🌸 37 🌸

142 5 0
                                    

Enam tahun kemudian...


Aqeed menutup yassin yang baru saja selesai dia baca. Ditenung kubur di depannya itu. Nafas dihembus dalam.

"Abang!"

Aqeed menoleh. Dia tersenyum melihat wajah redup Humaira yang manis bertudung di belakang. Wajah itu membuatkan dia semakin rindu akan pemilik pusara ini.

"Kita balik jom? Qalif dah tunggu kat rumah tu."

"Kejap, sikit lagi. Mai tunggu abang kat kereta jelah."

"Okey, jangan lama-lama ya? Hari pun dah gelap ni, macam nak hujan."

Aqeed hanya angguk. Humaira berlalu meninggalkan Aqeed di situ. Ditenung kembali pusara di depannya itu. Nisan yang terukir nama Rana Syafiyyah itu dipegang.

"Sayang, nanti saya datang lagi ya? Saya balik dulu, assalamualaikum."

Aqeed bangun dan berjalan meninggal kan pusara itu. Dia kembali ke kereta. Tapi dia tidak terus memandu keluar sebaliknya dia termenung.

"Abang?"

"Hm?" Aqeed tersentak.

"Abang okey?"

Aqeed mengusap pipi Humaira.

"Abang okey la."

"Mai tahu abang rindu sangat dekat Kak Rana. Tapi sekarang ni kita cuma mampu kirimkan doa je untuk dia kat sana, semoga dia tenang."

Aqeed mengangguk-angguk. Selepas setahun kehilangan Fira, Rana disah kan hamil. Tapi siapa la mereka nak menolak takdir? Rana meninggal dunia selepas melahirkan putera mereka, Putra Aqeel Qalif. Nama yang diberikan sendiri oleh Rana sebelum dia meninggal.

Masih terngiang-ngiang permintaan terakhir Rana di telinga Aqeed dan dia takkan lupa sampai bila-bila.

"Sayang, I nak you kahwin dengan Mai." Kata Rana lemah.

Terkejut Aqeed yang mendengar.

"Awak cakap apa ni, sayang? Jangan cakap macam ni la, saya tak suka."

"Aqeed, I tahu masa I dekat dunia ni dah tak lama. You anggap jelah yang ini permintaan terakhir I untuk you. Qalif perlukan ibu, you perlukan isteri untuk jaga makan minum you dan I rasa Mai la calon terbaik untuk you."

Deras air mata Aqeed mengalir. Dia tak sangka Rana akan buat permintaan seperti itu. Sangat berat untuk dia tunaikan.

"I nak you sayang dia macam mana you sayang I. I pernah ambil you dari dia dulu dan sekarang ni dah tiba masa untuk I pulangkan semula you pada dia. I harap dia akan jaga anak kita macam anak dia sendiri. I tak mampu berada di sisi you lagi, sayang. I kena pergi!"

"Sayang!"

"Janji dengan I, kahwin dengan Mai ya?"

"Rana!"

"Tolong, Aqeed. I mohon!"

Aqeed angguk lemah. Sungguh dia tak berdaya untuk menolak keinginan orang yang paling dia sayangi itu.

"Jaga diri you baik-baik, jaga anak kita dan jangan terus meratapi I. Izin kan I pergi dengan tenang ya?" Nafas Rana sudah mula tersekat-sekat.

Aqeed mengelap air mata yang tidak henti-henti mengalir.

"Ya, saya izinkan!" Berat Aqeed ucap kan kata-kata itu.

Nafas Rana semakin lemah.

"Mengucap, sayang!"

Aqeed mengajar Rana mengucap dan diikuti dengan lemah oleh Rana. Mata Rana perlahan-lahan tertutup. Dada nya yang berombak tadi serta merta terhenti. Dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ahli keluarga mereka di belakang tidak dapat menahan sebak, terutamanya ibu.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now