🌸 5 🌸

417 12 3
                                    

Pada hari itu, seorang guru wanita baru masuk ke sekolah itu dan menjadi guru kelas 5 Emerald yang baru menggantikan Cikgu Maslina yang akan ditukarkan ke sekolah lain.

"Okey kelas, ini saya kenalkan guru kelas baru kamu semua, Cikgu Intan." Ujar Cikgu Nazri.

Cikgu Intan tersenyum dan menunduk kan sedikit kepalanya sebagai tanda pengenalan.

"Cikgu Intan ni akan menggantikan Cikgu Maslina jadi saya harap kamu semua dapat berikan kerjasama pada dia ya?"

"Baik, cikgu!" Sahut para pelajar.

"Okey Cikgu Intan, saya tinggalkan ya?" Cikgu Nazri meminta diri.

Cikgu Intan mengangguk.

"Terima kasih, cikgu."

Cikgu Nazri berlalu keluar selepas membalas kata-kata Cikgu Intan.

"Okey, kelas. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua."

Mereka semua menjawab salam.

"Pertama sekali, saya nak kenalkan diri saya. Nama saya Intan dan kamu semua boleh panggil saya Cikgu Intan la. Boleh tak kalau saya nak kamu semua perkenalkan diri masing-masing?"

Aqeed tersenyum sinis. Perkenalkan diri? Ingat kitorang ni budak tadika ke nak kena kenalkan diri bagai? Kuno!

"Okey, mula dari yang hujung tu."

Aqeed terpaku. Yang hujung? Aku ke? Dia melihat sekeliling.

"Oi, kau la!" Tegur Hadi.

Perlahan-lahan Aqeed berdiri. Aduh, aku lemah betul la nak kenalkan diri ni.

"Nama saya Putra Aqeed Qaayed tapi orang biasa panggil Aqeed je." Kata Aqeed dalam nada dingin.

Cikgu Intan mengangguk-angguk. Lama dia menatap wajah pelajar itu.

"Sedap nama tu. Kenapa awak tak guna nama Putra? Biasanya orang akan gunakan pangkal nama."

"Sebab saya tak suka nama tu." Jawab Aqeed selamba.

"Kenapa awak tak suka? Itu kan nama awak jugak?"

"Perlu ke saya bagitahu cikgu? Saya kenal cikgu pun baru hari ni."

Cikgu Intan terkedu.

"Okay, nevermind. Awak boleh duduk!"

"Terima kasih!"

Aqeed kembali duduk. Dengan cikgu sekali dia semburnya. Kisah apa dia?




Rana duduk termenung di tempat biasanya itu. Entah apa yang difikir kannya. Kepalanya diketuk perlahan.

"Rana, kenapa la kau bagitahu Irsyad pasal tu? Aduh!"

Kepalanya masih diketuk perlahan. Dia menyesal dengan apa yang sudah dia cakap kepada Irsyad semalam.

"Kenapa? Sakit kepala ke?" Tegur satu suara.

Rana tahu itu suara siapa. Dia dah terlanjur suka kepada pemilik suara itu jadi tak hairan la dari suara pun dia dah boleh kenal siapa.

Tapi dia tak menoleh atau menyahut. Hatinya masih sakit bila terkenang kan kata-kata dan perbuatan lelaki itu terhadapnya.

Rana menghembus nafas berat bila lelaki itu melabuhkan duduk di sisi nya. Kenapa dia kena ada kat sini? Ish!

"You buat apa dekat sini?"

"Aik? Tak boleh ke aku nak duduk sini? Sekarang waktu rehat kan? Takkan la kau nak denda aku pulak?"

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now