🌸 10 🌸

400 13 0
                                    

Serba salah Faliq memandang Rana dan Aqeed yang terbaring tidak sedar kan diri di atas katil bilik rawatan itu. Aqeed pengsan tidak lama selepas Faliq keluar memanggil cikgu.

Kalau la aku tak bagitahu Chad, semua ni takkan jadi.

"Na!"

"Hm?"

"Aku minta maaf!"

Rana hairan.

"Chad yang salah, asal kau pulak yang minta maaf?"

"Aku yang bagitahu pasal kau dengan Aqeed. Semuanya aku bagitahu dia."

Rana menggeleng-geleng sambil hembus nafas perlahan.

"Patut la!"

"Kalau aku tak bagitahu, semua ni tak kan jadi. Aku tak tahu pulak dia boleh bertindak sejauh ni."

"Tak apa la, Faliq. Benda dah jadi. Tapi aku takkan maafkan Chad. Dia tak patut buat macam ni."

Faliq menunduk. Nasib baik aku tak bagitahu pasal Aqeed dah tunang tu. Kalau tak, lagi teruk Chad belasah dia agaknya.

"Kalau kau nak masuk kelas, pergi la." Ujar Rana.

"Kau?"

"Aku nak jaga Aqeed dekat sini."

Faliq angguk perlahan.

"Aku masuk kelas dulu!"

"Okey!"

Rana hanya memerhati Faliq yang sedang melangkah keluar itu sebelum kembali memandang Aqeed. Sudah hampir setengah jam Aqeed tak sedar.

"Aqeed!"

Perlahan-lahan Aqeed membuka matanya. Sebenarnya dia sudah sedar dari tadi lagi. Dia juga turut mendengar perbualan antara Rana dan Faliq.

"Aqeed, you dah sedar?"

Aqeed bangkit dari baringan sambil memegang kepalanya yang masih sakit. Dia menatap wajah Rana.

"Kau buat apa dekat sini?" Dingin sekali nada suara Aqeed.

"Ha? Err..."

"Kau nak aku kena pukul lagi ke?"

"Aqeed, I..."

"Keluar, aku tak nak tengok muka kau." Ujar Aqeed.

Perlahan tapi sangat menusuk ke hati seorang Rana Syafiyyah.

"Aqeed, I'm so sorry. Sebab I, you jadi macam ni. Maafkan I!"

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi la. Aku cakap keluar kan?"

"Bagi I jaga you, Aqeed."

Aqeed tersenyum senget.

"Tak perlu, aku boleh jaga diri aku sendiri."

"Tapi..."

"Keluar, Rana. Kau tak faham bahasa melayu ke? Kau nak aku cakap bahasa apa lagi? Leave!"

"I faham tapi I nak stay dekat sini!"

"Fine, I'll leave!"

Aqeed cuba turun dari katil walaupun kepalanya masih terasa sakit. Dia tak mampu memandang wajah Rana. Hati nya jadi sakit, rasa bersalah dan macam-macam lagi la.

"Okay. Okay, I'll leave. You stay here, you need to rest. I keluar okey?"

Rana akhirnya mengalah. Aqeed perlu berehat. Dia takkan benarkan Aqeed keluar dari bilik rawatan itu.

Aqeed kembali berbaring. Selimut di tarik hingga ke paras dada. Matanya dipejam. Dia saja buat begitu untuk menyuruh Rana keluar. Orang kata, menghalau secara halus.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now