🌸 14 🌸

349 11 2
                                    

Selepas memarkirkan kereta, Rana terus mencari Aqeed. Itu memang sudah menjadi rutin hariannya. Dia kan memang tak faham bahasa, dah di tolak banyak kali pun dia masih mahu menganggu lelaki itu. Mujur usahanya itu berhasil akhirnya.

"Hai, sayang!"

Rana tersengih melihat muka terkejut Aqeed. Lelaki itu melihat kiri dan kanan. Selamba betul dia ni, nasib tak ada orang.

"Nak apa?"

"Nak you!"

Aqeed senyum senget.

"Dah dapat kan?"

"But, I want more!" Bisik Rana di telinga Aqeed.

Aqeed menjentik dahi Rana.

"Auch!"

Rana menggosok-gosok dahinya.

"Sakit!" Rengek Rana.

Aqeed tergelak. Lemah betul dengan rengekan Rana itu. Comel gila!

"Pergi masuk kelas ya, sayang?" Ujar Aqeed.

"Teman!"

"Banyak la. Go!"

Rana tersengih.

"Bye, already miss you!"

Aqeed menggeleng-geleng. Makin menjadi-jadi perangai Rana selepas berkahwin ni. Manjanya jadi terlebih. Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhati dari jauh.

                            *****

Tajam mata Irsyad merenung Rana. Gadis itu jadi tak selesa. Faliq juga perasan akan hal itu.

"Kau kenapa, Chad? Asal pandang aku macam tu?" Tanya Rana.

"Budak tu memang tak serik nak makan penumbuk aku ek? Asal dia dengan kau lagi?"

Berderau darah Rana tiba-tiba.

"Kenapa? Kau nak tumbuk muka dia lagi? Eh Chad, aku bukan kawan kau lagi kan? So, jangan nak sibuk urusan aku."

"Rana!"

"Kau sendiri yang cakap ya? Jangan buat-buat lupa pulak!"

Irsyad diam.

"Aku takkan maafkan atas apa yang kau dah buat pada Aqeed. Ya, dia memang salah tapi kau tak ada hak nak tumbuk dia. Dia anak yatim kau tahu tak?"

"Peduli apa aku dia anak yatim ke apa. Tak ada kaitan dengan aku!"

Rana senyum sinis.

"Kau ni bukan setakat tak ada otak je kan? Rupanya hati pun kau tak ada."

"Habis tu kau nak aku buat apa? Minta maaf kat dia? Memang tak!"

"Tak, aku tak nak kau minta maaf pada dia."

"Dah tu?"

"Aku nak kau mintak maaf pada family dia. Dia tak ada mak bapak je tahu? Tapi dia masih ada family. Atuk dengan nenek dia yang besarkan dia pun tak pernah pukul dia. Kau ni yang tak ada kaitan dengan dia sedap-sedap je tumbuk dia macam tu. Kau ingat kau siapa? Nak tunjuk hero sangat?"

Rana menggenggam tangannya yang sedikit menggigil ketika mengucapkan kata-kata itu. Dia pun sebenarnya tak sampai hati nak cakap begitu. Dia dah lama berkawan dengan Irsyad, sejak kecil lagi.

"Kalau itu yang kau nak, aku akan buat. Tapi tolong jangan anggap aku tak wujud lagi lepas ni."

"We'll see. Kau buat dulu, aku akan pertimbangkan kemudian."

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now