🌸 3 🌸

492 15 6
                                    

Aqeed duduk di balkoni luar biliknya sambil mengadap ke arah gunung ganang yang menghijau. Biliknya itu berlatarbelakangkan gunung dan view dari balkoninya itu sangat cantik.

Dia selalu duduk di situ kerana itu dapat menenangkan hatinya yang kadangkala serabut. Tapi entah kenapa pada hari itu, jiwanya tidak tenang. Dia tidak mampu menghilang kan bayangan wajah Rana dari fikirannya.

"Haish, asal dengan aku ni?" Aqeed mengusutkan rambutnya.

Rana Syafiyyah. Nama itu melekat di dalam kepalanya bagai gam gajah yang sukar untuk dihilangkan.

Sejak dia kenal dengan gadis itu tiga minggu yang lalu, hatinya terdetik rasa tapi dia tak tahu apakah rasa itu yang sebenarnya. Suka? Sayang? Atau cinta?

Ditambah pula dengan sikap gadis itu yang tak pernah kenal erti putus asa meskipun semua permintaan gadis itu ditolaknya mentah-mentah. Jujur, ada hati yang perlu dia jaga.

"Aqeed!"

Aqeed berpaling. Dia tersenyum manis bila terlihat wajah tua nenek nya. Hati itu la yang perlu dia jaga.

"Tok mak, kenapa tak panggil Aqeed?"

"Tok mak dah panggil dah. Kamu tu je yang tak sedar. Berangan apa la agak nya tu."

Aqeed tayang sengihan.

"Mana ada berangan la, tok mak. Tengah fikir je ni."

"Aqeed masih fikir pasal apa yang tok mak cakap tu ke?"

Aqeed membisu.

"Kalau Aqeed tak nak, tok mak dengan tok ayah takkan paksa."

"Eh, tak ada la. Aqeed okey je, Aqeed terima apa semua yang tok mak rasa terbaik untuk Aqeed."

"Betul ni?"

Aqeed tersenyum sambil mengangguk. Sampai bila kau nak tipu perasaan kau, Aqeed? Kau boleh cakap yang kau tak suka kan?

"Tak apa la, tok mak keluar dulu!"

Aqeed hanya mengangguk. Sebaik saja orang tua itu menghilang, Aqeed hembus nafas perlahan.

                           *****

Tekun Rana membelek nametag 'prince charming' nya itu. Tersenyum- senyum dia melihatnya. Macam orang angau. Adik bongsunya yang kebetulan lewat di situ pelik.

Dah kenapa kaka aku sorang ni? Gila ke? Sengih sorang-sorang?

Hafiy masuk ke dalam bilik kakaknya itu lalu merampas nametag dari tangan Rana. Rana tersentak.

"Oi, apa masuk bilik orang ni?"

"Dah kau tak tutup pintu, aku masuk la." Balas Hafiy selamba.

Dia melihat nametag itu. Putra Aqeed Qaayed? Asal macam familiar nama ni ek? Dekat mana aku pernah dengar?

"Siapa ni?"

"Sibuk la kau ni, bagi balik."

Rana cuba menggapai nametag itu dari tangan adiknya tapi walau macam mana dia tonjet pun, dia tak kan dapat capai pun nametag itu dari tangan si bongsu yang memang tinggi lampai itu.

"Jawab dulu, ini siapa?"

"Kawan aku."

"Mana kau dapat nametag ni?"

"Dia la yang bagi. Kau ni asal banyak sangat soalan kau ni? Bagi balik!"

Hafiy masih berkeras tidak mahu memulangkan nametag itu.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now