rai okay je. Boleh pergi training hari ni," balas aku.

"Betul ni?" soal mama inginkan kepastian. Aku angguk dengan yakin supaya diorang percaya yang aku okay.

"Nanti kalau penat, bagi tahu angah. Angah hantar princess balik, okay," Sekali lagi aku angguk. Tak tahu nak balas apa, otak macam tak boleh nak proses apa-apa. Mulut pula tiba-tiba jadi tak boleh nak bertutur.

"Tak apa, tapi Rai jangan paksa diri sangat ya sayang. Uncle Hilman bagi tahu yang Rai kene banyak rehat, risau kalau Rai pengsan lagi sekali," pesan mama.

"Rai okay je ma, cuma semalam tu Rai penat sangat kot," aku senyum segaris.

"Dah, sekarang ni Rai makan ya," Mama menghulurkan aku pinggan roti bakat yang sudahpun dicalit dengan jem coklat.

*******

Sampai sahaja dekat Base, aku terus cari kelibat Luthfan. Merata juga aku cari, tapi tak jumpa. Akhirnya aku bergerak ke arah Ammar yang tengah berborak dengan Darwish.

"Ammar, Luth mana?" soal aku.

"Dia tak sampai lagi, kejap lagi naik lah tu. Eh, kau okay tak ni? Semalam Luth jumpa kau pengsan dengan UG 14. Terkejut juga kitorang, kau buat apa kat sana? Kau marah dekat aku lepastu kau ke sana? Ni kau marah aku lagi ke?" bebel Ammar, aku hanya balas dengan geleng kepala.

"Luth yang jumpa aku ke?"

"Haah, masa tu Luth kata dia nak pergi UG 14 sebab tetinggal barang. Tak lama lepas tu, dia terus datang semula kata kau pengsan," balas Darwish.

"Eijaz?" Aku pandang muka Ammar.

"Kenapa dengan Eijaz? Dia ada dekat bilik dia lah, aku rasa harini dia dah okay kot. So dia boleh sambung ajar kau," ujar Ammar.

"Aku nampak Eijaz semalam dekat UG 14 sebelum aku pengsan. Takkan dia tak perasan aku pengsan?" Darwish dan Ammar membalas pandangan masing-masing.

"Mana aku tahu, tapi semalam memang Luth ya-"

TING!

Terus je aku pusing pandang lift dan aku nampak Luthfan dan Eijaz berjalan keluar dari lift. Tanpa membuang masa, terus sahaja aku berjalan ke arah diorang, dan aku biarkan ayat Ammar tergantung.

Sampai sahaja dekat diorang, sikit pun aku tak pandang Eijaz. Hati aku sakit sangat bila nampak muka dia.

"Luth, aku nak cakap dengan kau sikit," terus sahaja aku tarik baju Luthfan tanpa sempat dia membalas. Aku tarik Luthfan sampai ke bilik Training 1.

"Asal kau tarik aku ni?" soal Luthfan pelik. Aku tak jawab soalan dia, malah aku pula yang menyoalnya.

"Kau jawab jujur eh, memang kau ke yang jumpa aku pengsan semalam?" soal aku, jari telunjuk aku halakan pada mukanya. Lambat-lambat Luthfan angguk.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now