🌸 24 🌸

275 10 0
                                    

Hafiy menepuk perlahan bahu Aqeed yang sedang duduk di sebelah pusara tok mak. Aqeed hanya membeku.

"Ed, aku balik dulu. Jumpa kat rumah!"

Aqeed hanya angguk lemah.

"Kak chik, aku balik tau?"

Hafiy memandang kak chiknya pula. Rana tersenyum sambil mengangguk. Hafiy senyum sebelum berlalu bersama keluarganya.

Semua ahli keluarga dan pelawat sudah beransur pulang termasuk la tok ayah kecuali Aqeed dan Rana. Rana masih setia di sisi suaminya.

"Sayang, you tak nak balik ke?"

"Awak balik la dulu. Saya nak duduk sini kejap."

"Mana boleh macam tu, kita kena siap kan majlis tahlil untuk arwah tok mak malam ni kan?"

"Awak nak balik, awak balik jelah. Saya nak duduk sini, awak tak faham ke?" Agak tinggi nada suara Aqeed.

Rana tergamam. Pertama kali selepas berkahwin, Aqeed meninggikan suara dengannya.

"Okey, I balik dulu. Take your time!"

Rana melangkah meninggalkan suami nya itu sendirian. Setengah jam kemudian, baru Aqeed sedar sesuatu. Dia meraba-raba poket baju melayu yang dipakainya dan ditarik keluar kunci kereta.

Kunci kereta itu diberikan oleh tok ayah kepadanya tadi. Kalau kunci kereta dekat dia, habis tu Rana balik macam mana? Haish, Aqeed!

Segera Aqeed meninggalkan pusara tok mak itu dan bergegas pulang ke rumah. Rumahnya masih ramai dengan saudara mara.

"Fiy, Rana mana?" Tanya Aqeed bila dia nampak wajah Hafiy di luar.

"Kat dapur rasanya."

Aqeed menepuk bahu Hafiy sebelum berlari ke dapur.

"Rana!"

Semua yang berada di dapur itu menoleh termasuk Rana. Yelah, nama nya yang dipanggil kan?

"Aqeed nak pinjam Rana sekejap!"

"Buat apa nak pinjam? Rana kan isteri Aqeed. Pergi la." Kata mama.

Aqeed mendekati isterinya itu dan menarik tangan Rana keluar dari kawasan dapur.

"Kenapa?" Soal Rana.

Tanpa menjawab soalan itu, Aqeed menarik tubuh Rana ke dalam pelukan nya. Rana hairan. Tadi macam dingin, ni dah peluk pulak.

"Aqeed?"

Rana ingin melepaskan pelukan itu tapi Aqeed malah makin mengeratkan.

"5 minit je!"

Rana kembali diam dan membiarkan Aqeed memeluknya. Perlahan-lahan dia membalas pelukan itu.

"Saya minta maaf!" Ucap Aqeed.

"Hm?"

"Saya minta maaf pasal tadi, saya tak sengaja tinggi suara dengan awak."

"Tak apa, I faham. You masih shock atas pemergian tok mak kan?"

Aqeed mengangguk-angguk. Hampir sepuluh minit, baru la dia melepas kan pelukan.

"Sayang, I tahu ni bukan masa yang tepat untuk bagitahu you tapi I kena jugak bagitahu you."

"Bagitahu apa?"

"I pregnant."

Aqeed terkedu.

"Apa dia?"

"I mengandung, dua bulan."

"Serius?"

Rana mengangguk.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now