🌸 15 🌸

364 11 2
                                    

Rana yang ketika itu sedang minum air di dapur, tiba-tiba diserang sakit dada. Sakit yang teramat. Segera dia memaut tangannya di kabinet dapur. Manakala tangannya yang sebelah lagi memegang dadanya.

Saking tak tertahannya dia, perlahan- lahan tubuh Rana jatuh ke lantai. Dia tiada daya mahu memanggil Aqeed. Dia cuma berdoa Aqeed akan datang saja. Sungguh, dia tidak mampu untuk membuka mulut. Hanya air mata yang mengalir perlahan.

Doanya bagai sekelip mata didengar bila Aqeed masuk ke dapur. Terbeliak biji mata lelaki itu melihat keadaan Rana.

"Ya Allah. Rana!"

Tanpa banyak bicara, terus Aqeed mengangkat tubuh isterinya itu. Rana segera dibawa ke hospital.

                          *****

Rana memerhati Aqeed yang duduk di sisi katil. Dia tahu Aqeed marahkan nya, kerana itu dia tidak berani nak bersuara. Dia tahu salahnya juga.

"Kenapa tak makan ubat?"

Ya, itu la sebab kenapa Aqeed marah sangat kepadanya. Doktor beritahu tadi, Rana langsung tidak makan ubat yang diberi.

"Dah tahu sakit, kenapa tak nak makan ubat? Nak tunggu sakit tu teruk dulu baru nak makan ke apa?"

Rana masih tidak berani menjawab. Kalau dia melawan karang, makin mendidih la Aqeed jawabnya.

"Rana, awak sendiri cakap sakit awak ni bukan sakit biasa then, kenapa awak langsung tak makan ubat yang doktor bagi tu?"

"Kalau I makan pun, I tetap akan mati  jugak kan?"

Aqeed menggeleng-geleng.

"Mentality macam ni la yang buat orang takkan maju tahu tak? Macam mana awak nak sembuh kalau awak dah fikir pasal mati? Mati tu semua orang akan mati la, Rana. Even sekarang pun, kalau Allah takdirkan saya mati, saya mati tahu tak?"

"Aqeed!"

"Awak dah janji dengan saya kan? Awak nak buat semua rawatan tu, awak kena sembuh. Ini kalau ubat pun awak tak makan, macam mana awak nak sembuh Rana?"

"Sebab tu I cakap dengan you, I tak nak kahwin dengan you, I tak nak bebankan you tapi you yang berkeras nak I kahwin dengan you kan?"

"That's not the point, Rana Syafiyyah! Kisahnya sekarang ni, awak kena makan ubat. Susah sangat ke nak makan ubat, sayang?"

Rana diam. Dia sudah tiada akal lagi nak melawan.

"Lepas ni makan ubat ya? Awak ada saya, awak jangan lupa tu."

Rana angguk.

"Boleh tak janji dengan saya ni?"

"Iya, I janji!"

"That's my girl!" Aqeed menggosok- gosok kepala Rana.

"Tapi setiap kali makan ubat, I nak you teman I. Boleh?"

"Boleh. Everything for you, sayang!"

Rana tersenyum lebar. Dia dah agak dah, marah Aqeed sekejap je. Dia ayat sikit, cair la suaminya itu.

"Sayang, you ingat tak masa I confess kat you hari tu? I frust gila tahu tak? You boleh blah macam tu je?"

"Eh, kenapa tiba-tiba nak throwback pulak ni?"

"Harus la. Sombong gila you masa tu, macam la handsome sangat. Tapi, hm.. you memang handsome pun."

Aqeed tersenyum sambil menggeleng kan kepalanya. Ada-ada jelah!


My Prince CharmingWhere stories live. Discover now