CHAPTER 5

14 4 0
                                    

Satu persatu tingkat di bilik bawah tanah itu kami kunjungi bermula daripada UG 6 namun tidak bagi tingkat yang dilarang masuk. Fawwaz telah menerangkan perkara itu kepada kitorang, dan kitorang pun tak banyak tanya sangat. Kalau aku, memang aku malas nak ambil tahu sangat. Yang aku tahu, aku nak balik cepat. Kini, kitorang sampai di tingkat yang terkahir sebelum kembali ke common room iaitu kawasan play ground.

Jika disebutkan sebagai play ground, tidaklah tempat itu mempunyai gelongsor seperti di taman permainan di luar. Namun kawasan itu terdapat banyak permainan video dan kawasan indoor sport seperti ping pong, mini golf, mini tennis, mini badminton, mini soccer, dan banyak lagi permainan. Termasuklah permainan berasakan papan. Setiap bahagian akan dibahagikan dengan dinding kaca.

Kawasan ini ditubuhkan hanyalah untuk menghilang stress ahli Vidac selepas mereka berlatih. Kawasan ini mungkin lebih luas jika nak dibandingkan dengan kawasan lain. Mana tidaknya, kawasan ini mempunyai swimming pool yang agak luas yang terletak elok di dalam sebuah bilik tertutup.

"Korang pusing-pusing lah dulu kat kawasan ni. Pape hal aku ada kat tepi sana. Dah puas pusing datang kat aku. Kita gerak gi common room semula. Selamat meneroka, and enjoy yourself." Habis sahaja kata-katanya itu, Fawwaz terus mengorak langkah ke arah satu sudut yang terdapat sofa di situ. Labuhkan sahaja pungungnya di atas sofa, pantas tanggannya menyelak buku yang sedari tadi dibawa bersama.

Laju sahaja kaki aku berjalan ke kawasan yang penuh dengan lukisan, atau lebih tepat lagi ruangan untuk melukis. Dari awal lagi ruang ni menarik minat aku. Banyak lukisan yang tergantung. Entah siapa lah yang berseni sangat ni, cantik lukisan dia.

Mata aku lirikkan di segenap ruang tu, menghayati setiap lukisan atas canvas yang sudah tergantung dan masih ada beberapa lukisan yang masih berada di lantai. Mungkin tak muat dah kot nak gantung? Makin lama, diri aku tenggelam dalam dunia lukisan itu.

"Cantik lukisan-lukisan ni kan." Tersentak aku bila kene sergah macam tu. Kacau lah, orang baru je nak feeling-feeling sekejap. Aku alihkan kepala pandang kanan.

Lelaki tu berdiri di sebelah aku sambil matanya turut melihat ke arah lukisan yang terdapat di ruangan itu. Aku kecilkan mata aku, cuba untuk ingat nama mamat ni. Siapa ekk? Tadi dia ada cakap, tapi aku dah lupa.

"Ammar," Ujar lelaki tu. Haa, betullah. Aku ingat mar-mar je kat belakang tu.

"Tak sangka kau dibesarkan dengan orang yang pandai dalam seni. Kau pandai melukis ke?" Soal Ammar, aku geleng.

"Tak, aku tak pandai,"

"Yeke, pernah cuba tak sebelum ni?" Betul juga tu, lepas aku sedar mana pernah aku pegang berus lukisan. Macam mana aku tahu aku tak pandai lukis.

"Takpe lah, kalau kau tak pernah melukis, cuba lah try melukis. Tak pun kau belajar dengan si Eijaz tu," cadang Ammar.

"Eijaz pandai lukis ke?" Eceh laju je mulut aku bertanya, tadi bukan main menyampah lagi nampak diorang.

"Bolehlah, tapi tangan Eijaz memang berseni, lukisan dia pun nampak real sangat. Kalau ada masa dia akan buat tembikar. Then dia jual tembikar tu lepas dah siap cat," Terang Ammar. Wah hebat juga budak Eijaz ni.

"Ammar, Fahim panggil kau," serentak kami pandang ke pemilik suara itu. Takde salam, takde apa terus terjah je. Boleh pulak dia berdiri dengan tangan masuk ke dalam poket. Ingat hesmes ke?

Muka dia tak payah cakap, langsung takde secalit senyuman. Tapi bila pandang lama-lama nampak berkarisma lah pula. Bentuk muka macam arab-arab sikit, dengan mata terbentuk cantik. Bulu mata bukan main lentik, kalah perempuan. Hidung dia pula mancung sesuai dengan bentuk muka dia. Bibir pula merah jambu, mesti tak hisap rokok ni.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now