🌸 6 🌸

400 13 0
                                    

Rana menghembus nafas berat bila melihat namanya tersenarai dalam list mentor yang akan dihantar ke sekolah lain. Lebih memberatkan lagi kepalanya bila nama Aqeed juga ada dalam senarai itu.

Dah la aku tengah nak perang dingin dengan budak tu. Macam mana ni?

Termasuk dia dan Aqeed, ada lebih kurang lima orang yang akan ditugas kan menjadi nentor untuk seminggu bagi pelajar tingkatan tiga di sekolah lain. Mentor dari sekolah lain juga akan datang ke sekolah mereka.

"Rana, kau dah tengok list tu?" Soal Faliq yang baru masuk ke kelas.

"Dah. Weh, kenapa dia ada sekali?"

"Siapa?"

"Aqeed la!"

"Aik, bukan kau suka ke?"

Rana menjeling Faliq tajam.

"Aku pun ada maruah la. Dah dia reject aku, takkan aku aku nak terhegeh lagi kat dia? Nanti dia kata apa pulak."

"Ha, tahu pun kau. Orang dah tak nak tu, faham sendiri sudah la."

Rana terdiam sejenak.

"Weh tapi aku masih tak puas hati la. Aku memang kena pergi ke? Tak boleh tukar?"

"Mana boleh, Na. Itu kan dah ditetap kan oleh pengetua. So, nak tak nak kau kena ikut la. Ala, kau buat tak tau jelah dengan dia."

"Nak buat tak tau macam mana kalau aku memang kena pergi dengan dia?"

"Kau pergi berdua je ke dengan dia? Tak kan?"

"Kau ganti aku boleh?"

Faliq buat muka.

"Kau gila? Kau nak Puan Rafidah tu memekak? Wo, boleh roboh bangunan dekat dalam sekolah ni semua. Tak nak aku!"

"Habis tu macam mana ni?"

"Macam mana apa? Pergi jelah!"

"Tch!"

                          *****

Mulai hari itu, bermula la tugas Rana, Aqeed dan tiga orang pelajar lain sebagai mentor. Mereka akan ditemani oleh Cikgu Intan tapi Aqeed yang akan memandu.

Rana hanya membeku di tempat duduk belakang. Dia yang biasanya riuh, sikit pun tak bercakap. Aqeed pula yang banyak bercakap. Terbalik pulak dah!

Betul la agaknya, Aqeed ni ada dua personaliti. Kejap dingin, kejap ceria. Tak faham aku. Tapi yang banyaknya dingin la. Lagi kalau dengan aku.

Hanya lebih kurang lima belas minit perjalanan, mereka sudah sampai di sekolah The Future High School. Selepas kereta diparkir, mereka turun dari kereta.

"Okey pelajar semua, mulai hari ni, kita akan berkampung dekat sini selama seminggu. Ini dikira markah koko kamu semua la. Bak kata orang, tak ada yang percuma dalam dunia ni kan?" Ujar Cikgu Intan.

Mereka semua hanya mengangguk.

"Sebelum kamu semua terkejut, cikgu bagitahu awal-awal la berapa ramai pelajar yang akan jadi mentee kamu. Semuanya ada dalam tiga puluh orang. Jadi, saya harap kamu semua boleh la handle ya?"

Ini bukan terkejut lagi, terkejut beruk dah mereka berlima. Tiga puluh? Gila ah! Asal tak genap seratus je?

"Saya suggest untuk kamu semua pilih siapa untuk jadi ketua."

"Err... Memang kena ada ketua ke, cikgu? Seminggu je kan?" Soal Athira, pelajar tingkatan enam Diamond.

"Ya, Athira. Kena ada ketua sebab tak confirm lagi sebenarnya tempoh tu. Boleh jadi akan dilanjutkan lagi."

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now