🌸 34 🌸

182 5 0
                                    

Aqeed melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Rana. Dia menarik nafas dalam sambil matanya tidak lepas dari memandang isterinya yang sedang termenung.

Dia sudah diberitahu oleh Nayla dan Hafina tentang keadaan Rana tadi. Sebelum masuk, dia juga sedaya upaya mengumpulkan kekuatannya untuk berdepan dengan Rana.

"Rana!"

Rana hanya membisu. Dia yang sedang duduk sambil memeluk lutut semakin menguatkan pelukannya itu. Matanya dikalihkan dari memandang Aqeed. Tapi Aqeed tahu dia sedang menangis.

"Sayang, saya..."

"Anak I mana, Aqeed?"

"Rana!"

"Kalau ya pun dia dah tak ada, kenapa you tak tunggu I? I nak tengok anak I buat kali terakhir. Kenapa you tak tunggu I, Aqeed? Sampai hati you!"

Aqeed serba salah. Ya, ikutkan hati, dia memang nak tunggu Rana. Tapi, dia perlu dengar juga kata-kata ahli keluarga yang lain.

"Baby tu satu-satunya harta yang I boleh bagi pada you, Aqeed. And now, dia dah tak ada. What should I do?"

Aqeed berjalan merapati Rana dan duduk disisi wanita itu. Tubuh Rana ditarik ke dalam pelukannya. Membiarkan wanita itu terus menangis di bahunya.

"Ini semua salah I. Kalau I lebih hati- hati, baby takkan hilang kan?" Tangis Rana teresak-esak.

"Rana. Ni bukan salah awak, tak ada siapa pun yang salahkan awak. Ini semua takdir untuk kita, sayang."

"I minta maaf, sayang. I tak dapat nak bagi you apa-apa lagi."

Aqeed hanya menggeleng sambil mengelus lembut rambut isterinya. Hanya itu yang mampu dia lakukan saat ini. Dia sudah kehabisan kata- kata untuk diberikan kepada Rana.

Agak lama juga mereka berkeadaan begitu sebelum dengan perlahan Aqeed melepaskan pelukan. Air mata Rana juga sudah mulai kering.

"Sayang, awak rehat ya? Awak tak sihat lagi ni."

"You jangan pergi mana-mana. Jangan tinggalkan I!"

"Tak, saya ada dekat sini. Saya tak pergi mana-mana. Awak rehat ya?"

Rana angguk. Aqeed membaringkan tubuh Rana. Selimut ditarik hingga paras dada. Tangan Aqeed, Rana genggam sekuatnya.

"Jangan pergi mana-mana, stay here!"

Aqeed mengusap pipi Rana.

"Iya, saya teman awak dekat sini. Dah, pejam mata!"

Rana mula memejamkan matanya. Tubuhnya terasa letih selepas seharian menangis tidak henti. Aqeed merenung wajah itu sayu.

Aqeed keluar dari wad selepas Rana benar-benar sudah terlelap. Dia juga perlu ruang untuk dirinya bertenang.

"Aqeed!" Tegur ibu.

Aqeed menoleh ke arah keluarganya.

"Yah dah tidur ke?" Tanya kak ngah.

"Haah, penat sangat agaknya."

"Aqeed pun nampak penat tu, Aqeed tak nak rehat ke?" Tanya ibu.

Aqeed menarik senyum. Tapi mereka tahu itu senyuman terpaksa. Aqeed berpura-pura kuat di depan mereka. Tak mahu mereka risau mungkin. Cukuplah mereka risaukan Rana.

"Aqeed okey je, ibu. Aqeed nak pergi tandas kejap, basuh muka."

"Iyelah!"

Mereka semua memandang risau ke arah Aqeed yang sedang berjalan itu.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now