🌸 19 🌸

318 9 4
                                    

Rana tersenyum sebaik saja melihat wajah ibu dan kak ngahnya. Sudah lama rasanya mereka tidak bertemu.

"Ibu, kak ngah!"

Rana memeluk tubuh ibu dan kakak nya itu. Mereka menggeleng-geleng.

"Kau ni dah setahun ke tak jumpa kitorang, Yah?" Kata Hafina.

Rana melepaskan pelukan sambil dia tersengih.

"Rindu la, kak ngah. Kau, aku tak rindu sangat pun. Aku rindu ibu."

"Kau~"

Rana tergelak.

"Joke, joke!"

"Laki kau mana?"

"Kak ngah, jangan la cakap kuat-kuat. Dengar orang la nanti."

Hafina mengetap bibirnya.

"Oh, sorry!"

"Aqeed ada dengan tok mak dan tok ayah, diorang pun baru sampai tu."

"Ni, terus pergi dewan ke?" Tanya Puan Syarina.

"Haah, bu. Jom la!"

                          *****

Aqeed memperkenalkan tok mak dan tok ayahnya kepada guru kelasnya, Cikgu Intan. Tapi reaksi mereka buat dia jadi bingung.

"Kamu, Intan?" Ujar tok mak.

"Tok mak kenal Cikgu Intan?"

Tok mak memandang Aqeed. Serba salah dia mahu jujur atau tidak.

"Dia mama kamu, Aqeed!" Ucap tok ayah tanpa basa basi.

Aqeed kaku di tempatnya berdiri. Dia rasa bagai langit jatuh menghempap nya. Dunianya terasa berhenti serta merta.

What?

Aqeed tersenyum kecil sambil kepala nya menggeleng perlahan.

"Tak, tak mungkin. Aqeed tak percaya la!"

"Ya, Aqeed. Intan ni mama kandung kamu." Kata tok mak pula.

Aqeed masih tidak dapat menerima hakikat itu. Tapi bila tok mak sendiri yang mengakui kenyataan itu maka benar la Cikgu Intan itu ibu kandung nya yang selama ini menghilangkan diri tanpa khabar berita.

"Aqeed ni anak saya, mak? Tapi mak cakap anak saya dah meninggal." Kata Cikgu Intan yang sedari tadi diam.

"Aku sengaja cakap begitu sebab aku tak nak kamu ganggu cucu aku lepas kamu tinggalkan anak aku."

"Mak, saya tak pernah tinggalkan Abg Aidin. Saya..."

"Kamu ingat aku nak percaya cakap kamu, Intan? Kamu yang bunuh anak aku, kamu yang bunuh Aidin!"

"Eda, sudah la tu. Malu kat orang!" Tegur tok ayah.

Serentak mereka terdiam. Waktu itu juga, Cikgu Intan memandang Aqeed. Ingin diraih tangan itu tapi Aqeed lebih pantas mengelak. Terlihat jelas air matanya bergenang.

"Aqeed, anak mama!"

Aqeed tersenyum sinis.

"Sorry, I'm not your son!"

Aqeed berlalu meninggalkan mereka. Hati dan mentalnya tak kuat untuk terus berada di situ, melihat drama di depan mata.

"Aqeed!" Panggil tok ayah.

"Ini semua sebab kau, Intan. Kalau kau tak muncul, semua ni takkan jadi." Tok mak menyalahkan Cikgu Intan.

Cikgu Intan tertunduk. Sedikit sebanyak, dia terasa dengan sikap Aqeed tadi tapi, baginya wajar Aqeed bersikap seperti itu.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now