🌸 11 🌸

384 13 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Aqeed dan Rana bergerak ke satu tempat dengan kereta masing-masing. Rana di depan manakala Aqeed mengikuti dari belakang.

Mereka berhenti di sebuah taman yang agak sunyi di tepi jalan. Yelah, tengah hari lagi kut, memang la sunyi.

"So, you nak cakap apa?"

"Kita pergi makan dulu boleh tak?"

Rana tercengang.

"Aqeed, seriously?"

"Kejap je, aku ada gastrik tau?"

"Okey, dekat mana?"

"Kali ni kau follow aku pulak!"

Tanpa banyak cakap, Rana masuk ke dalam keretanya. Dia hanya mengekori kereta Aqeed dari belakang. Tak tahu la mana lelaki itu nak bawanya.

Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di sebuah cafe. Agak mewah cafe itu. Rana juga anak orang berada tapi dia tak pernah tahu pun tempat itu wujud.

Selepas makan apa semua, mereka ke taman yang bersebelahan dengan cafe tadi. Rana duduk di bangku yang disediakan di situ.

"Jadi, apa dia?"

Aqeed ragu-ragu untuk memberitahu.

"Aqeed, cepat sikit boleh tak? I nak balik la!"

Sesungguhnya dia rimas dengan baju sekolah yang masih tersarung itu.

"Rana, apa kau akan buat kalau ada orang tipu kau? And orang tu pulak yang paling kau percaya?"

"I takkan maafkan dia seumur hidup I!"

"Takkan macam tu sekali?"

"Ya, semua orang tak suka ditipu dan I pun sebenarnya tak suka menipu. Lagi kalau orang tu yang paling I percaya. Lagi la I takkan maafkan."

Aqeed terjeda. Macam mana aku nak bagitahu rahsia aku ni? Dia boleh ke terima? Faliq pun ada simpan rahsia aku jugak. Jadi dia takkan maafkan Faliq ke?

"Kenapa? You ada tipu I ke?"

"Ha? Kenapa pun kalau aku tipu kau? Kau percaya aku ke?"

"You la orang yang paling I percaya!"

Aqeed tersentak.

"Aku? Kenapa aku? Faliq? Irsyad?" Tanya Aqeed.

"I percaya diorang jugak tapi I paling percaya you."

"Sebab? Kau baru kenal aku, Rana!"

Rana angkat bahu.

"Entah. Sejak I kenal you, I tak rasa you akan tipu I even you tak ada la baik sangat dengan I pun. You layan I pun macam nak tak nak je tapi tak tau kenapa I percaya you."

"Macam mana kalau aku tipu kau?"

"Kalau you ada niat macam tu, baik you lupakan jelah sebab kalau I tahu you tipu I, I akan hilang terus dari hidup you dan takkan pernah muncul lagi kecuali kalau you nak."

Aqeed kaku.

"Jangan, Rana. Jangan percaya aku!"

"Kenapa?"

"Sebab kau akan sakit nanti!"

"I tak faham."

"Kau sendiri tahu hidup aku ni penuh dengan rahsia kan? So, aku tak nak kau sakit bila kau dapat tahu mana- mana rahsia yang aku simpan."

Sunyi seketika suasana.

"So, ada benda la yang you tipu I?"

"Lebih kurang!"

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now