🌸 20 🌸

321 10 2
                                    

Aqeed tidak hadir ke sekolah seminggu lamanya. Puas dipujuk Rana dan ahli keluarga mereka tapi lelaki itu tetap berkeras tidak mahu pergi. Dia masih tidak dapat menerima hakikat. Dan untuk bersemuka lagi la tidak mungkin.

"Rana!"

Rana berpaling. Cikgu Intan berada di belakangnya.

"Ya?"

"Aqeed masih tak datang sekolah?"

Rana mengangguk.

"Dah puas saya pujuk, cikgu. Tapi tu la Aqeed, dia orangnya keras kepala."

"Kalau Aqeed tak nak panggil mama, Rana boleh panggil mama?"

Rana terkedu. Alahai, jangan la buat cerita sedih kat sini. Nak nangis rasa. Cikgu Intan sudah mengetahui status hubungan Aqeed dan Rana.

"Mama teringin sangat nak seseorang panggil mama, mama. Lagi mama akan bersyukur kalau orang tu anak mama sendiri. Tapi mama tahu itu tak kan terjadi. Aqeed takkan boleh terima mama sebagai ibu dia."

"Cikgu. Maksud Rana, mama. Mama jangan la cakap macam tu. Aqeed tu cuma perlukan masa je. Dia bukan tak boleh terima, cuma dia keliru. Kita bagi dia masa ya, ma? Inshaa Allah, dia akan terima jugak."

Cikgu Intan diam tidak membalas.

"Aqeed tu baik orangnya, ma. Rana memang belum sepenuhnya kenal siapa suami Rana tu tapi Rana tahu Aqeed macam mana. Dia bukan sengaja nak sakitkan hati mama. Rana harap mama faham kenapa Aqeed bersikap macam tu. Rana sendiri cuba faham, ma. Rana tak nak tekan dia. Itu akan buat dia lagi sakit."

Cikgu Intan angguk. Dia faham, cukup faham kenapa Aqeed jadi seperti itu.

"Rana minta diri dulu, ma!"

"Okey!"

Rana tersenyum sebelum berlalu.

                          *****

Masuk saja dalam bilik, Rana melihat tubuh Aqeed berada di balkoni luar. Perlahan-lahan dia menapak ke sana.

"Sayang!" Panggil Rana.

Aqeed menoleh seketika sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Are you okay?"

"I don't know!"

Rana sudah tahu jawapan itu. Saja dia bertanya, nak tengok reaksi Aqeed.

"Sampai bila you nak kurung diri you dalam bilik ni? You kena pergi sekolah, tahun ni you ada exam penting kan?"

"Macam mana saya nak pergi sekolah bila saya tahu saya akan jumpa cikgu tu? Macam mana saya nak berdepan dengan dia?"

"Sebab tu you kena terima dia. You kena belajar terima dia, sayang. Dia mama you."

Aqeed menggeleng-geleng.

"Saya tak pernah ada mama!"

"Aqeed, tak baik you cakap macam tu."

"Saya tak minta pun awak tenangkan saya, Rana. Saya tak pernah minta pun awak untuk hiburkan saya tapi sekarang, saya cuma minta awak untuk faham saya. Sekali ni je, tolong la!"

Rana terdiam. Sedar dia sudah agak memaksa suaminya itu. Lama juga mereka berdiam diri seperti itu sambil menghirup udara segar sebelum Rana memegang tangan Aqeed.

Aqeed yang tersentak menoleh ke arah Rana. Rana terus memeluk tubuh suaminya itu. Aqeed kaku.

"I miss you. I miss you so much. I tak tahu nak buat apa. Seminggu ni you banyak diam je, I rindu suami I, rindu sangat." Ucap Rana.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now