CHAPTER 2

26 5 0
                                    

Aku hanya termenung ke luar tingkap, petang ni baru aku dibenarkan discharged dari hospital. Tadi uncle Hilman ada datang dan check perkembangan aku, dia kata petang ni anak dia yang akan ambil aku, Cahaya Dahlia. Siapa pun aku tak kenal.

Tapi uncle Hilman kata, Cahaya dulu kawan baik aku. Cuma dia tak dapat melawat aku lepas aku sedar sebab dia tengah final exam sekarang. Semalam baru habis, tu yang dia offer nak ambil aku harini.

Selama seminggu lepas aku sedar, angah lah orang yang sentiasa jaga aku. Tiap-tiap hari dia bawakan aku bunga matahari dan coklat. Katanya, dulu aku suka sangat dengan bunga matahari dan coklat. Aku ingatkan angah ni annoying orangnya. Tapi bila kau kenal lebih, dia sangat protective, cuma kadang-kadang tu otak dia biul sikit.

Sedang sibuk aku melihat keindahan langit pada pagi tu walaupun cahaya matahari bukan main panas lagi singgah kat muka aku ni. Aku tetap juga pandang langit, rasa tenang. Tanpa aku sedar, aku perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Tiba-tiba pintu aku dibuka dari luar, terus sahaja aku alihkan pandangan ke arah pintu

Mungkin Cahaya dah sampai, tapi awal betul. Baru pukul 1230 tengah hari. Aku dibenarkan keluar pada jam 4 petang selepas sahaja pemeriksaan terakhir aku pukul 3 ni. Terbuka sahaja pintu tu, aku nampak tubuh seorang lelaki yang memakai topi menutup mukanya. Angah ke?

Angkat sahaja muka, mata dia bertentang dengan mata aku. ZAP!!! Badan aku kaku, jantung aku berdegup kencang bagaikan mahu terkeluar. Mata aku tak payah cakap, aku rasa dah sebesar-besar alam dah dia terbuka. Siapa dia? Kenapa hati aku sakit sangat bila nampak dia?

"Apa Khabar?" soalnya sambil perlahan-lahan berjalan ke arah aku selepas pintu ditutup dan dikunci. Otak dan kaki aku langsung tak bekerjasama sekarang. Otak aku kata pergi, tapi kaki aku tetap kaku. Sumpah aku langsung tak boleh gerakkan kaki aku walaupun aku sedaya upaya untuk gerakkannya.

"Jangan paksa gerak kalau kau tak nak sakit," terhenti perbuatan aku, kini dia betul-betul berdiri depan aku. Aku dapat nampak muka dia dengan jelas. Bertambah sakit hati aku tanpa aku tahu kenapa.

"Aku datang sekejap je, ada perkara aku nak bagi tahu kau," dua-dua diam aku tunggu dia habiskan kata-katanya.

"Setiap keputusan yang kau akan buat lepas ni, aku harap kau boleh fikir dulu betul-betul. Jangan mudah percaya dengan kata-kata dari orang yang kau tak kenal. Faham," amboi-amboi sedap dia je bagi arahan dekat aku ya. Dia ingat dia siapa.

"Kenapa aku kene dengar cakap kau pula, kalau kau kata jangan percaya kata-kata daripada orang yang aku tak kenal. Jadi aku tak akan percaya kata-kata kau sebab aku tak kenal kau," dengan berani aku balas. Aku nampak muka dia sedikit berubah. Macam terkejut pun ada.

"Jadi betullah apa yang diorang kata," perlahan sahaja suaranya tapi aku dapat dengar dengan jelas. Dia alihkan pandangan ke bawah.

"Jangan lari," ucap dia tanpa pandang ke arah aku. Dalam masa yang sama aku rasa kaki aku dah boleh bergerak semula. Laju aku pandang kaki aku dan alih pandang dia semula. Dia ke yang buat kaki aku tak boleh gerak?

Bergetar badan aku sekarang, depan aku ni hantu ke? Haishh, kalau kat hospital ni kita tak boleh percaya sangat. Banyak roh-roh yang tak tenteram berlegar dekat sini. Depan aku ni roh jahat ke? Dia nak bunuh aku ke? Aku buka langkah nak lari. Tapi baru tiga langkah, kaki aku sekali lagi tak bergerak.

"Aku cakap jangan lari kan," nohh, pucat lesi muka aku sekarang. Setitik darah pun takde. Aduh lah roh jahat ni jangan lah kacau aku. Pergi lah kacau pesakit lain, aku ni setiap waktu tau solat. Lepas maghrib aku baca Al-Quran, asal nak ganggu aku.

"Aku takde niat nak takutkan kau, takpe lah mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita berbincang. Jumpa lagi nanti Eshal Raissa," aku langsung tak pandang dia, sebab yela kaki aku tak leh gerak kot. Dah lah keadaan aku sekarang ni membelakangi dia. Tapi dia sebut nama penuh aku, dia kenal aku.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now