CHAPTER 27

0 0 0
                                    

Hampir dua bulan kami pulang ke rumah masing-masing. Dan selama itu juga aku tak pernah berjumpa dengan Eijaz. Mereka yang lain pula sibuk dengan kerja masing-masing. Kerja apa pun aku tak tahu. Nak pergi ke base Vidac tak boleh sebab masih dalam proses bina semula.

Setakat ini apa yang aku tahu, Kak Dhiya' telahpun bergerak ke pangkalan tentera laut bulan lepas dan Darwish sambung PHD di London. Along dan angah pula tolong papa. Yang lain aku tak tahu apa yang diorang buat. Cahaya pun aku dah lama tak jumpa, hanya berborak melalui telefon sahaja.

Tipu lah kalau kata aku tak rindu diorang, terutamanya mereka di Ghani. Dan sekarang aku rasa menyesal sebab tak bercakap dengan Eijaz di hari terkahir aku dekat Ghani.

Malas nak serabutkan kepala, aku cadang nak kacau mama harini. Memandangkan hanya kami berdua sahaja yang ada dekat rumah. Papa, along, dan angah awal pagi lagi dah menghilang.

Satu rumah aku jalan cari mama. Dapur, ruang tamu, laman depan, laman belakang, tingkat satu, tingkat dua. Tapi aku masih tak tahu mama dekat mana. Dan akhirnya aku turun semula ke ruang tamu. Baru tarik nafas nak jerit panggil mama, aku dengar ada sesuatu yang terjatuh dari tingkat atas. Berlari aku naik tangga, risau kalau mama yang jatuh. Tangan laju je aku tolak pintu bilik mama dengan papa.

"Mama okay tak? Apa yang jatuh? Kenapa bersepah ni mama?" laju je aku tanya bila nampak bilik tu bersepah dengan kertas yang bertaburan di lantai. Macam mana lah aku tak tercari mama dekat bilik dia, haduhh...

"Mama tengah kemas bilik ni ha, lepastu kotak dekat atas almari ni terjatuh. Habis semua dokumen papa berterabur," terang mama. Badannya dibongkokkan untuk mengutip segala dokumen yang bertaburan itu.

"Eh mama, kasi Rai kemas. Mama rehat je," cepat-cepat aku halang mama. Aku tarik tangan dia dan bagi dia duduk dekat katil.

"Mama ni, lain kali panggil lah Rai. Rai boleh tolong mama kemas, duduk kat rumah ni Rai bukannya buat apa pun. Bosan," ujar aku, tangan masih ligat kutip dokumen yang bersepah.

"Mama tak nak lah kacau. Mula-mula ingat nak minta tolong angah atau along je malam tadi. Tapi awal pagi lagi papa ajak mereka berdua keluar, jadi mama buat jela sendiri," aku geleng kepala dengar alasan dari mama. Tapi sedikit terasa. Papa hanya ajak along dan angah sahaja, sikit pun tak ajak aku.

Sepanjang aku dekat rumah, memang aku tak bercakap dengan papa. Asal jumpa je papa akan lari. Buat masa sekarang aku hanya ingat kata-kata along yang menyuruh aku kasi papa masa.

"Apa lah mama ni, panggil je Rai. Rai boleh tolong mama. Ni kemas sorang-sorang, mama tu dah berumur tau. Kalau jadi apa-apa macam mana. Kalau kita kemas sama-sama kan boleh luangkan masa sama-sama. Rai dah la jarang nak sembang dengan mama, dua bulan duduk dekat Ghani tu. Rindu nak manja-manja dengan mama," Bebel aku. Tapi aku langsung tak dengar balasan dari mama. Aku pusing pandang mama, terbeliak mata aku tengok mama menangis.

"Eh, mama kenapa ni?" macam tu je aku lepaskan dokumen yang dah selamat ada dekat tangan aku. Laju aku gerak ke arah mama.

"Kenapa mama menangis ni?" risau pula aku, tiba-tiba je mama ni. Mama angkat kepala pandang aku, air matanya di lap. Dia cuba untuk senyum.

"Takde apa-apa, mama cuma rindukan Rai," aku kerut dahi, apa kepelik jawapan mama ni?

"Aikk, kenapa pula rindu Rai? Rai dekat depan mama ni kan, apa mama ni?" aku geleng kepala. Ada-ada jela mama ni.

"Mama sayang Rai tau, mama bersyukur ALLAH kurniakan Rai sebagai anak mama. Mama tak pernah menyesal, dan mama tak pernah kecewa. Mama ada untuk Rai luahkan semuanya, mama sentiasa sayang Rai," makin bertambah pening aku dengar apa yang mama cakap.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now