CHAPTER 19

3 1 0
                                    

"Tujuan musuh pada pihak kami adalah untuk merampas keris Laksamana dan keris Srikandi," terang Walid Khaizuran.

"Dan tujuan musuh pada pihak kita masih lagi belum diketahui sepertimana yang korang semua dah sedia maklum," ujar Uncle Sabri. Lah, kalau tak tahu tujuan, macam mana boleh jadi musuh. Tak faham lah aku.

"Kejap, keris?" soal Darwish, dan soalan itu ditujukan kepada Walid Khaizuran.

"Yup, keris," balas Walid Khaizuran dan menunjukkan ke arah Eijaz.

Dengan itu, Eijaz mengeluarkan keris yang diselitkan di pinggangnya. Pada hulu keris yang bersambung dengan mata keris itu terdapat ukiran kepala harimau. Agak panjang juga keris milik Eijaz ni.

"Keris ni kau punya ke Eijaz?" soal angah, matanya tidak lepas dari memandang ke arah keris itu.

"Bukan aku punya, tapi laksamana yang punya," balas Eijaz selamba menyebabkan angah terus kalih pandangannya pada Eijaz.

"Habis tu kau bukan laksamana ke hanat?"

BUK!

Aunty Liyana memukul kuat bahu anaknya itu.

"Bahasa tu, jaga sikit Farriz," marah Aunty Liyana. Farriz hanya tersenyum sambil menggosok belakang tengkuknya. Itulah makannya kalau mencarut depan mak. Farriz ni pun, cakap tak pandang kiri kanan langsung.

"Keris hanya milik Laksamana. Sesiapa yang diangkat menjadi Laksamana sahaja yang berhak untuk menggunakan keris ni. Kalau aku tak jadi Laksamana, keris ni bukan hak aku. Sebab tu aku cakap keris ni milik Laksamana, bukan milik aku," terang Eijaz

"Jadinya, keris Srikandi ada pada Srikandi lah sekarang?" Kak Dhiya' menyoal. Walid Khaizuran mengangguk perlahan-lahan.

"Harapnya begitu lah," ujar Walid Khaizuran.

"Jadi sekarang," papa kembali bersuara.

"Korang semua masih tak habis berlatih silat lagi kan?" soal Uncle Hilman apabila papa kembali diam. Kami semua menggeleng. Pelajaran kami memang terhenti di tengah jalan.

"Sambung berlatih dekat sini. Dekat gelanggang silat yang sebenar," ujar Walid Kahizuran.

"Nak sambung berlatih lagi ke? Berapa jenis tumbukkan lagi kitorang kene tahu ni?" balas Cahaya malas. Nampak lah dia dah muak nak belajar silat.

"Kita tak akan belajar tumbukan. Tapi kita belajar cara untuk menggunakan senjata," terang Luthfan.

"Kitorang dah pandai lah guna senjata. Nak senjata apa? Sniper? Shotgun? Ri-,"

"Memanah?" Terhenti kata-kata Farriz apabila dipotong oleh Fahim begitu sahaja.

"Tombak? Lembing?" Sambung Ammar.

"Rencong? Lading?"  Tambah Luthfan pula.

"Dan keris, korang dah pandai handle ke?" soal Eijaz, satu persatu dari kami dia perhatikan.

"Ca... cakap lah, senjata tradisonal. Aku ingatkan senjata moden," Farriz bermain dengan jari jemarinya, malu lah tu. Tu lah, lain kali jangan potong orang tengah bercakap.

"Tapi untuk apa, kami kan dah mahir guna senjata moden. Kenapa tiba-tiba kami nak kene belajar guna senjata tradisional pula?" along menggaru kepalanya, mungkin tak faham dengan apa yang papa nak.

Tapi aku lagi teruk, senjata moden pun tak pernah pegang inikan pula senjata tradisional.

"Tak salah pun kalau korang belajar cara nak handle senjata tradisional kan? Tambah pengetauan korang, in case ade apa-apa yang jadi. At least korang dah bersedia," terang papa. Semuanya diam, seakan cuba menghadam dan mengiayakan apa yang papa cakap.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now