🌸 23 🌸

280 10 5
                                    

Aqeed duduk sendiri di luar rumah sambil memikirkan kata-kata Rana, kata-katanya kepada Cikgu Intan dan macam-macam lagi. Banyak yang membebani fikirannya sejak akhir- akhir ini.

"Aqeed!"

Aqeed berpaling, dia tersenyum.

"Ya, tok mak."

"Boleh tok mak duduk?"

Aqeed mengangguk.

"Kenapa duduk sini? Rana mana?"

"Rana dah tidur, tok mak. Penat kut."

"Hm. Boleh tok mak nak cakap sikit?"

Aqeed membetulkan duduknya. Dia mula rasa tak sedap hati bila tok mak mula berkata begitu.

"Cakap apa, tok mak?"

"Maafkan mama ya, Aqeed?"

Berkerut dahi Aqeed.

"Kenapa tiba-tiba tok mak cakap macam ni?"

"Mama Aqeed dah cerita semuanya dekat tok mak dengan tok ayah kenapa dia tinggalkan Aqeed dengan arwah ayah dulu. Tok mak dah maaf kan dia dan tok mak harap Aqeed pun maafkan dia ya?"

"Tok mak."

Tok mak tersenyum kecil.

"Dia dah menyesal atas perbuatan dia dulu. Yang paling penting, dia mama Aqeed. Orang yang lahirkan Aqeed. Sekarang ni dia cuma ada kita je, ada Aqeed. Aqeed faham kan maksud tok mak ni?"

"Faham, tok mak."

"Jaga mama ya? Jaga dia macam mana Aqeed jaga Rana."

Aqeed hanya mengangguk.

"Tok mak masuk dulu. Aqeed jangan duduk luar lama sangat. Sejuk ni, nanti sakit."

"Ya, tok mak."

Tok mak bangun dan hendak berlalu tetapi dipanggil oleh Aqeed.

"Tok mak!"

Tok mak menoleh.

"Iya?"

"Aqeed sayang tok mak."

Tok mak tersenyum.

"Iya, tok mak pun sayang Aqeed."

Aqeed membalas senyuman itu. Tok mak berlalu masuk ke dalam rumah.

                        *****

Rana merenung wajah suaminya yang sedang memandu di sebelah. Lelaki itu hanya diam sedari tadi.

"Kenapa tenung saya macam tu?"

"You marah I ke?"

"Tak ada la, buat apa saya nak marah awak?"

"Habis tu, you diam je?"

"Penat!"

Rana mengangguk faham. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Dia tahu.

Selepas memarkir kereta, mereka berjalan masuk ke dalam sekolah. Mereka terserempak dengan Cikgu Intan yang juga baru sampai.

"Assalamualaikum, ma!" Sapa Rana.

"Waalaikumussalam."

Aqeed memandang Rana.

"Sayang, awak masuk dulu boleh? Saya nak cakap sikit dengan mama."

"Okey, jumpa nanti. Ma, Rana masuk dulu."

Cikgu Intan hanya mengangguk. Rana meninggalkan mereka.

"Aqeed nak cakap apa?"

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now