🌸 27 🌸

231 8 2
                                    

Cikgu Intan berjalan mendekati tok ayah yang berada di ruang tamu. Dia duduk di hadapan bapa mertuanya.

"Ayah!"

"Eh, Intan?"

Cikgu Intan menarik senyum.

"Aqeed dengan Rana mana? Ayah tak nampak pun dari siang tadi?"

"Aqeed call saya tadi, dia kata dia pergi bercuti dengan Rana."

"Bercuti? Tiba-tiba je?"

"Entah la, ayah. Katanya nak buat surprise untuk Rana. Biar la diorang!"

"Patut la sunyi je rumah ni."

"Tak lama lagi meriah la rumah ni, yah. Rana kan tengah mengandung."

Tok ayah mengangguk-angguk.

"Dapat la ayah main-main dengan cicit ayah nanti ya tak?"

"Betul!"

                            *****

Aqeed menghembus nafas perlahan bila telefonnya kembali berdering dengan nama Hafiy tertera di skrin. Sekali dua boleh la dia mengelak. Ini tak boleh lagi ni.

Ditoleh ke arah Rana yang sudah tidur. Dia bangkit dari duduk lalu berjalan ke sudut wad sambil menjawab panggilan dari Hafiy itu.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Ya Allah, abang ipar. Susahnya nak cari kau satu hari ni. Kau pergi mana? Kak chik mana? Dia okey kan?"

Belum apa-apa Hafiy sudah membebel kepada abang iparnya itu.

"Sorry, aku silent phone satu hari ni. Rana okey je. Kitorang pergi bercuti ni. Saja, ambil angin."

"Kut ya pun pergi bercuti, bagi la tahu kitorang dulu. Ibu ni risau tahu tak?"

"Iya, aku minta maaf. Tak sempat nak bagitahu. Yelah, benda tak rancang."

Sorry, Fiy. Kali ni aku tak boleh nak bagitahu kau keadaan sebenar Rana. Aku sendiri tak kuat tengok dia. Aku tak nak ibu sedih jugak.

"Tak apa la kalau macam tu. Dah tau korang okey ni. Apa-apa, call aku tau? Nanti ibu risau lagi."

"Iya, InshaAllah. Sorry dah buat korang semua risau. Kirim salam ibu!"

"Okey. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!"

Selepas memutuskan talian, Aqeed meraup wajahnya sejenak sambil matanya tidak lepas dari memandang Rana.



"Macam mana?"

Hafiy memandang wajah ibunya yang gelisah sejak siang tadi.

"Kan Fiy dah cakap, diorang okey je. Diorang pergi bercuti, saja nak ambil angin katanya."

"Alhamdulillah, syukur la kalau diorang okey." Ucap Puan Syarina.

"Ibu je yang risau sangat. Fina dah cakap dah diorang tak apa-apa." Hafina menyampuk.

"Mana ibu tak risau, Fina? Adik kamu tu kan sakit, tengah mengandung lagi. Ibu risau la!"

"Tapi, suami dia kan ada bu. Kalau kita asyik call tanya pasal Yah, nanti Aqeed fikir kita tak percayakan dia pulak."

Hafiy mengangguk setuju dengan kata-kata kak ngahnya.

"Nak risau boleh, ibu. Tapi berpada la. Aqeed tu tahu la nak jaga isteri dia macam mana. Kalau jadi apa-apa pada Yah, takkan la Aqeed tak bagitahu kita kan? Mesti la dia bagitahu."

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now