CHAPTER 1

38 6 0
                                    

Sedaya upaya aku cuba buka mata aku walaupun ianya terasa sangat berat. Cahaya terus sahaja merombos masuk kedalam tatkala kelopak mata aku berjaya dibuka. Disebabkan sakit akibat kesilauan cahaya itu aku tutup mata aku kembali.

Sekali lagi aku cuba nasib untuk buka mata, namun kali ini aku hanya buka pada bukaan yang kecil sahaja. Terkebil-kebil mataku yang sedang cuba menerima kehadiran sinaran cahaya pada mata aku. Setelah aku berjaya buka mata aku sepenuhnya, aku lirikkan pandangan aku pada sekeliling ku.

Putih, itu sahaja yang aku dapat gambarkan sekarang. Perlahan-lahan aku cuba gerakkan badan aku. Terasa lenguh akibat pembaringan yang lama, kot? Kepala aku pusingkan ke kanan, dapat aku lihat tubuh sesorang yang sedang duduk di atas kerusi dengan muka yang ditundukkan, tidur ke?

Mulut aku buka dan cuba keluarkan suara, tapi suara aku umpama terlekat di kerongkong. Tekak aku terasa kering sangat. Walaupun aku cuba untuk telan air liur sendiri, air liur aku juga kering. Nak air... rengek ku dalam hati.

Mata aku kini dapat menangkap gelas kaca di meja sebelah katil yang aku baring. Terketar-ketar tangan aku bila aku cuba hulur tangan ke arah gelas itu. Tapi tenaga aku masih belum cukup menyebabkan gelas kaca itu jatuh menyentuh lantai.

PANG!!!

Berdesing telinga aku bila gelas kaca sudah berkecai pecah di lantai. Tidak semena bunyi kaca itu mengejut orang yang sedang tidur tadi.

"Oh mak kau jatuh tergolek!" latah lelaki itu. Terkebil-kebil mata aku melihat lelaki itu seperti sudah membuka silat sambil tangannya dikepalkan. Perbuatannya terhenti apabila anak matanya bertemu dengan anak mata aku. Satu saat...dua saat...tiga saat.

"Eh princess, Ya ALLAH princess dah sedar. Kejap angah panggil uncle Hilman." Kalut lelaki itu keluar dari bilik. Aku masih lagi terkebil-kebil. Wah, aku ni keturunan raja ke? Princesess mat. Jap, siapa lelaki tu? Angah? Wait, siapa aku?

*******

"Betul ke Rai tak ingat apa-apa?" soal Doktor yang merawat aku sebentar tadi. Semua mata yang ada dalam wad tu pandang aku. Menunggu jawapan daripada aku, tiba-tiba rasa macam disoal siasat oleh polis pula.

Aku tak terus jawab soalan tu, malah aku cuba untuk ingat semula semua memori-memori lama aku. Namun hampa bila tiada satu pun bayang yang berlegar di kotak memori aku sekarang. Satu habuk pun aku tak ingat, umpama aku dilahirkan semula. Otak aku kosong, blur habis aku sekarang.

"Rai?" aku kembali mengalihkan pandangan pada doktor itu semula. Perlahan-lahan aku gelengkan kepala. Doktor itu mengeluh berat, keadaan dalam bilik itu sunyi sepi semula. Tidak lama kemudian doktor itu kembali bersuara.

"Rais, call papa. Bagitahu papa yang uncle nak jumpa dia. Jangan lupa maklumkan juga pada semua yang Rai dah sedar," arah Doktor itu. Kakinya terus melangkah keluar daripada bilik bersama dua orang jururawat yang setia berada di sisinya sedari tadi. Selesai lelaki itu bercakap dengan telefon, dia mengatur langkah ke arah aku.

"Princess dah tak ingat angah ke?" soal lelaki tadi pula. Aku memandangnya pelik, dia nak menangis ke?

"Maaf, saya tak ingat. Maaf sebab hampakan awak," sayu aku membalas. Rasa serba salah pun ada.

"Saya? Awak?" jelas kelihatan terkejut pada muka lelaki itu.

"Princess tak pernah bahasakan diri princess saya kalau cakap dengan angah. Princess tak pernah panggil angah dengan panggilan awak," perlahan sahaja lelaki itu bersuara, tapi aku masih boleh dengar.

Lah pulak, mana lah aku ingat aku panggil dia apa. Dah aku kasi tahu tadi kan yang aku hilang ingatan, aku tak ingat apa-apa. Ada yang nak kene rembat dengan aku kejap lagi karang. Dah lah aku masih proses apa yang tengah berlaku sekarang ni.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now