🌸 21 🌸

301 10 2
                                    

Sudah hampir setengah jam Aqeed menunggu seorang diri di luar wad kecemasan. Doktor yang merawat Rana masih juga tidak kunjung keluar. Perlahan, ditarik phone dari dalam poket seluar lalu ditekan nombor Hafiy.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Mimpi apa kau call aku ni?"

Aqeed meraup wajahnya, serabut.

"Fiy!" Aqeed menahan sebak.

"Weh, kau asal? Kak chik drop lagi ke?"

"Ya, do. Aku kat hospital ni, kau boleh datang tak?"

"Okey, okey. Aku datang sekarang!"

"Fiy, kejap!"

"Ha?"

Aqeed terdiam sejenak sebelum kembali berbicara.

"Aku rasa kau kena bagitahu ibu!"

"Kau serius ke? Bukan kak chik nak kita sorokkan benda ni?"

"Aku rasa dah tiba masa untuk ibu tahu, Fiy. Ibu berhak tahu kalau anak dia sekarang tengah sakit. Kau bawa ibu sekali ea?"

"Okey la kalau macam tu. Tunggu aku. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam."

Lemah Aqeed menjatuhkan tangan nya dari telinga. Matanya masih memerhati wad kecemasan. Tidak lama kemudian, doktor yang merawat keluar.

"Keluarga Rana Syafiyyah?"

Aqeed berpaling dan terus berdiri di hadapan doktor lelaki separa usia itu.

"Ya, saya suami dia."

"Encik boleh ikut saya sebentar?"

Aqeed hanya angguk dan mengekori gerak langkah doktor itu ke biliknya.



Hafiy tiba di hospital bersama Puan Syarina dan Hafina. Mereka mendekati Aqeed yang muram saja wajahnya.

"Abg chik!"

Aqeed angkat kepala. Memang Aqeed dan Hafiy itu sebaya tapi, ibunya tak suka Hafiy memanggil Aqeed dengan nama saja. Kata ibunya, Aqeed itu tetap abang iparnya dan Hafiy harus hormat. Kalau ikut bulan juga memang Aqeed tua beberapa bulan dari Hafiy.

"Kenapa ni? Kak chik mana?"

Jelas terpampang riak risau di wajah Hafiy dan keluarganya. Aqeed tidak terus jawab.

"Aqeed, Yah mana? Kenapa dengan dia? Dia okey kan?" Soal ibu pula.

"Doktor cakap kanser dia dah sampai ke tahap tiga. Sel kanser dah mula serang organ lain."

Serta merta mereka terdiam dengan penjelasan Aqeed itu. Langsung tidak terkata. Ibu jangan cakap la, tubuh nya lemah terus ke dakapan Hafina.

"Yah kat dalam ke? Ibu nak tengok!"

Aqeed angguk.

"Kak ngah ikut, bu."

Mereka sama-sama masuk ke dalam wad Rana, manakala Hafiy menemani Aqeed di luar.

"Dia langsung tak buat rawatan, Fiy. Aku tak tahu pun yang selama ni dia tak pernah pergi buat kemo, aku minta maaf, Fiy. Aku gagal jaga kakak kau."

Hafiy hanya diam.

"Aku patut teman dia buat rawatan. Tapi aku tak buat. Aku minta maaf!"

Wajah Aqeed sudah basah dengan air mata. Wajah dengan penuh kekesalan dan keserabutan. Mungkin Aqeed rasa bersalah terhadap Hafiy dan keluarga mereka kerana tidak menjaga Rana dengan baik.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now