Bab 7: The Other Roles

296 70 17
                                    

Xin tidak mengikuti Mikhail dan Harisya. Dia ke Bilik Seni yang berada di sebelah kiri tangga turun ke tingkat tiga, di hadapan Makmal Komputer. Ingin mencari maklumat yang penting baginya. Dia sepertinya ada ideologi tersendiri. Tidak mahu bergaul dengan Mikhail dan Harisya lagi.

Setelah tersingkirnya Yuri, kepercayaannya kepada semua pemain terutamanya Mikhail sudah tiada. Dia ingin mencari identiti semua pemain seorang diri tanpa mempercayai setiap bait kata yang keluar daripada mulut mereka kerana dia tahu, ada yang menipu.

The key is trust no one because there is a traitor among us.

Dia melangkah masuk ke dalam Bilik Seni. Bilik yang dipenuhi dengan papan lukisan yang disarung dengan kain putih itu membuatkan Xin curiga. Nampak seperti dia ialah orang yang pertama yang menjejakkan kaki ke bilik itu.

Dia mencabut kain putih yang menyarung papan lukisan dekat dengannya. Jelas terpapar, sesuatu yang tidak difahaminya. Bukan lukisan yang berwarna ataupun lulisan hitam putih daripada pensel. Hanya satu garisan berwarna hitam.

Kain putih pada papan lukisan di sebelahnya pula ditarik. Sama. Satu garis yang berwarna hitam seperti yang dilakar pada papan lukisan pertama. Namun, bentuknya lain pula. Lakarannya membengkok.

Xin diserang seribu persoalan. Berkerut dahinya memikirkan makna di sebalik lukisan itu. Adakah ia sebuah seni yang hanya difahami oleh orang-orang tertentu? Atau mungkin sebuah mesej yang hanya diketahui oleh peranan-peranan tertentu?

Dia bingung.

Tidak ingin berfikir lagi, dia membuka semua papan lukisan yang berselindung dengan kain putih. Semua enam papan lukisan itu dilakar dengan satu garisan hitam yang berbeza bentuknya.

“Ada makna semua lukisan ni. Aku kena cari petunjuk,” katanya.

Xin melangkah ke arah meja di hujung bilik. Meja besar bersegi empat tepat itu ditatap lama. Ada dua garisan menegak berwarna putih dan satu garisan melintang di tengah meja.

“Enam petak. Tiga atas, tiga bawah. Ada enam papan lukisan. I see ... macam tu rupanya."

Itu adalah sebuah teka-teki.

Xin mengambil keenam-enam papan lukisan tadi lalu diletakkan di atas meja. Garisan yang dilakar di setiap papan lukisan sebenarnya bersambung dengan garisan pada papan lukisan yang lain. Apa yang masih menjadi tanda tanya, bentuk apa yang akan muncul setelah papan lukisan itu disusun mengikut susunan yang tepat?

“Ada klu lain lagi ke?”

Xin memerhati ke segenap ruang bilik. Cuba mencari petunjuk lain. Namun apa yang ditemuinya hanyalah papan lukisan, meja dan juga sebuah peti besi kecil yang terkunci dengan kod nombor di sudut bilik. Dia yakin, imej yang akan terpapar pada papan lukisan yang disusunnya nanti akan membawa kepada peti besi itu.

Xin mula menyusun. Hujung garisan pada papan lukisan itu disambung dengan hujung lakaran pada papan lukisan yang lain. Dia mencuba untuk mencari bentuk yang diyakini betul.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya keenam-enam papan lukisan itu berjaya disusun. Xin tidak terkejut. Benarlah tekaannya. Imej yang terpapar pada papan lukisan yang tersusun itu ialah empat angka nombor.

3410.

Xin memasukkan nombor itu pada pad kekunci di peti besi. Peti besi itu terbuka. Perlahan-lahan, peti besi itu dibuka. Jelas kelihatan sepucuk surat berwarna putih di dalamnya.

“Surat Maklumat atau Surat Petunjuk?”

Surat itu diambil. Tanpa banyak soal, Xin membukanya. Sekeping kad berwarna hitam dicabut keluar. Dia terkejut besar. Luas matanya memerhati setiap kata yang ditulis pada kad itu. Bibirnya mengukir senyuman licik.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now