CHAPTER 22

0 0 0
                                    

Aku hanya termenung daripada atas Menara Sinar, sudah puas pusing satu Ghani. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik ke madrasah semula. Tapi aku tak balik ke Hadwan, aku terus ke Menara Sinar. Perhatiakan tindak tanduk semua orang dari atas.

Dari sini aku boleh nampak Cahaya dan Farriz sedang bertengkar kecil. Itu tak lain tak bukan, mesti Farriz kacau Cahaya lagi. Memang aku kahwinkan dua orang ni nanti.

Di sudut lain pula, aku Nampak Fawwaz sedang khusyuk cari buku ditemani angah kat tepi. Beberapa kali juga angah tunjuk buku pada Fawwaz, tapi Fawwaz hanya menggeleng. Mungkin tak kena dengan cita rasanya.

Kak Chempaka dengan along pula sibuk melihat cara-cara kraf tangan yang dibuat dari rotan. Pada awalnya mereka hanya lihat sahaja, tapi sekarang mereka turut serta belajar membuat kraf tangan itu. Lain pula dibuat oleh Kak Dhiya' dan Luthfan. Mereka berdua tengah duduk bersembang di salah satu tempat duduk yang terdapat di kawasan tu.

Comel pula tengok diorang dua tu, sesuai sangat. Darwish, Fahim, dan Ammar pula dari tadi beli makanan. Dari tadi tak berhenti membeli tiga ketul tu, kalua pada awalnya Farriz join diorang juga. Tapi sekarang dia tengah sibuk bergaduh dengan Cahaya.

Dan Eijaz pula, aku tak tahu dia kat mana. Lepas je aku bersembang dengan dia, terus je dia hilang lepas aku tegur Kak Chempaka dengan along. Itu juga jadi salah satu sebab kenapa aku balik madrasah semula.

"Haihh..." aku mengeluh Panjang. Rasa dekat je, tapi sebenarnya jauh. Jauh untuk aku kejar, malah langsung tak dapat untuk aku gapai.

"Seronok kan tengok suasana daripada atas ni," tegur satu suara.

Laju je aku pusing pandang pemilik suara tu. Seorang pak cik tua yang umurnya mungkin lebih kurang dengan Walid Khaizuran je. Tapi apa yang orang tua ni buat dekat sini? Berkerut dahi aku pandang dia, dia pula boleh senyum je dekat aku. Apakah?

"Panglima, nah. Eijaz sempat ambil yang ni je tadi," Kini aku alih pandangan pula pandang Eijaz yang baru sahaja datang bersama botol di tangannya. Pak cik tadi pun pusing kebelakang pandang Eijaz.

"Eh, kau buat apa dekat sini Raissa?" soal Eijaz bila mata dia menangkap susuk tubuh aku selepas sahaja pak cik yang halang pandangan Eijaz itu bergerak ke tepi sikit.

"Aku bosan, tu yang balik semula madrasah. Kau pergi mana? Ni siapa?" soal aku, dan kini pandangan Eijaz teralih pada pak cik yang dia panggil panglima tadi.

"Ouh, ni Panglima Altamis. Dia baru sampai tadi, tu yang aku balik madrasah semula. Walid panggil aku," terang Eijaz. Aku mengangguk.

Jadi, ni lah panglima yang Eijaz katakan haritu. Baru sekarang muncul, katanya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di luar Ghani.

"Nah," Eijaz hulur botol terebut pada Panglima Altamis.

"Air tebu dah habis ke?" soal Panglima Altamis dan Eijaz mengangguk.

"Panglima lambat sangat. Panglima tahu kan yang air tebu tu cepat habis. Kalau panglima bagi tahu awal-awal dekat Eijaz yang panglima nak balik harini. Dah lama Eijaz beli dan simpan dalam peti," balas Eijaz. Panglima Altamis pula ketawa perlahan.

"Panglima dah bagi tahu dekat walid Eijaz dari semalam lagi. Dia lupa bagitahu Eijaz lah tu," Panglima Altamis buka penutup botol tu dan kemudian dia minum air yang aku tak pasti tu air apa.

"Ish walid, selalu lah macam tu," Eijaz peluk tubuhnya sendiri macam tengah merajuk. Aik, comel lah pulak. Dia nampak manja dengan Panglima Altamis dan semestinya nampak comel. Hehe...

"Sedap juga air kelapa ni. Eijaz beli di gerai mana?"

"Gerai Pakcik Johan tu,"

"Ouh, Johan tu kalau buat air kelapa memang sedap,"

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now