🌸 12 🌸

371 10 2
                                    

"Rana, kita kahwin!"

Terpaku Rana dengan sebaris kata- kata itu. Dia menatap wajah Aqeed dengan riak tidak percaya. Biar betul budak ni?

"You dah gila ke, Aqeed?"

"Yes, I guess. Aku rasa aku memang dah gila dah sekarang ni."

"No, I tak nak kahwin dengan you. You tunang orang, Aqeed. You sedar tak apa you cakap ni?"

"Aku sedar, Rana. Aku cukup sedar dengan kenyataan tu. Tapi kau faham tak? Aku tak sukakan dia apatah lagi sayang. Aku tak rasa aku boleh hidup dengan dia pun."

Rana menggeleng-geleng. Dia ingat kahwin ni semudah kata-kata ke?

"Family you macam mana? Family I macam mana, Aqeed? Takkan kita nak rahsiakan semua ni?"

"Kita cuma bagitahu family kau sebab kau perlukan wali. Kita tak payah bagitahu family aku dulu."

"I tak nak. I tak nak rampas you dari tunang you."

"Rana, kau kena fikir pasal kau jugak, pasal aku. Bagi aku peluang untuk jaga kau. Aku janji aku takkan bagi tahu keluarga kau pasal penyakit kau ni. Cuma tolong kahwin dengan aku."

"You cakap senang la. Nanti I akan di tuduh perampas tunang orang. Nanti I yang dikatakan jahat."

"Kau tak rampas sesiapa la, Rana. Apa yang kau tak faham ni? Aku sayang kau!"

Rana diam. Dia tak tahu nak cakap apa. Aqeed betul-betul dah gila. Dia memang suka Aqeed, sayang Aqeed tapi tak ada la sampai dia nak kahwin tanpa pengetahuan keluarga lelaki itu. Apatah lagi selepas dia tahu Aqeed itu tunang orang.

"Kau keluar hospital ni, aku nak jumpa ayah kau. Aku nak jumpa keluarga kau."

"Just my mom and my siblings. My dad dah tak ada."

"Oh, sorry. Aku tak tahu. Jadi, Hafiy la wali kau?"

Rana angguk perlahan.

"Macam mana?" Tanya Aqeed.

"Aqeed, kita sekolah pun tak habis lagi. You tu, lagi la. Baru nak SPM kut tahun ni. You nak I kahwin dengan you? Macam mana? You boleh fikir ke? Macam mana you nak bagi I makan?"

"Ya, memang aku sekolah lagi tapi aku boleh tanggung kau, Rana."

"Dengan duit family you?"

"Ya, memang duit family aku tapi aku bukan saja-saja dapat duit tu. Aku dah kerja, Rana."

Rana terdiam lagi. Satu lagi fakta baru tentang Aqeed. Dia dah kerja? Baru 17 tahun kut.

"Kerja? You kerja apa?"

"Atuk aku ada syarikat textile. Aku kerja dengan dia setiap hari Sabtu dan cuti sekolah. Tapi ada la sesekali aku datang lepas balik sekolah untuk pantau apa yang patut."

Rana mengangguk-angguk. Kagum dia dengan Aqeed. Walaupun dia cucu orang berada, tapi dia tak manfaatkan itu langsung. Dia masih berusaha untuk cari duit sendiri.

"Atuk aku sebenarnya tak bagi aku kerja lagi. Dia suruh aku habiskan sekolah dulu then sambung study sampai aku dapat degree tapi aku tak nak terlalu bergantung pada dia. Memang hakikatnya gaji yang aku dapat tu duit dia tapi at least, atas usaha aku."

Rana hanya memasang telinga.

"Tolong pertimbangkan lamaran aku ni, Rana. Aku cuma nak jaga kau, aku tak nak kau tanggung semua ni sendiri. At least, aku ada."

Rana agak terharu dengan kata-kata mendalam Aqeed itu. Sejujurnya dia memang memerlukan sokongan dari orang sekelilingnya. Hafiy yang tahu tak habis-habis memaksanya untuk memberitahu keluarga mereka. Tapi dia takkan beritahu keluarganya.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now