🌸 8 🌸

363 14 0
                                    

Hafiy hanya diam bila melihat kakak nya itu menangis. Masuk je kereta dah nangis. Nak cakap apa lagi kan? Nak tanya, macam tak patut pulak. Tunggu jelah dia reda sikit.

"Kau okey ke?" Soal Hafiy bila dia melihat Rana sudah mulai okey.

Rana hanya mengangguk.

"Kau tak payah nak tipu aku la. Takkan kau nangis tak ada sebab?"

"Aku bodoh, dik."

Hafiy mengerling ke sebelah.

"Asal kau cakap macam tu?"

"Aku dah sakitkan hati Aqeed!"

"Kau buat apa?"

"Aku... Aku dah..."

Hafiy diam. Tidak mahu mendesak. Dia tahu kak chiknya itu masih lagi bersedih.

"Dah la. Kau boleh cerita dengan aku nanti. Sekarang ni kau tenangkan la dulu hati kau tu."

"Macam mana kalau dia dah tak nak jumpa aku lagi, dik?"

Hafiy menolak tubuh Rana supaya bersandar ke kerusi dan wajahnya di tarik mengadap ke depan.

"Pandang depan, kosongkan fikiran kau. Jangan risau, aku ada!"

Rana tersenyum. Dalam kuat-kuat mengusik, adiknya itu ada juga sisi sweet and caring kan?

Kalau la Hafiy itu bukan adiknya, dia dah cair pasti. Dia dah suka si Hafiy tu. Tak payah la dia buang masa suka dekat mamat ais batu tu.

"Thanks, dik. Kau memang yang paling faham aku."

"Of course, aku adik kau yang paling baik kan? Plus paling handsome!"

Rana menggeleng-geleng. Tengok? Jadi balik dah diri dia yang nakal tu. Seorang je anak lelaki dalam family, bongsu pulak tu. Macam tu la jadinya.

"Memang la kau yang paling handsome pasal kau seorang je lelaki. Kalau ada yang lain, mungkin kau la yang paling hodoh."

Hafiy tergelak. Haah, betul jugak. Aku ada tiga orang kakak. Takkan la nak panggil diorang handsome gak? Mesti la cantik kan?

"Tapi aku yang paling cantik!"

"Aku bagitahu kak long dengan kak ngah." Ujar Hafiy.

Rana pula yang tergelak sambil tangan nya memukul lembut lengan Hafiy.

"Kau suka main ugut-ugut aku kan? Tak aci betul!"

"Nak aci pergi India!"

"Bongok!"

Mereka sama-sama tertawa. Rana jadi lupa sebentar masalahnya tadi. Hafiy memang pandai memujuknya.

                            *****

Aqeed melempar beg sekolahnya ke bawah. Blazer yang tersangkut di tangannya juga dilempar ke katil. Dia mengusutkan rambutnya sambil berjalan ke balkoni.

"Sampai hati kau, Rana. Aku ingat kau yang paling faham aku. Tapi kau pun sama je macam diorang. Argh!"

Aqeed menumbuk penghadang balkoni itu dengan perasaan yang bercampur. Sedih, marah, kecewa, sakit hati. Dia benar-benar tak sangka Rana yang dianggap boleh memahami nya berkata begitu kepadanya tadi.

Telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar. Ditarik keluar telefon itu dari poket seluar sekolah. Nafasnya dihembus lemah bila tertera nama Humaira di skrin telefon. Humaira itu ialah gadis yang ditunangkan dengannya oleh tok mak dan tok ayah.

Dengan malas, dia menggeser butang hijau ke kiri sebelum telefon itu di letakkan di telinganya.

"Assalamualaikum!" Ucapnya.

My Prince CharmingNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ