🌸 35 🌸

192 6 0
                                    

Rana dibenarkan pulang setelah dua hari ditahan. Mereka pulang ke rumah keluarga Rana kerana Rana mahu berpantang di sana.

"Aqeed, bila you nak bawa I ke kubur Fira? I rindu sangat dekat dia."

"Nanti la, tunggu lepas awak habis pantang okey?"

Rana menarik senyuman paksa. Sakit sekali bila terpaksa berpantang tanpa anaknya. Sekalu lagi air matanya gugur tanpa dipinta.

"Rana, dah la tu. Jangan la nangis lagi, saya tahu awak sedih sebab hilang Fira, saya pun sedih. Tapi, awak kena kuat. Okey?"

"Tapi, I tak dapat nak tatap wajah dia lepas enam bulan I kandungkan dia, Aqeed. You tak faham perasaan tu."

"Sayang, saya rasa kalau awak tatap wajah dia, awak akan lagi rasa sakit. Saya tak nak luka awak lebih dalam bila tengok Fira, Rana."

Rana merenung wajah Aqeed.

"Kenapa you cakap macam tu?"

"Sebab itu la apa yang saya rasa masa kebumikan Fira hari tu."

Air mata yang mengalir di pipi Rana, Aqeed seka dengan tangannya.

"Dah la tu, tak mau nangis. Awak kan tengah pantang, tak elok menangis macam ni."

Rana hanya mengangguk perlahan. Dia sangat sensitif sejak akhir-akhir ini. Bila sebut saja soal anak, automatik air matanya akan jatuh.

Mereka dapat khabar gembira di hari pemergian tok mak tapi siapa sangka itu hanya pinjaman sementara dari Allah SWT untuk mereka. Kini zuriat mereka juga sudah dijemput pulang ke negeri abadi sebelum sempat melihat dunia.

"Sayang, kalau I tak boleh pregnant lagi macam mana? You akan tinggal I ke?"

"Rana, awak merepek apa ni? Tolong la. Saya kahwin dengan awak bukan untuk berpisah dengan awak la. Kan saya dah cakap, saya akan jaga awak sampai bila-bila tak kira apa pun yang jadi."

"I minta maaf, Aqeed. I'm so so sorry, I ralat sangat sebab lagi tiga bulan je anak kita akan lahir tapi end up, jadi macam ni."

"Sudah la tu. Jangan fikir lagi, nanti awak makin sakit. Sekarang ni, awak kena banyak rehat, tenangkan hati dan fikiran awak tu dulu. Insha Allah, awak akan okey nanti."

"Sayang, you janji bawa I jumpa Fira ya? Janji dengan I!"

"Iya, sayang. Nanti saya bawa awak, saya janji!"

Aqeed mengusap lembut pipi basah si isteri. Pucat sungguh wajah itu, tiada langsung riak ceria seperti selalunya. Sayu Aqeed melihat wajah layu itu.




"Ibu!"

Ibu menoleh ke arah kak ngah yang menegur. Kak ngah melabuh duduk di hadapan ibunya di meja makan malam itu.

"Ibu menung apa ni? Jauh je kak ngah tengok?"

"Ibu risaukan adik-adik kamu tu."

"Siapa?"

"Yah dengan Aqeed la."

Kak ngah terjeda seketika.

"Kenapa?"

"Diorang tu nampak je kuat tapi, kita tak tahu apa yang diorang rasa kan? Ibu risau la. Yah tu asyik menangis je, Aqeed pulak, haih, susah ibu nak cakap. Dia macam dalam dunia dia sendiri je."

"Bagi la diorang masa, ibu. Inshaa Allah nanti diorang okey la tu. Mula- mula memang la sakit, bu. Tapi, lama- lama nanti okey la kut."

"Aqeed tu yang paling ibu risau. Dia tu nampak je macam tu tapi, makan dalam tu. Dipendam-pendam, takut nanti lama-lama makan diri pulak."

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now