🌸 26 🌸

265 7 2
                                    

Rana yang sedang duduk di atas katil hospital menggenggam erat tangan Aqeed sambil air matanya terus menerus mengalir. Apatah lagi selepas mereka mendengar kata-kata doktor tadi. Rana sempat kehilangan kewarasan sebentar tadi.

Saat ini dia sudah sedikit tenang. Namun air matanya tetap tidak mahu berhenti mengalir. Hanya ada Aqeed di situ. Sengaja Aqeed tidak mahu memberitahu keluarga mereka.

"Sayang!" Panggil Rana.

"Ya?"

"I nak anak ni tau? I tak nak buang dia. Please, sayang. I tak nak!"

"Ya. Ya, sayang. Tak ada siapa yang boleh buang anak kita ya?"

"Apa pun jadi, I takkan bunuh anak I!"

Aqeed mengangguk-angguk. Rana di sarankan oleh doktor untuk menggugurkan kandungannya kerana penyakit kanser yang dihidapinya itu sudah di tahap kronik. Tapi Rana sekeras-kerasnya menolak. Dia tetap mahu anaknya itu dilahirkan.




Aqeed dan Rana terpempan seketika bila mendengar kata-kata doktor yang menyarankan supaya Rana tidak meneruskan kandungannya.

"Apa maksud doktor?" Tanya Aqeed.

"Keadaan Puan Rana saat ini sangat tidak mengizinkan dia untuk teruskan kandungannya kerana itu hanya akan membahayakan nyawa ibu dan bayi. Sel kanser Puan Rana sudah merebak ke mana-mana jadi kandungan itu tak mungkin dapat di pertahankan."

"Tak, doktor. Doktor tak boleh bunuh anak I, ini anak I. I takkan gugurkan kandungan I, doktor. Tak mungkin!" Rana bersuara.

Mereka berpaling ke arah Rana yang sudah bangkit dari baringan.

"Tapi puan, ini untuk kesihatan puan jugak. Keadaan kesihatan puan sudah semakin merosot. Puan takkan kuat untuk meneruskan kandungan ini."

"Tak! I takkan gugurkan kandungan ni. I nak anak I hidup, doktor. You tak boleh sesuka hati nak bunuh anak I. I takkan rela you ambil anak I, doktor!" Rana mula teriak-teriak.

"Sayang. Sayang, sabar!"

Aqeed segera mendekati isterinya.

"Puan!"

"Apa pun jadi, I takkan benarkan you ambil anak I. Tak ada siapa boleh ambil anak I. Sayang, I tak nak bunuh anak I. I nak anak kita lahir, sayang. Please, cakap dengan doktor ni."

Aqeed memeluk Rana yang bagaikan hilang kewarasan itu. Kepala Rana di usap-usap lembut untuk menenang kannya. Tubuh Rana menggigil hebat. Aqeed dapat merasakan getaran itu.

"Ya, sayang. Awak sabar ya? Tenang. Mengucap, sayang!"

"Puan, saya akan tunggu keputusan nya. Saya harap encik dan puan dapat membuat keputusan yang betul."

"I dah cakap I takkan gugurkan anak I, doktor. I takkan bunuh anak I. You tak faham ke? I tak nak!!!" Rana kembali menjerit.

Aqeed menepuk-nepuk belakang badan Rana. Air matanya juga ikut tumpah sejak awal tadi. Rana lagi la. Kalau ditadah air mata itu, tak cukup satu tempayan.

"Tak apa, doktor. Biar saya cakap dengan isteri saya nanti."

Doktor wanita itu mengangguk.

"Baik la, encik. Cuma saya nak pesan, Puan Rana tak boleh stres, itu hanya akan mengganggu kesihatannya. Jaga dia baik-baik ya? Jangan bagi dia stres."

"Ya, doktor. Saya faham!"

Selepas berpamitan, doktor wanita itu berlalu keluar dari ruang perawatan nya Rana. Aqeed diam seketika.

Ni mesti sebab Mai tadi Rana jadi drop macam ni. Mai, apa lagi yang kau tak puas hati ni? Bukan salah Rana tok mak meninggal.




My Prince CharmingWhere stories live. Discover now