🌸 28 🌸

211 8 0
                                    

"Oi!"

Aqeed menghentikan langkah sambil menarik nafas dalam. Hanya dengan suara saja dia sudah kenal siapa orang yang meng-oikannya itu. Malas betul dia mahu berurusan dengan orang itu. Dah la kepalanya tengah sakit. Tapi dipalingkan juga badannya ke belakang.

"Haah, memang aku tak ada nama pun!" Kata Aqeed.

Irsyad tersenyum sinis.

"Oh, ya? Nama kau siapa ea? Aqeed? Okey, tak penting pun sebenarnya nama kau. Rana mana?"

Aqeed menggeleng-geleng. Eh, ikut kan hati ni malas dia nak layan.

"Kau siapa nak tanya pasal dia?"

"Kau jangan banyak cakap la. Aku cuma nak tahu Rana mana. Aku nak jumpa dia."

"Eh, Rana tu isteri aku. Kau jangan biadap ea?"

Senyuman sinis Irsyad masih tidak pudar di bibirnya.

"Oh, aku lupa korang dah kahwin. Dah bahagia rupanya kawan aku tu."

"Dah? Itu je kau nak cakap kan?"

Aqeed mahu berlalu dari situ tapi di tahan sekali lagi oleh Irsyad.

"Kau nak apa lagi?"

"Rana mana?"

Giliran Aqeed yang tersenyum sinis.

"Kau ingat aku akan jawab ke soalan kau tu? Dalam mimpi pun belum tentu la!"

"Kau kurang ajar kan?"

"Siapa yang kurang ajar sekarang ni? Kau yang cari pasal dengan aku. Rana tu isteri aku jadi tolong jangan ganggu dia lagi. Jangan ganggu aku!"

Bila Aqeed mahu melangkah, Irsyad menahannya lagi. Kesabaran Aqeed sudah mulai menipis. Bila-bila masa je boleh meletup ni.

"Eh, aku yang mula-mula kenal Rana. Aku yang ada dengan dia selama ni. Kau siapa nak halang aku jumpa dia?"

"Tak kisah la siapa yang kenal dia dulu. Kau tak faham ke? Aku dengan Rana dah kahwin. Rana tu isteri aku. Kau nak aku cakap bahasa apa lagi nak bagi kau faham? Ke kau memang tak faham bahasa manusia?"

Irsyad terdiam sejenak.

"Dah la, aku malas la nak bertekak dengan kau."

Dah la kepalanya sakit, badannya rasa tak sedap sejak semalam, lagi nak ajak gaduh pulak mamat ni.

Irsyad menarik Aqeed lalu tanpa basa basi terus menumbuk perut Aqeed. Terbongkok-bongkok Aqeed menahan sakit sambil terbatuk-batuk.

"Bangun la, lawan aku. Macam tu pun sakit ke? Lemah!" Sinis Irsyad.

Aqeed memaut lengan Irsyad seperti ingin meminta bantuan. Tapi Irsyad dengan angkuhnya menolak tubuh Aqeed lalu Aqeed jatuh dan pengsan.

Irsyad tersenyum puas melihat Aqeed yang sudah tidak sedarkan diri itu. Dia mengira kalau Aqeed hanya berpura-pura pengsan saja.

"Oi, bangun kau. Tak payah nak acah- acah pengsan la. Kau lelaki ke bukan? Lemah betul, baru kena sikit je. Tadi macam berani sangat dengan aku."

Tapi Aqeed masih tidak bergerak sikit pun. Dia masih seperti itu. Irsyad mulai cuak.

"Oi, bangun la. Kau tak main-mainkan aku kan? Aqeed!"

Irsyad melutut di sisi Aqeed sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Aqeed untuk menyedarkannya. Juga sama.

"Eh, kau betul-betul pengsan ke ni? Aqeed. Alamak! Pengsan betul ni!"

Irsyad mulai mati kutu.

"Chad!"

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now