Bab 6: Revenge (Part 2)

283 74 4
                                    

Ivan duduk di birai katil. Sengaja bilik itu dibiarkan gelap. Dia menekup kepala. Luas matanya tidak berkelip. Tatkala teringat akan kematian Yuri, nafasnya naik turun. Peluh dingin membasahi tubuh. Segala memori lalu yang tidak ingin diingatinya, kembali menghantui fikiran. Setiap kali memori itu diimbas, nafasnya semakin kencang.

Tuk! Tuk!

Ketukan pintu bilik telah mengejutkan Ivan. Laju matanya beralih ke arah pintu. Peluh dingin di dahinya, dikesat. Dia bingkas bangun, berjalan ke arah pintu. Tombol dipegang. Pintunya masih berkunci dari dalam. Telinga dirapatkan ke daun pintu.

"Siapa?" tanya Ivan. Dia tidak ingin membuka pintu itu sebarangan. Takut jika pembunuh sedang berdiri di sebalik pintu. Lagipun, waktu sudah malam. Masa yang sesuai untuk Mafia melakukan pembunuhan.

"Irene. Aku ada benda nak bercakap dengan kau."

"Macam mana aku nak pastikan yang kau bukan pembunuh?"

"Apa benda yang kau mengarut ni? Kau ingat aku datang nak bunuh kau ke?"

"Apa yang kau nak cakap dengan aku?"

"Aku nak cakap pasal Yuri dan Eden. Kau dah tahu siapa Mafia kan?"

"Aku ... tak tahu. Tapi, aku rasa ... Eden."

"Boleh tak kau keluar dulu?"

Ivan menghela nafas dalam lalu menghembus perlahan. Dia akur dengan permintaan Irene. Tombol pintu dipulas. Pintu dibuka. Cahaya lampu dari koridor masuk ke biliknya. Jelas terlihat, Irene sedang mencekak pinggang, berdiri di depan pintu.

"Ikut aku ke Kafeteria," ujar Irene sebelum berjalan ke arah Kafeteria, beberapa langkah di belakangnya. Ivan pula mengikuti langkah kaki gadis itu. Masih bingung akan perkara yang ingin dibincangkan.

Selangkah memasuki Kafetria, terlihat Lutfi sedang berdiri di hadapan rak roti segera. Agak lama dia memilih perisa roti yang diinginkannya sehingga Ivan dan Irene melabuhkan bokong di meja makan.

"Kau lagi, Ivan? Sebelum sesi perbincangan pun kau ada lepak kat sini dengan Fiqa. Kali ni dengan Irene pula? Playboy..." ucap Lutfi yang masih memilih perisa roti, tanpa berpaling ke arah Ivan dan Irene di belakangnya.

"Irene yang ajak aku ke sini. Satu lagi, aku bukan playboy," balas Ivan.

Irene mengangkat tangan kirinya ke arah Lutfi, menunjukkan cincin di jari manis. "Aku dah bertunang."

Lutfi berpaling seraya mengambil roti berperisa jagung. "Kau dah bertunang? Mesti tunang kau sedih sekarang sebab kau ada kat sini." Dia berjalan lalu duduk di sebelah Ivan, menghadap Irene. Bungkusan roti dibuka sebelum dicebis, makan.

"Aku tak kisah pasal tu. Aku ada alasan aku. Sekarang ni ... aku nak tanya, siapa yang kau orang undi dalam Sesi Perbincangan tadi?" Wajah Irene berubah serius.

"Kenapa?" soal Ivan.

"Aku tahu kau orang rasa simpati dengan kematian Yuri. Jadi, aku rasa ... kau orang akan pilih Eden sebagai Mafia, kan?"

"Eden ada bukti untuk tuduh Yuri. Yuri pun sama. Ada bukti untuk tuduh Eden. Tapi, semua tu tak guna kalau Villager undi orang yang tak bersalah. Aku bukan nak cakap ... Yuri tu Villager tapi bukti dia semuanya masuk akal aku. Eden pula tiba-tiba mengaku sebagai Detektif. Kenapa dia tak mengaku sebagai Doktor atau Villager? Jawapannya mudah. Sebab dia ialah Mafia," balas Ivan.

"Tak payah cakap panjang lebar. Kau cakap saja yang kau undi Yuri dan kau rasa Eden tu Mafia."

"So?"

"Kalau betul kau orang rasa Eden tu Mafia, kenapa tak tekan butang kecemasan tu sekarang? Aku nak tengok ... drama apa lagi yang kau orang nak tayang lepas ni," balas Lutfi seraya mengunyah cebisan roti.

"Kau baca ke tak semua peraturan permainan dalam telefon kau? Butang kecemasan takkan berfungsi selepas pukul lapan malam sampailah pukul tujuh pagi esok," nafi Ivan.

"Kenapa pula? Aku tak tahu pun."

"Haish ... waktu malam untuk Villager tidur. Waktu ni juga Mafia dibenarkan membunuh. Takkan ada Sesi Perbincangan selepas pukul lapan malam kecuali kau jumpa mayat ... barulah boleh tekan butang kecemasan."

"Kalau Mafia boleh membunuh dalam waktu macam ni, lagi bagus semua Villager berkurung dalam bilik. Kunci rapat-rapat pintu bilik. Barulah Mafia tak dapat bunuh Villager," jelas Lutfi yang masih mengunyah cebisan terakhir roti.

"Kita tak tahu macam mana Mafia membunuh. Tapi, selagi ada benda kat leher kita ni, kita takkan selamat. Boleh jadi Mafia hantar mesej ke pihak atasan untuk letupkan kolar pemain yang dia sasarkan."

"Menakutkan pula."

"Hey, aku ajak kau ke sini bukan nak berbual pasal semua benda tu! Lagi satu, apa pasal dengan topeng kat mata kau tu. Boleh tak kau cabut? Mudah sikit aku nak bercakap," celah Irene. Dia menongkat dahu, menatap mata Ivan dengan serius.

"Ada sebab aku pakai topeng ni. Kalau kau tak tahu apa-apa, jangan nak buka mulut. Diam."

"Suka hati kau. Kalau kau orang berdua rasa Eden tu Mafia, jumpa pagi esok. Kita akan singkirkan dia. Aku nak menang dan nak keluar dari tempat ni. Lagi cepat, lagi bagus."

"Bercakap pasal Eden kan ... kat mana dia?" soal Lutfi.

"Dalam bilik. Lepas je Sesi Perbincangan, dia tak keluar dari bilik. Entah apa yang dia rancang kali ni. Aku rasa dia akan keluar bila semua orang dah tidur nanti," balas Irene.

"Kalau semua orang anggap Eden ialah Mafia, kenapa ramai yang undi Yuri? Siapa empat orang yang undi Yuri tu? Kenapa hanya tiga orang yang undi Eden dan langkau? Aku tak faham! Kenapa sekarang kau orang nak tuduh Eden pula lepas apa yang jadi pada Yuri?" geram Ivan. Dia mengetap gigi. Sudah tahu bahawa Mafia mahupun Villager hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup mengundi orang yang dituduh untuk mengelak daripada dituduh.

"Sebab ramai yang pentingkan diri. Mereka nak hidup tapi tak sedar mereka hanya gali kubur sendiri. Tak kisahlah musuh atau kawan, selagi nama mereka tak disebut, mereka akan diam ... ikut je apa yang mereka rasa baik untuk kepentingan diri sendiri," nyata Irene dengan logika.

"Fiqa pun undi Yuri juga ke? Bukan dia yang paling bersungguh nak Yuri mati?" tanya Lutfi seraya bangun, buang pembungkus plastik roti ke dalam tong sampah di sebelahnya.

"Aku dah berbual dengan dia pagi tadi. Aku tak rasa dia undi Yuri," bantah Ivan.

"Well, aku rasa tu je yang aku nak tahu." Irene bangun dari kerusi, berjalan keluar dari Kafeteria.

"Aku pun dah mengantuk. Jumpa esok. Itu pun kalau kau masih hidup." Lutfi mengikuti langkah Irene.

Ivan ditinggalkan sendiri. Dia mengetap gigi. Buku lima digenggam. Masih tidak puas hati dengan kematian Yuri. Dia menyalahkan diri sendiri akan 'kekalahan' Villager. "Patut ke aku beritahu Harisya? Tapi, aku tak nak Xin dan Mikhail tahu sebab salah seorang daripada dia orang ialah Mafia. Tak guna! Tak guna! Aku kena balas dendam! Tapi, apa yang aku kena buat?"

*****

Xin yang masih di dalam perpustakaan, membiarkan Mikhail dan Harisya melangkah keluar. Tangan kiri diseluk ke dalam poket seluar. Surat bersampul putih dikeluarkan. Kad berwarna hitam di dalam sampul, dicabut. Dia membaca setiap baris maklumat yang terkandung sebelum tersenyum sinis.

"Untung juga aku tak beritahu dia orang ... aku jumpa surat ni. Memang betullah dia dah tahu semuanya? Tak sangka ada banyak peranan. Aku ingatkan hanya ada Mafia, Protector dan Villager je ... tapi, Mayor, Seer, Executioner dan Jester pun ada? Menarik..."

Xin bangun dari kerusi. Sampul surat dan Surat Maklumat disimpan ke dalam poket seluar. Matanya beralih ke arah pintu keluar, perhati jejak terakhir Mikhail dan Harisya. Bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum bermonolog.

"Surat ni hanya senaraikan peranan. Jadi, aku tak tahu tugas-tugas setiap peranan ni. Punyalah banyak peranan lain ... pandai pula dia orang berlakon jadi Villager? Aku seorang je yang tahu ... hanya ada seorang saja yang betul-betul 'Villager'. Aku rasa ... aku kena cari surat peranan aku. Kalau aku jumpa, peluang untuk aku menang makin cerah. Well-well Mikhail ... untung juga kau dah tak ingat. Kau tunggu, aku akan singkirkan kau nanti."























Revenge: The Other Roles

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now