CHARTER 7

11 3 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, awal pagi lagi aku dah bersiap untuk ke base. Setelah mendapat kebenaran dari papa dengan menggunakan idea bernas aku malam tadi. Walaupun bukan aku yang cakap dekat papa, tapi mama yang kasi tahu. Sebab apa? Sebab aku memang jarang jumpa papa, selalunya pagi papa keluar, tengah malam baru papa balik.

Pagi ni angah yang akan hantar aku ke sana, itupun atas arahan papa. Mama kata, papa tak izinkan aku pergi sendiri. Apatah lagi kalau nak naik grab, katanya bahaya. Selesai memastikan pakaian aku elok terletak pada badan aku, terus sahaja aku mencapai telefon dan turun ke bawah.

"Amboi, happy nya dia. Nak pergi latihan ke nak pergi dating ni?" perli angah. Mungkin dia perasan aku senyum dari tadi kut. Yela dari turun tangga sampai masuk kereta and sekarang kitorang dah sampai base pun aku masih belum berhenti senyum. Yela, kita ni eksitod nak tengok orang melukis.

"Mana ada dating, angah ni," Aku jeling. Angah hanya tergelak kecil dan sekarang kami sama-sama turun ke tingkat UG 12.

Buka sahaja pintu lift, aku nampak Eijaz yang duduk di sisi meja sambil sebelah tanggannya di dalam poket dan sebelah lagi memegang telefon.

Haihh, asal hesmes sangat ni. Walaupun dia hanya pakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan di kenakan dengan seluar jeans hitam, tapi aura dia lain macam. Aku hanya senyum saat mata aku bertembung dengan matanya.

"Asal kau duduk kat tepi meja tu, kat sini banyak kerusi kot. Buat sakit bontot je," Ujar angah. Ye tak ye, asal dia tak duduk kat kerusi je, dah berapa lama dia duduk kat situ. Nanti tak pasal-pasal berbirat punggung dia.

"Aku baru je naik ni, tadi dari bilik. Bila Raissa chat aku kata dah sampai, baru lah aku gerak ke sini. Ni pun baru je sampai," terang Eijaz, aku dan angah mengangguk. Tak lama kemudian angah pusing menghadap aku.

"Latihan tambahan apa lagi yang Eijaz nak ajar princess ni? Fahim tak buat kelas tambahan pun kat kitorang, ni mesti Eijaz nak ajar teknik rahsia ni. Angah nak join korang sekali lah hari boleh?" Terbantut senyuman aku, perlahan-lahan aku menelan air liurnya, pahit sangat.

"Angah pun nak latihan tambahan juga. Mana aci princess je dapat. Angah pun nak jadi hebat juga. Boleh tak Eijaz?" soal angah. Eijaz tidak membalas, namun dia hanya menggaru kepalanya sambil mata memandang ke arah aku.

"Mana boleh, kan Rai dah kasi tahu Rai terlepas beberapa pelajaran. So harini Rai catch up balik semula. Nanti angah suruh lah Fahim buat latihan tambahan juga, diakan jurulatih angah. Eijaz jurulatih Rai sorang, mana boleh kongsi. Dia Rai punya," dengan berani aku jawab tanpa aku hiraukan muka Eijaz sekarang. Aku nampak dia terkejut, mungkin dia dengar aku tinggikan sikit suara aku dekat angah kut.

"Cehh, kedekut. Yela-yela, angah balik dulu. Nanti dah siap call angah ya, angah datang ambil. Jangan mengada-ngada nak balik sorang ke, nak naik grab ke. Nanti angah juga yang kene membebel dengan papa," Pesan angah, kini pandangannya dialihkan kepada Eijaz. Elok muka dia tersenyum masa bercakap dengan aku, pandang je Eijaz terus renungan dia jadi tajam.

"Kau jaga adik aku elok-elok," Angah lebih kepada memberi arahan, Eijaz hanya mengangguk. Langsung tak gentar dengan pandangan maut dari angah, malah dia boleh lagi balas pandangan. Aku pua yang takut sekarang ni.

Lepas 5 minit angah tinggalkan aku dengan Eijaz, barulah kami bergerak ke UG 14. Bukan apa, cuma nak pastikan yang angah betul-betul dah ballik. Nanti kantoi pula.

Sampai sahaja di ruangan melukis, Eijaz pantas menyediakan alatan melukis. Papan yang sudah letakkan kertas canvas diambil dan diletakkan di atas stand. Warna air dan berus pula disusun di atas meja kecil yang terdepat di sebelah stand tersebut. Setelah semuanya kelihatan rapi, Eijaz bergerak ke arah dinding yang terdapat beberapa apron.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now