🌸 13 🌸

360 10 6
                                    

Dengan persetujuan dari dua belah pihak, majlis risik, tunang semuanya disatukan dengan majlis akad nikah. Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Dengan sekali lafaz, Aqeed dan Rana sah menjadi suami isteri. Menggigil tangan Rana saat pertama kali mahu mencium tangan suaminya. Aqeed juga nampak kekok saat mengucup dahi isterinya.

Sangat simple majlis mereka itu. Tiada inai di jari seperti pengantin lain, tiada persandingan, tiada tepung tawar, tiada majlis yang grand. Hanya kenduri saja diadakan. Itu semua atas permintaan Aqeed sendiri. Rana hanya mengiakan saja.

"Yah, jaga diri baik-baik. Dengar cakap suami, jangan nakal-nakal lagi ya?" Pesan Puan Syarina.

Rana tersenyum dengan mata yang sudah bergenang.

"Ibu!"

Tubuh ibunya dipeluk erat. Aqeed yang turut berada di situ hanya melihat. Dia tak pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu jadi dia tak faham perasaan Rana itu.

"Yah, jangan macam ni. Malu Aqeed tengok tu."

Pelukan dileraikan. Rana mengelap air matanya yang mula meleleh ke pipi.

"Ibu jaga diri tau? Nanti Yah akan selalu call ibu."

"Iya, inshaAllah. Adik kan ada, boleh jaga ibu. Kak ngah pun ada."

"Adik ni bukan boleh percaya sangat." Rana menjeling adiknya.

Hafiy bercekak pinggang.

"Ewah, sedap mulut je cakap ea? Cili karang baru tau."

Mereka tergelak dengan telatah Hafiy yang macam makcik-makcik itu. Siap dengan lenggok sekali dia gayakan.

"Tak apa, Yah percaya kak ngah. Kak ngah ada kan?"

Hafina tersenyum sambil mengangguk.

"Mesti la kak ngah ada, kak ngah nak pergi mana pun Yah oi? Lain la kalau kak ngah dah ada suami macam kau." Kata Hafina.

Rana tersengih.

"Mama Yah tak duduk dengan mak tok lagi ke?" Soal Bunga.

Semua mata mula fokus kepada anak kecil itu.

"Tak la, sayang. Mama Yah dah kena duduk dekat sini dah."

"Ala... Macam mana kalau Bunga nak main dengan Mama Yah?"

Rana tergelak. Dari anak itu kecil, memang Rana la yang paling rapat dengannya. Kerana itu Bunga memanggilnya Mama Yah.

"Nanti bila-bila Mama Yah balik la. Bunga pun bukan selalu ada dekat rumah mak tok."

Bunga mula cemberut.

"Bunga, jangan kacau Mama Yah la. Mama Yah sekarang dah ada Papa Aqeed." Ujar Hafiy sambil menoleh ke arah Aqeed. Sengaja ditekankan perkataan 'papa' itu.

Aqeed hanya mampu tersengih.

"Ala, rumah ni dekat je dengan rumah ibu, Yah. Bila-bila je kau boleh balik." Kata Nayla pula.

"Dah la tu, petang dah ni. Jom la kita balik." Ajak Puan Syarina.

Mereka awal-awal lagi sudah meminta diri dari keluarga Aqeed tadi. Mereka tak dapat nak hantar sampai ke depan kerana ramai lagi saudara yang masih belum pulang di dalam.

Mereka saling bersalaman. Tiba giliran Aqeed, lama ibu menggenggam tangan menantunya itu.

"Aqeed, jaga anak ibu elok-elok ya? Dia tu memang keras kepala sikit. Tapi hati dia baik. Aqeed ambil dia sebagai isteri dengan cara baik. Jadi andai kata Aqeed berubah hati dan dah tak suka dia lagi, pulangkan dia dengan cara baik juga ya?" Lembut saja tutur kata Puan Syarina.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now