Bab 1: The Key

690 144 86
                                    

Sembilan orang peserta yang berpakaian putih kini berkumpul di meja bulat. Nama mereka sudah terpapar pada belakang sembilan buah kerusi yang disediakan. Jelas, wajah mereka nampak kebingungan. Bahkan ada yang pucat dan ada juga yang gelisah kerana mereka tidak saling kenal. Hanya seorang gadis sahaja yang nampak tenang. Dia cuba memecahkan kesunyian.

"Er ... kalian? Aku nak tanya, macam mana kalian boleh sampai ke sini? Maksud aku, aku ada isi borang dalam iklan pelik yang muncul di telefon aku. Pernyataan dalam iklan tu sama seperti pernyataan yang ada di skrin televisyen ni. Aku rasa sebab inilah kita dibawa ke sini."

Semua mata mula tertumpu kepada gadis itu membuatkannya berasa sedikit janggal.

"Oh! Sebelum itu, maaf tak memperkenalkan diri. Nama aku, Harisya. Rasanya, elok kita memperkenalkan diri sebelum berbincang tentang situasi kita sekarang."

"Betul apa yang budak ni cakap. Aku pun ada isi borang dalam iklan pelik semalam. Ianya sudah tentu ada kaitan dengan situasi sekarang. Sebelum itu, izinkan aku perkenalkan diri. Nama aku Xin Qiu. Panggil saja Xin," balas lelaki yang berada di sebelah kiri Harisya. Dia juga lelaki yang sama yang bercakap dengan Harisya sebelum mereka berkumpul di meja bulat.

"Nama aku pula, Ivan. Jangan tanya kenapa aku pakai topeng mata," balas lelaki bertopeng di sebelah kiri Xin. Dia yang menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada, langsung tidak memandang peserta lain. Hanya memejamkan mata tatkala bersuara.

"Tak nak tanya pun! Seterusnya!" laju Harisya membalas. Ivan berdecit.

"Nama aku, Yuri! Gembira bertemu kamu semua! Aku tak pasti apa yang terjadi tapi aku akan cuba bersangka baik! Okey, seterusnya!" balas gadis di sebelah kiri Ivan dengan lantang. Entah mengapa roman wajah gadis itu nampak ceria.

"Panggil saja, Eden," balas lelaki di sebelah kiri Yuri dengan ringkas.

"Lutfi," balasnya dengan lebih ringkas.

"Nama aku ... Fiqa."

"Irene."

Sesi memperkenalkan diri mereka menjadi semakin ringkas. Hanya tinggal seorang pemain yang terakhir yang masih termenung. Dia juga orang terakhir yang sedar daripada pengsan.

"Hey, kamu pula!" tegur Harisya. Dia menepuk bahu kanan lelaki itu sehingga tersentak daripada lamunan.

"Oh, maaf! Nama aku ... panggil saja Mikhail."

"Baiklah! Xin, Ivan, Yuri, Eden, Lutfi, Fiqa, Irene dan Mikhail! Okey, aku sudah ingat nama kalian!" hafal Harisya.

"Kenapa kau bersungguh hafal nama kami? Nama-nama orang yang bakal mati," soal Ivan yang membuatkan semua terdiam.

"Oh, jadi kau sudah tahu permainan mafia?" balas Harisya dengan soalan.

"Aku tak tahu apa-apa. Tapi, kalian pasti sudah isi borang dalam iklan pelik yang tiba-tiba sahaja muncul dalam skrin telefon atau komputer kalian kan? Iklan tentang permainan mafia. Permainan maut yang sudah tentunya melibatkan pembunuhan."

"Me-Mengarut! Aku tak rasa iklan tu betul! Ianya mungkin macam iklan-iklan pelik yang lain! Takkanlah mereka kumpulkan kita di sini untuk saling bunuh membunuh? Untuk apa?" soal Fiqa. Jelas, dari nada suaranya dia terlihat ketakutan.

"Untuk menang duit 10 juta Dollar. Itu yang tertulis pada skrin televisyen di belakang kau. Kau ingat kita semua dikumpulkan di sini secara kebetulan? Kita semua sudah isi borang perjanjian. Kita sudah isi semua maklumat peribadi dalam borang tu. Dan ... kita diculik dan dibawa ke sini untuk main permainan yang dijanjikan. Permainan maut, Mafia Game," jawab Ivan.

"Apa yang boleh kita buat? Kalau kita lari sekalipun, buat apa? Kita sudah isi semua maklumat peribadi dalam borang perjanjian. Kita juga sudah tandatangan perjanjian tu. Kalau dibawa ke mahkamah sekalipun, kita yang akan kalah," tambah Eden.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now